Senyap je rumah ni? Mana pulak mak pergi ni? Aku mencapai surat khabar di atas meja dan terus melabuhkan duduk di atas kerusi kayu itu. Sedang ralit membaca berita yang tak ada lah sensasi mana pun, aku tengok gambar je. Hahaha!
"Lapar lah.." Rengek seseorang disebelahku.
Aku menurunkan sedikit surat khabar yang aku pegang. Memandang ke kiri. Wajah Emel kelihatan dengan pekej muka mengada-ngada. Aku buat tak dengar, sambung balik baca berita pasal Nabila Huda pandai masak Taucu. Urmm, hebat betul dia ni. Gila kau tak hebat? Tahu tak masak taucu tu susah gila?Emel mengeluh. Dirampas surat khabar yang dipegang Zirah. "Abang lapar lah sayangggg.." Meleret-leret ayat sayang dia.
Aku mengerutkan dahi. Setahu aku baru tiga jam yang lepas dia makan tengah hari. Dia ni tertelan tangki lori treler Petronas ke apa? "Pergi lah makan. Apa muka saya ni macam peruk nasi?" Perliku!
Emel ketawa. Hah! Ada pun respon. "Macam periuk nasi bukan, tapi macam kuih apam. Nak gigit sikit pipi tu."
Muka aku macam kuih apam? Amboi, cantiknya ayat dia. Ah, malas nak layan. Kang lagi dia merepek. Aku bangun dari duduk, namun cepat-cepat Emel menarik lenganku agar duduk semula.
"Nak air Milo." Ujar Emel masih tak putus asa.
Aku memandangnya dengan rasa macam nak telan orang. "Duduk diam-diam boleh tak? Tadi cakap nak makan, lepastu nak Milo pulak. Kenapa tak mintak nak raksasa masak tiga rasa je?"
"Eh boleh mintak ke?" Emel sengaja mahu
membuatkan Zirah lagi marah.Zirah ketap bibir. Ya Allah, tolong sabarkan hati aku. Sikit je lagi nak tukar jadi Hulk ni. Asap dah keluar dah ni, tinggal nak keluar api je. Belum sempat Zirah bersuara, lelaki itu dah melabuhkan kepalanya diriba Zirah. Terdiam Zirah dibuatnya.
"Kenapa asyik nak marah je ni? Zirah tak rindu kat abang ke?" Emel memandang wajah isterinya yang masih tergamam.
Zirah memandang tempat lain. Ish! Rasa macam nak nangis pulak. Dah kenapa kau ni Zirah?!
"Abang tak pernah terniat dihati nak abaikan Zirah. Sikit pun tak. Bagi abang Zirah segala-galanya untuk abang. Abang nak sangat Zirah jadi isteri abang sampai bila-bila. Maafkan abang sebab banyak lukakan hati Zirah. Maafkan abang sebab halau Zirah masa kat wad dulu. Abang tak sanggup bila Zirah tengok abang dalam keadaan macam tu. Masa tu abang rasa, abang tak mampu nak bahagia kan Zirah. Abang tak mampu buat Zirah tersenyum. Buat Zirah rasa bahagia jadi seorang isteri."
Emel terdiam sejenak.Melihat Zirah yang masih diam, dia bersuara lagi. "Maafkan abang..." Di capai tangan Zirah dan dicium. Dipeluk tangan wanita itu.
Zirah ketap bibir, air mata rasa macam nak mengalir. Tapi dia perlu tahan. Zirah mengeluh, dipandang semula wajah Emel di pangkuannya. Lelaki itu sudah terlelap.
Aku mengeluh. Ikhlas ke awak? Betul ke apa yang awak cakap? Kenapa berat sangat hati saya ni nak terima awak? Awak dah seksa hati saya Emel, awak dah buat hati saya tawar dengan awak. Tolong Emel, awak jangan bagi harapan yang tinggi. Saya tak kuat macam dulu. jangan seksa hati saya.
Aku mencapai kusyen kecil disebelahku lalu mengangkat kepala Emel ke atas kusyen kecil itu perlahan-lahan. Tangan kananku, aku tarik perlahan. Dan terus aku menuju ke bilik.
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Romancekadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧