Langkahku terhenti bila melihat laptop Mac milik Emel terbuka diatas katil. Aku memandang kiri dan kanan. Kedengaran bunyi desiran air di dalam bilik mandi, Emel mandi kut. Okey! Ada masa nak skodeng laptop dia!
Sebaik saja aku mendekati laptop, kelihatan sebuah Blog pada skrin laptop itu. Tapi masih kabur! Aku ni dah lah rabun jauh. Lalu aku dekatkan diri menaiki katil. Namun, belum sempat aku nak melihat dengan lebih dekat...
"Ehemmm!!"
"Mak kau!" Terlatah aku dibuatnya. Melihat Emel yang hanya bertuala itu merenungku tajam. Aku buat-buat pandang tiang katil.
"Tadi ada nyamuk besar kat sini abang! Dah lari masuk bilik Anis kut. Tak apalah, Zirah pergi tengok kejup. Nanti dihisap darah Anis pulak." Lari!! Sebab pertama aku kena lari, ialah aku dah terkantoi! Kedua, ermm.. Tak rela nak tengok 'aurat' yang terdedah. Sekian!
Emel hanya tersenyum. Kelam-kabut benar isterinya itu lari menyelamatkan diri. Dicapai laptopnya dan diletakkan diatas meja kerja. Cuai sangat letak atas katil! Nasib baik tak terkantoi! Haihh..
"Akak! Kenapa ni?" Kelam-kabut Anis menarik kakaknya yang dah macam tak cukup nafas, termengah-mengah menuju ke ruang belajarnya! Macam kena kejar dengan lipas terbang!
"No.. Nov.. Nov.. Novel.. Ta.. Ta.." Tersangkut-sangkut ayat Zirah. Nafasnya terasa pendek dek berkejar ke bilik Anis.
"Dah! Tak payah cakap. Anis tahu, tak jumpa kan? Okey tak kisah. Yang Anis kisah sangat ni, Akak ni kenapa? Takutlah tengok Akak macam ni!" Anis duduk diatas kerusinya. Zirah duduk diatas sofa bersebelahan dengan meja belajar Anis.
Zirah tarik nafas~ dan hembus mengalahkan nak tiup lilin diatas kek hari jadi! Kemudian dia tersenyum. "Tak ada apalah Nis. Saja bersenam panjat tangga tadi. Okey, studylah. Akak teman. Mana buku resepi tadi. Nak sambung 'belajar'." Aku mengambil buku resipi Chief Wan itu. Makaaihh! Susahnya masakan dia. Pura-pura okey! Padahal dalam hati, tercicir jantung aku masa lari tadi!
Anis yang ternganga melihat perubahan Zirah yang mendadak itu hanya mengeluh. Dah biasa dah tengok perangai pelik Kakak Iparnya ini! Random sangat~
"Kak.. Nak tanya ni."
"Urmm.. Tanyalah." Masih ralit melihat buku ditangan.
"Abang Emel tak marah ke? Tiap-tiap malam Akak teman Anis study?" Anis tersengeh-sengeh.
Tengok dari segi sengehan budak ni, aku tahu apa yang dia maksudkan! Gatal! Budak-budak lagi dah pandai eh!
PAPP!! Kena dah buku tu hinggap ke peha Anis. "Awak ingat Abang awak tu, Adam? Setiap malam nak kena teman?" Bulat mataku memandangnya.
Anis ketawa. "Akak ni. Orang tanya je. Akak nak tahu tak, ciri-ciri isteri yang Abang impikan? Dulu dia pernah bagitahu Anis. Dalam Blog dia pun ada! Anis boleh tunjukkan, eh tak boleh. Laptop Anis dah kena 'sita' dengan Ummi." Anis buat muka sedih! Ummi kan.. Dua minggu sebelum Exam dia dah menarik segala gajet peribadi Anis. Semuanyalah! Wifi, laptop, phone, Ipad, dan lain-lain! Yang ada sekarang cuma talifon bimbit Nokia tekan-tekan yang berharga RM64 ringgit, itu saja yang menjadi hartanya buat masa sekarang. Cukup sebagai penghubung buat Anis dan kawan-kawannya.
Aku yang mulanya rasa teruja dengan cerita Anis ni, terus mengeluh. Bagi harapan palsu betul. Ah, nantaklah tak dapat tengok Blog pun! Janji dapat dengar. "Ceritalah!" Ujarku!
Anis tersenyum. "First! Abang tu dia suka sangat perempuan yang bertudung. Dia cakap satu hari nanti dia mesti dapat isteri yang bertudung."
"Owh.." Aku tersengeh. Dalam perjalanan ke arah itu. Insyallah!
"Kedua, dia suka perempuan yang pandai buat air Milo ikut selera tekak dia."
"Pass!" Jawabku pantas. Senyum!
Anis ketawa. "Ketiga, manja! Kempat, urmm.. Alamak! Lupalah Kak! Banyak sangat. Tapi yang paling penting Abang cakap.. Agama dia. Tahu solat, mengaji, dan amalan-amalan yang lain. Sebab Abang cakap, dia jugak tak sempurna mana.. Jadi dia nak isterinya bersama-sama dengan dia untuk menyempurnakan diri kepada Allah. Sebab, dia nak pernikahan yang sampai syurga. Bukan kat dunia je. Kadang-kadang Anis pun rasa yang Abang tu 'sweet'! Tapi, kadang-kadang je lah! Selalunya tidak. Ha..ha" Anis ketawa.
Aku hanya tersenyum. Bagi aku, tiada ciri-ciri istimewa yang aku mahukan pada suamiku. Asalkan dia dapat mendidik aku dengan baik. Dan aku cukup suka dengan ayat terakhir Anis.
'Dia nak pernikahan yang sampai syurga. Bukan kat dunia je.'
Insyallah Abang!
*******
Aku hanya jaga Adam diwaktu siang je! Tak puas tau. Tambah sekarang Adam dah montel. Pergh, kalau boleh dikemam-kemam tangannya dah lama aku buat. Ha..ha!Perlahan aku duduk diatas sofa. Jari-jemariku aku 'patah-patahkan'. Bosan tahap apa dah ni. Ah, nak kacau dialah.
Laju saja aku mendaki katil. Kemudian aku meletakkan bantal di dada Emel. Dan aku melabuhkan kepala diatas bantal tersebut. Tangan Emel aku ambil, dan letakkan tapak tangannya ke dahiku. Ermm, barulah seronok nak tidur.
Nak tahu tak kenapa aku sayang sangat dengan dia? Pertama, sebab dia seorang lelaki yang paling utuh dihati saya. Biarpun dah berkali-kali dia mengecewakan hati saya, saya tetap sayangkan dia. Cinta saya pada dia lebih kuat dari cinta saya pada Razif. Tiba! Haha.. Tapi betul, rasa dia lain. Tak tahu nak cakap macam mana.
Aku memandang wajah tenangnya yang sedang tidur. "Abang jangan tinggalkan Zirah tau.." Ucapku perlahan dan kelopak mataku terpejam perlahan. Dan akhirnya tetidur.
Emel membuka kelopak matanya. Sebenarnya dia tak tidur pun, tunggu Zirah masuk bilik. Diperbetulkan tubuh Zirah, agar berbaring disebelahnya. Berat hatinya mahu melepaskan sesuatu yang paling berharga baginya. Namun, apakan daya semuanya di dalam perancangan Allah. Kita sebagai hamba redha dan tawakal.
Sebelum hatinya berubah kata, ada baiknya dipercepatkan saja perancangan itu. Permudahkan segalanya. Amin..
Emel mencium dahi Zirah. Sumpahnya,inilah cintanya yang pertama dan terakhir buatnya.
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Romancekadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧