KAKU kakinya saat bertembung mata dengan lelaki itu. Laju saja kakinya berpatah balik mahu melangkah meninggalkan lelaki itu. Rasa marah dihati kembali marak! Kenapa sampai sini dia cari aku? Dia ingat dengan muncul dengan tiba-tiba ni boleh pujuk aku? Mintak maaf lah.
Ish! Masalah betul!
Laju langkahku melangkah sehingga sempat aku masuk kedalam lif. Hampir saja lif itu tertutup, namun terbuka semula. Terpacak tubuh milik Emel berdiri dihadapan lif. Tanpa ayat, terus saja dia masuk. Tingkat 10 ditekan.
Gila apa? Tingkat sepuluh tu bumbung bangunan! Bahaya ni! Belum sempat aku menekan butang nombor 5 pantas Emel menghalang.
Fine! Sekarang kita nak buat apa atas bumbung bangunan ni? Main tenis? Main lumba lari? Galah panjang? Huh! Tak faham! Kenapa nak cari aku lagi? Pergilah main jauh-jauh! Aku belum ready lagi nak jumpa dia!
Emel merenung Zirah dengan agak lama. Rindu dengan wanita ini rasa macam nak peluk tak lepas je. Tapi akur dengan kemarahan wanita itu, dia perlu berhati-hati memulakan kata.
"Zirah sihat?"
Zirah berpeluk tubuh. Mujur keadaan tak panas terik dan hanya redup seakan mendung diatas rooftop ini. Rasanya, bila-bila masa saja hujan akan tumpah ke bumi. Melihat reaksi Zirah seolah-olah tak mahu menjawab soalan Emel, Emel hanya mengeluh.
"Zirah marah dengan abang?" Lembut suara itu menyoal.
Zirah hanya diam. Dah tahu, lagi mahu tanya. Cepatlah hujan, boleh aku masuk pejabat balik! Dan secara tak langsung dapat hentikan drama sebabak ni.
Melihat wanita dihadapannya itu masih diam tak bersuara, Emel menyoal lagi. "Boleh abang tahu apa yang Zirah pendam selama ni?"
Laju Zirah memandang lelaki itu. Yes! Soalan itu yang aku nak dengar. "Banyak."
Emel meraup wajahnya. Dia mengeluh berat. "Okey tell me. Luahkan semuanya. Abang dengar." Emel memandang wajah Zirah redup. Sayangnya dia dengan wanita ni hanya Allah je yang tahu.
Zirah masih diam. Bukan dia tak nak menjawab, Cuma dia tak tahu nak mula dari mana. Terlalu banyak rasanya.
"Zirah tinggalkan abang seminggu ni, Zirah tak rindukan abang? Abang rindu sangat dengan Zirah. Rasa macam tak lengkap hidup abang tanpa Zirah." Luah Emel, ikhlas. Melihat Zirah yang masih diam. Makin membuatkan suasana makin tegang.
Zirah ketawa sinis. "Sepuluh bulan abang boleh je hidup without Zirah. Inikan pulak seminggu. Kenapa abang hukum perasaan Zirah macam ni? Abang tahu tak betapa terkilannya Zirah bila abang tak pernah nak cari Zirah? Sepuluh bulan abang, hati Zirah ni asyik memendam. Asyik tertanya apa dosa Zirah sampai abang tak nak jumpa Zirah. Abang halau Zirah masa Zirah melawat abang kat hospital. Abang ingat Zirah tak ada perasaan? Siapa Zirah pada abang??!" Luah Zirah, entah kenapa menitis air matanya.
Emel terdiam. Dia menunduk, kemudian dia kembali menatap wajah manis itu. "Abang sayang Zirah. Abang tak sanggup tengok Zirah sedih. Abang tak nak Zirah tengok abang sakit. Abang dah sedaya upaya cari Zirah selama sepuluh bulan tu, tapi kesihatan abang membataskan usaha abang. Abang nak betul-betul sihat bila jumpa Zirah. Abang tak nak Zirah tengok abang sakit. Abang tak nak tengok Zirah menangis." Sayu suara itu.
Zirah terdiam, terkedu. Dia menyangkakan Emel sengaja tak mahu berjumpa dengannya. Sumpah dia tak tahu selama ni Emel tak sihat. Ya Allah.
"Ke.. Kenapa Zirah tak tahu? Kenapa mak selalu cakap abang dah sihat? Ke.." Teragak-agak Zirah menyoal.
Emel menghampiri isterinya, dilap air mata dipipi Zirah. Direnung wajah itu dalam. Diusap pipi Zirah perlahan. "Abang yang suruh mak cakap macam tu. Abang tak nak Zirah risau. Abang sayangkan Zirah."
"Tapi Zirah isteri abang, Zirah nak susah senang dengan abang..." Tersedu- sedu suara itu.
Emel memeluk erat Zirah. Ya Allah kuatkan hatinya. Abang tak sanggup nak tengok Zirah bersedih sayang. "Shuhhh diam.. Abang tak nak Zirah cakap pasal ni lagi. Dan abang harap sangat, Zirah bagi peluang untuk abang tebus rasa bersalah abang ni dan abang berjanji untuk membahagiakan Zirah selagi abang punya masa."
'Selagi abang punya masa... Selagi abang punya masa... Selagi abang punya masa..'
Berlegar-legar ayat terakhir itu diminda Zirah.
Dipandang wajah Emel yang mengharap dan jelas wajah itu ikhlas dengan apa yang dikatakan.
Untuk membahagiakan seseorang, bukan pengorbanan yang menjadi keutamaan. Tapi peluang yang diberikan. Menghukum bukan cara penyelensaikan masalah. Tapi merumitkan keadaan. Ayat itu terus membuatkan Zirah hampir terduduk lesu. Menitis perlahan air matanya.
Emel memegang bahu isterinya. Membantu untuk isterinya bangun semula. Dilap air mata yang menitis diwajah isterinya. Dan dipeluk kemas.
"Maafkan Zirah.. Abang tolong maafkan Zirah.." Berulang-ulang ayat itu meniti dibibirnya.
Emel mencium dahi isterinya. "Abang sentiasa maafkan sayang.. Berikan abang peluang untuk terakhir kali. Dan abang berjanji yang air mata ini.." Emel mengelap air mata isterinya.
"Adalah air mata terakhir yang abang lihat." Mendalam ayat itu bagi Emel.
Tapi bagi Zirah ia merupakan satu harapan. Berharap agar tiada air mata yang mengalir. Dan dia akan belajar dari kesilapan ini.
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Romansakadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧