BAB EMPAT PULUH SATU

1 0 0
                                    

ADAM terus diam bila aku bawa dia keluar ambil angin petang. Jam baru menunjukkan pukul 4.30 petang. Ada baiknya aku bawak Adam ke kebun sayur aku itu. Boleh jugak aku mengajarnya apa itu terung, cili dan sayur-sayur yang lain. Manalah tahu bila dah besar dia boleh jawab soalan Sains  mengenai jenis-jenis sayur nanti. Ha..ha..ha.. Kesian kamu Adam, dapat Ibu yang terlebih skru dalam otak ni.

Aku ingin menyarung selipar jepun ku yang 'cantik' itu. Melilau aku mencari lagi sebelah pasangan selipar jepun itu. Mana pulak hilangnya? Tak akanlah Pak Li buat lempar anjing kut? Agak-agaklah, biarpun selipar tu buruk dah tahap ICU. Tapi masih boleh dipakai lagi. Selesa tahu tak!

"Mana kasut ibu ni Adam? Ni ibu marah dengan Tok Li kamu ni, banyak-banyak benda selalunya selipar Ibu jugak dia bedal buat baling anjing. Padahal anjing tu lalu depan pagar je pun. Sabar je lah.." Cari-cari tak jumpa, selipar pink berbulu-bulu dan ada patung bear dihadapannya  jadi perhatianku. Cantik jugak selipar ni. Macam kain lap tingkap pulak. Mesti Anis yang punya, Akak pinjam dululah ye Anis.

Sebelum kita memulakan sesi belajar mengenali pokok-pokok sayuran, apa kata kita jalan-jalan kat halaman rumah dulu. Tengok ikan, tengok pokok bunga, tengok.. Pak Li korek hidung?! Opps!! Itu tak boleh tengok, mengotorkan mata. Apalah Pak Li ni, tak habis-habis korek 'bijih timah' dia tu.

Adam yang sedang celik itu terkebil-kebil melihat cerah matahari. "Adam, itu matahari. Sebut apa? SubhanaAllah.. Silau ye anak Ibu? Jom kita  pergi bawah pondok sana."

Seketika kemudian, muncul dua buah kereta. Kelihatan dua buah kereta Mitsubishi EVO. Milik siapa lagi kereta itu kalau bukan dua beradik itu. Kereta yang berwarna biru itu milik Ammar, dan yang berwarna hitam itu milik Emel. Mereka memang mempunyai cita rasa yang sama. Sehingga kereta pun Walid hadiahkan yang sama.

Dari jauh aku sudah tersenyum. Mataku asyik memfokuskan kereta yang berwarna hitam itu saja. Almaklumlah, pemandunya orang yang disayang. Ehem!

Namun senyumanku mati bila ada seorang perempuan berjubah dan selendang labuh keluar dari kereta itu. Gembira benar wajahnya ketika bersembang dengan Emel. Emel juga begitu, dah lama aku tak tengok muka gembira Emel begitu. Aku menelan air liur yang terasa kelat! Aku mengalih pandang kepada kereta Biru pula. Ammar keluar dari keretanya dengan senyuman. Perlahan aku membalas senyuman itu walaupun agak hambar.

"Abang.." Aku menghulur tangan kanan mahu bersalam dengan Emel. Emel seperti teragak-agak mahu menyambut salamku. Setelah bersalam dan mencium tangannya, cepat saja dia menarik tangannya semula.

"Ini Kak Zirah ye? Assalamualaikum.." Myra bersalam dengan Zirah dan berpelukan seketika sambil mencium pipi. "Akak sihat? Akak mesti terkejutkan? Saya Myra, Humairah Wafa. Comelnya isteri Abang Emel ni. Eh, ini Adam ye? Alolorh comelnya!" Myra mengacah Adam yang masih didukungan oleh Zirah.

"Boleh Myra pegang?" Myra memandang ku dengan senyuman.

"Eh, boleh.." Aku menyerahkan Adam kepada Myra.

"Myra jom lah masuk. Panas ni. Jom masuk sayang anak Babah." Emel mengacah Adam yang berada didukungan Myra.

"Myra bawak Adam masuk tau, Kak." Ujar Myra tersenyum sambil beriringan masuk kedalam rumah bersama Emel.

Emel langsung tak pedulikan aku. Nak kenal kan aku dengan Myra pun tak. Myra pulak yang kenalkan diri sendiri. Melihat keakraban Myra dan Emel buat aku mula rasa.. Urmm cemburu. Aku tak pernah tengok Emel ketawa dengan aku. Senyum pun payah! Untungnya Myra.

Ammar yang dari tadi memerhati menghampiri Zirah. Kesian dia melihat Zirah berwajah mendung begitu.

"Eh, Along." Zirah menyapa Ammar dan pura-pura tersenyum.

JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now