ESOK merupakan majlis yang ditunggu-tunggu. Malam ni sibuk saudara mara belah Ummi dan walid datang membantu. Tak kurang jugak saudara mara aku dari kampung turut membantu. Seronok sangat suasana ni. Rasa macam esok nak raya pulak.
Atas kehendak Emel, tema majlis kami adalah putih bersih. Tiada pelamin, hanya meja makan dihias bagai pelamin. Satu rumah bertemakan putih. Baju pengantin aku esok pun warna putih. Tak sabar nak tunggu esok.
Mujur esok satu Malaysia cuti sempena hari buruh. Oleh itu, Walid terimalah cadangan si Emel yang mahukan majlis itu berlansung pada hari jumaat. Mula asalnya, jenuh Walid memilih tarikh yang terbaik kerana jika dibuat majlis pada hari kerja seperti jumaat siapa pulak yang akan datang nanti?
Namun berkeras Emel mahu adakan pada hari jumaat. Alhamdulillah, tarikh yang dipilih jatuh pada hari cuti umum.
Aku asyik diusik saudara mara yang sedang membantu aku memakai inai dijari. Emel pula sedang membantu apa yang patut di bawah sana.
Berkali-kali aku suruh dia berehat je, sebab kesihatan dia yang tak menentu itu. Tapi dah namanya Emel, memang degil! Mahu juga menolong Irwan dan Along.
"Untung kau dapat jugak buat majlis." Yani tersenyum.
Aku membalas senyumannya. "Mestilah. Aku pun nak kahwin macam kau jugak." Aku menjelirkan lidah.
Yani tersenyum. Dipandang sayu wajah kawan baiknya itu. Ceria wajah Zirah, asyik tersenyum dan ketawa dari tadi. Kalaulah dia tahu hal yang sebenarnya, aku sendiri tak sanggup melihat reaksinya. Ya Allah, kuatkan lah hati kawanku ini.
Yani memeluk lengan Zirah dan dilentukkan kepalanya dibahu kawannya itu. "Aku nak kau bahagia. Aku nak kau terus tersenyum macam ni. Aku sayang sangat dengan kau Zirah. Apa pun yang berlaku, aku sentiasa ada untuk kau." Ujar Yani sayu.
Zirah mengerutkan dahinya. "Lah, kau ni dah kenapa? Dialog kau dah macam drama petang-petang pulak. Kau ada apa-apa ke? Masalah ke? Adam termuntah atas baju kau ke?" Zirah ketawa.
Yani memandang kawannya itu. Ditolak bahu Zirah, hah! Geram aku. dah namanya Zirah, tak pernah nak serius. Suka memain! "Kau ni, aku nak romantic sikit dengan kau pun tak boleh. Suka main-main. Nasib baik aku sayang kau, kalau tak... Dah lama aku inaikan muka kau. Biar warna merah." Bebel Yani dan kembali membantu Zirah memakai inai.
Zirah ketawa. Emo pulak kawan aku ni. "Sebab tu lah aku pun sayang kau. Meh nak cium pipi." Zirah memuncungkan mulutnya.
Yani ketawa. Ditolak muka Zirah ketepi. Geli aku!
****
HARI yang di nanti pun telah tiba. Selepas lengkap berpakian baju melayu. Emel berbaring diatas katil sementara menunggu Zirah memakai baju pengantin.
Dipandang saja gerak geri Zirah dari tadi. Isterinya itu cantik berjubah maxi labuh berona putih. Berselendang labuh. Cantik sangat!
Beberapa minit lagi majlis akan berlangsung. Tapi terasa dia kesuntukkan masa. Dihampiri isterinya dan di pegang tangan itu erat.
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Romantizmkadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧