SAMBIL menonton TV, aku berbaring bersama Adam dihadapan TV. Atas usaha Mak Gayah yang baik, dia bentangkan kami toto untuk berehat. Ha..ha! Macam aku pulak yang tengah pantang.
Anggur semangkuk yang aku ambil dari peti sejuk aku masukkan ke dalam mulut sebiji demi sebiji. Nak bagi Adam, dia bukan tahu makan anggur pun. Lagi pun, dari tadi dia tidur. Bangun pun cuma nak minum susu je.
Cerita katun Pocoyo jadi pilihan. Mengkekeh aku ketawa melihat aksi kartun yang comel ini. Sambil ketawa, tanganku menjalar mencari buah anggur yang aku letakkan ke dalam mangkuk tadi. Rasanya mangkuk tadi ada kat sebelah aku. Apasal pulak tak ada ni. Tak akan lah Adam ambik kot! Ish, merepek!
Laju saja aku bangun dan menoleh ke belakang. Terbeliak biji mataku melihat dengan selambanya Emel menjamah anggur tadi dengan berseleranya. Hai, macam nak cari pasal je mamat ni!! Laju saja aku bangun lalu duduk disebelah Emel diatas sofa itu.
"Bagi balik anggur aku." Arahku sambil menadah tangan.
Emel mengerutkan dahi. Dengan selambanya dia meletakkan biji anggur yang dikemam dimulut tadi ke telapak tangan Zirah.
"Eiiiii!!! Pengotor!" Zirah yang tak boleh menjangka tindakan Emel yang mahu membuang biji anggur ditapak tangannya, laju saja mengelap tapak tangannya ke baju kemeja milik Emel. Geli tau tak!! "Kotor! Kotor!"
"Weh! Apa ni? Aku nak pergi kerja tau tak. Kotor lah baju aku." Emel mengibas-ngibas lengan bajunya. Ingat baju aku ni kain buruk ke?
"Aku yang pengotor ke, kau? Bak balik anggur aku." Tanganku sudah memanjang mahu merampas mangkuk yang berada di tangan Emel.
Emel mengambil segugus anggur itu lalu mangkuk yang telah kosong itu diberi kepada Zirah. "Nak sangat kan? Ambik.." Emel bangun sambil mulutnya masih rancak mengunyah anggur. Pergi kerja lagi bagus. Mukanya langsung tak bersalah.
Turun naik nafas aku tak teratur! Ikutkan hati ni, aku baling mangkuk ni kat kepala dia! "Emel gila! Sewel! Mereng! Arghhhh!! Benci sekati kat kau!" Jerit Zirah agak kuat. Mujur Adam tak terjaga.
Emel dari jauh sudah mengkekeh ketawa. Bahagia dapat mengenakan Zirah itu!
"Ya Allah, tarzan mana pulak panggil gajah pagi-pagi ni?" Mak Gayah menghampiriku sambil duduk disebelah Adam. Ummipun sama, tapi Ummi hanya senyum saja.
"Ummi, tengok anak Ummi tu! Dia ambik semua anggur Zirah! Penatlah macam ni. Ikutkan hati Zirah ni, dah lama Zirah ketuk dia guna mangkuk ni!" Kecil besar, kecil besar saja Emel dimataku sekarang. Emel yang sedang memakai stoking dihadapan pintu utama itu aku tenung dengan penuh geram.
Mahu saja aku berlari ke arah lelaki itu dan menendangnya sampai tersungkur, kemudian aku lari masuk bilik! Alahai, dalam berani. Penakut jugak aku ni kan? Hu..hu!
"Sudahlah tu Zirah. Kamu macam tak kenal perangai dia. Sabar jelah." Ummi masih tersenyum. Dalam diam, dia mahukan Zirah dan Emel disatukan. Insyallah kalau jodoh berpihak padanya.
"Berkilo kati sabar Zirah bagi, Ummi. Perangai dia tu, ishh.. Kalaulah Zirah jadi bini dia, gerenti Zirah lari dari rumah!" Bebel Zirah masih tak puas hati. Marah sampai apa yang dibebelkan pun tak sempat nak fikir dulu.
"Hahaha.. Macam-macam kamu ni. Sebut pasal rumah. Zirah tak nak ke balik kampung? Tak rindu dekat mak?" Ummi menyoal.
Aku terdiam. Alahai, tiba-tiba aku jadi sayu. Dan tiba-tiba jugak aku nak nyanyi lagu Air Mata Syawal. "Mestilah Zirah rindu." Aku menunduk.
"Apa kata esok Zirah balik kampung. Ahad nanti Zirah balik sini balik. Nak?" Ummi memberi buah fikiran. Kebertulan hari jumaat hingga ahad ini dia tidak punya apa-apa agenda. Disebabkan terlalu excited mahu bermain dengan cucu, ditunda segala acara.
Bersinar-sinar mata Zirah saat Ummi berkata begitu. Laju saja aku bertepuk tangan tanda suka. "Yes! Terima kasih Ummi! Saaayang Ummi!" aku tersenyum.
"Nanti Emel hantar dia balik kampung esok Ummi." Tiba-tiba kedengaran suara itu disebelah Zirah.
Zirah memandang Emel yang mengambil kunci kereta diatas sofa yang didudukinya sebentar tadi. Mungkin tertinggal masa dia duduk disofa itu tadi.
"Eh, tak payah! Orang naik bas! Jangan nak bermurah hati sangat. Tak laku pun! Tak ada siapa nak beli." Jawabku sinis.
Emel yang baru saja berpaling mahu ke pintu utama berhenti melangkah. "Siapa kata aku jual kat kau? Esok balik kampung dengan aku." Keras saja bunyi suara itu. Seketika kemudian Emel terus berlalu keluar.
Aku memandang wajah Ummi dengan muka minta simpati. "Ummi.." Aku mencebik seolah-olah mahu menangis. Cuba minta pertolongan Ummi kut dia boleh tolong cakap 'tak' pada Emel.
Ummi dan Mak Gayah hanya ketawa."Ikut sajalah Zirah. Macamlah kamu tak kenal dengan perangai Emel tu. Kalau kata-katanya dibangkang, melarat-laratlah rancangan dia yang seterusnya. Lagipun bukan lama pun kan?" Ummi menyedapkan hatiku. Nampaknya Ummi pun tak boleh tolong. Haihh...
"Alah Zirah, kat kampung nanti.. Kamu pulak buli dia cukup-cukup! Kan adil namanya tu." Giliran Mak Gayah pula memberi cadangan. Cadangan Mak Gayah tu membuatkan aku tersenyum penuh makna sambil mengangguk-angguk setuju! Betul jugak tu.
**********
"TOK WAN kalau tahu Along dah ada anak, mahu sepantas kilat dia balik Malaysia kan Ummi?" Anis tersenyum.
Tok Wan? Siapa pulak lah watak baru ni? Kenapa aku tak tahu apa-apa ni? Tak apa, teruskan memasang telinga! Aku masih buat-buat berselera menjamu makan di daam pinggan. Sedangkan telinga masih peka menangkap cerita!
"Tok Wan kamu ada talifon tempoh hari. Dia tanya pasal keadaan Along. Ummi tak sempat nak cerita pasal Adam kat dia." Ummi meneruskan suapannya.
"Tapi kalaulah Tan Sri tahu apa yang berlaku sebenarnya. Susah kita nak menjawab Ros." Mak Ngah bersuara perlahan.
Makanan yang dikunyah itu tiba-tiba Ummi terasa kesat ditekak, bila Mak Ngah menyedarkan hakikat sebenar cerita. Ummi berkali-kali meneguk air. Cuba untuk hilangkan rasa perit ditekannya.
"Sebab itulah Ros serba salah nak bagi tahu. Ros risau kalau sakit jantung Abah serang balik. Kali ni kalau sakit tu menyerang lagi, Abah boleh terkena Strok. Risau hati Ros ni Kak Ngah." Ummi mengurut dada. Risau jika ianya berlaku.
"Lambat laun Tan Sri tetap tahu,Ros. Entahkan dari mulut siapa. Lebih baik dia tahu dari mulut kita, dari dia tahu dari mulut orang lain." Giliran Mak Gayah bersuara.
Ummi mengangguk perlahan. Insyallah, jika ada masa yang sesuai cerita itu pasti disampaikan juga. Walaupun sepahit mana sekalipun, sebab itulah kenyataan yang perlu di tahu.
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Romantizmkadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧