DAN hari berganti hari. Sabtu? Ada apa dengan Sabtu? Acecewah, dah macam tajuk lagu pulak. Sejak pencen awal jadi tukang kebun ni. Rasa ketagih pulak nak main tanah. Kebun sayur aku itu pula, kadang-kadang saja aku melawat sambil memetik hasil dari sesetengah pokok yang mengeluarkan hasil. Nampaknya Pak Mat jaga dengan baik! Tak adalah aku risau sangat. Bukan apa, risau usaha aku penat-penat tu sia-sia je.
Sunyi je rumah ni. Mak dah balik dah pukul 8 pagi tadi. Ummi dengan Walid yang hantarkan, katanya mahu melihat kampung. Bibik pulak pergi ke rumah Mak Ngah, katanya mahu hantar mee goreng. Selalu tak pernah pulak nak hantar. Terlebih rajin pulak bibik hari ni. Anis entah mana perginya pagi-pagi lagi dah keluar. Macam tiba-tiba sibuk ek semua penghuni rumah hari ni?
Adam masih aku yang jaga. Ummi risau kalau bawak jalan jauh-jauh nanti meragam pulak Adam. Aku ambil Adam yang masih tidur lena di atas tilam kecil itu. Aku gendongnya menuju ke tingkap cermin yang paling besar diruang tamu itu. Dari situ jelas kelihatan kolam renang dan taman bunga mini milik Ummi. Cantik! Rasa macam kat luar negara pulak!
"Adam sayang." Aku mencium pipi montel itu. Aku tersenyum melihat Adam tiba-tiba tersenyum.
Tersentak aku bila terasa ada tangan yang melingkari pinggangku. Laju saja aku menoleh ke kanan. Wajah Emel kelihatan sambil melabuhkan dagunya dibahuku.
"Adam sayang.. Mak Ngah sayang Pak Ngah tak?" Emel buat suara katun macam Zirah buat tadi.
Aku mendengus! Perlilah tu! Ni dah kenapa pulak ni? Demam ke apa? Tiba-tiba peluk orang! Ikutkan hati aku, nak saja aku tolak je. Tapi memandangkan dia suami aku, err.. Boleh lah dimaafkan!
"Ngada-ngada." Balasku sambil mencebik.
"Laparlaaah.." Rengek Emel cuba untuk mengadu sambil buat muka kesian.
"Err, pergilah makan."
"Mana ada makanan. Tak akanlah nak makan mee goreng pagi tadi? Sekarang waktu lunch sayang.." Emel menunjukkan jam didinding.
Aku ni yang sebenarnya sedang dalam keadaan rasa jantung nak terkeluar bila dalam keadaan macam ni. Menelan air liur untuk ke berapa kali! "Habis tu? Tak kan aku.."
Jari terlunjuk Emel menyentuh bibir Zirah. "Haip, tak mau-tak mau 'aku-kau'." Katanya sambil menggeleng-geleng.
Berkerut dahiku. "Habis tu? Saya awak?"
Emel menggeleng-geleng lagi. Tanda tak setuju. "Abang, Ayang.." Emel tersenyum lebar.
Terjegil biji mata Zirah. Bergetar badannya dek kerana geli dengan panggilan itu. "Tak nak!"
"Nak jugak!" Balas Emel laju.
"Tak nak lah! Nak panggil.."
"Abang!"
"Bukan! Nak panggil.."
"Abang.. Abang jugak!"
"Bukan! Bukan! Bukan! Nak panggil Oppa boleh?" Zirah tersenyum! Main bedal je dia sebut. Rasa senang pula rasanya dengan sikap Emel yang baru dia kenal ini. Terlalu baik! Lemah lembut.
Emel mengerutkan dahinya? Aku yang hensem ni dipanggilnya Opah??? "Aik, cari gaduh nampak.." Keningnya terangkat sedikit.
Aku menepuk dahi. Mesti dia ingat aku kutuk dia panggil Opah! Ayoyo! "Bukan Opah lah! Oppa. O.P.P.A.." Aku mengeja.
"Apa tu?" Soalnya pelik.
Zirah mengeluh, susahnya cakap dengan budak lahir zaman 80-An ni. "Nak tahu? Carilah sendiri! Jom Adam. Kita tidur atas tilam." Setelah pelukan dipinggang dilepaskan Emel. Laju saja aku memboloskan diri menuju ke bilik khas untuk Adam. Sekejap lagi dia masak, sekarang nak settle kan Adam. Baru Pak Ngah Adam.
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Storie d'amorekadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧