Masuklah anak uit, sejak bila pulak mak bagi gaji kat kamu suruh jaga tangga rumah tu?" Mak Imah sudah mulamembebel-bebel melihat anaknya itu.
Buat sekian kalinya aku mengeluh! Penat betul tunggu anak dara mak yang sorang tu. Buat apa entah lama sangat kat dapur? Ish, kalau aku dapat.. Aku dodoi-dodoikan dia dalam sampan bocor Pak Latif.
Dengan penuh rasa geram gadis itu membentangkan sehelai kain batik milik maknya dan disumbat-sumbat pakaian-pakaian yang lain ke dalamnya. Kemudian diikat kemas-kemas kain batik tersebut seperti 'sup bunjut Adabi perisa sup tulang'. Dengan longlainya diangkat ke bahu kain bunjut itu dan terus mendaki tangga menuju ke ruang tamu. Ada operasi lain yang perlu selensaikan. (Bajet macam batman je) Ha..Ha..!
"Dagang pak malau, dagang jual lada hitam. Biarlah hamba pergi dari sini. Hamba sudah tawar hati dengan kampung Desa Cik Putri ni. Hamba mahu membawa hati yang lara ke.."
Ketepeeekk!!! Hah, ambik kau.
"Adoi, sakit lah mak. Ni kalau kena kepala boleh bocor tau." Aku mengambil botol mineral kosong yang di baling oleh Mak Imah sambil menggosok-gosok kepala yang terasa benar biulnya. Nasib baik tak ada air, kalau penuh botol ni dengan air. Jangan kan bocor, berlubang dah semestinya. Mak ni, orang baru nak bermadah ala-ala filem klasik. Dia muncul pulak jadi watak Ibu Mertuaku.
"Hah, itu makan dia. Apa kamu merepek ni Long? Ni nak kemana pulak ni? Siap bungkus kain baju pulak ni? Kut iya pun sedih sangat,janganlah buat keputusan terburu-buru macam ni." Terlukis riak kasihan diwajah Mak Imah melihat anak sulungnya itu.
"Apa mak cakap ni? Keputusan apanya?" Terpinga-pinga aku jadinya. Mak pun nak cipta dialog jugak ke?
"Tu.. 'Sup bunjut' tu kamu nak bawak ke mana?" Muncung mak sudah ditala kearah kain bunjut dibahuku.
"Owh.. Biarkan Dang Wangi membawa diri bonda. Dang wangi sudah tidak tahan benar dengan.." Ketepeekk!! "Adoi!" Digosok laju pehanya yang diketuk dengan botol kosong oleh mak. Sakit woo~
"Hah, main-main lagi dengan aku. Orang tanya betul-betul dia main-main pulak. Tak cukup botol kosong, ni lesung batu kat tangan 'bonda' ni ada. Anytime boleh melekat kat pipi kamu." Mak Imah sudah bercekak pinggang. Tumbukkan sambal belacannya tergendala dari tadi dek kerana melihat sikap pelik anak sulungnya itu.
"Mak ni, serius sangat. Along nak pergi lipat kain ni hah.. Tadi masa along angkat kain kat ampaian, along suruh anak kesayangan Mak tu. Si Jihah tu tolong ambikkan bakul. Sampai sekarang tak sampai-sampai bakulnya.Terpaksa la along bunjutkan kain mak ni. Agaknya dia tengah mengayam bakul kat dapur tu gamaknya." Bebelku, geram pulak dengan adik aku yang sorang tu. Kalau dapatbaca novel, hilang semua ingatan!
"Lah! Bertuah punya anak. JIHAH!!!!!"
Aku yang sedang dalam perjalanan ke ruang tamu hampir-hampir saja terduduk di atas lantai disebabkan gegaran momentum suara mak menjeritkan nama Jihah. Fuh, semangat. Tak payah susah-susah nak beli microphone! Loadspeaker ni lebih power!!!
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Roman d'amourkadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧