TURUN saja dari bas express hijau ni, terbeliak biji mata aku. Aku ni ada kat KLIA ke, KL Sentral? Makaaihh, mewah betul Malaysia ni. Ni buat aku rasa nak menyanyi lagu Negara kuat-kuat tengah-tengah alam ni. Bangga jadi rakyat Malaysia! Hah, kan tiba-tiba aku berjiwa patriotik. Atok aku dulu pernah bunuh askar Jepun tau. Itupun sebab askar Jepun tu terpedaya dengan helah atok aku. Almaklumlah, keturunan aku memang bijak! Ha..ha!
Mana pulak Pak Mat ni. Dekat empat jam dalam bas, rasa nak retak tulang aku yang tak seberapa ni. Jenuh pulak aku nak kutip kalau terabur nanti. Mata aku kembali meliar memandang sekeliling. Aku jalan-jalan sambil melihat gerai-gerai yang ada. Sebaik saja melintasi sebuah kedai yang penuh dengan novel, pap! Kaki aku dah 'tergam' secara automatik! Aku ni, manusia yang cukup pantang tengok novel. Mulalah rasa tamak haloba ni muncul. Ish! Tak boleh jadi ni, kena elak kan.
Setelah mengeluarkan beg duit dan melihat isi kandungannya. Secara automatiknya kaki aku yang 'bergam' tadi berjalan semula tanpa menoleh kiri dan kanan. Ada hati nak beli novel, dalam beg duit aku sekarang cuma ada 100 ringgit je. Itu pun kalau cukup, kalau tak cukup? Aku tanam terung kat tepi KLCC lah nampak gayanya.
"Along!"
Berpusing-pusing badanku mencari dari arah manakah suara itu. Terkebil-kebil kelopak mataku sebaik sahaja memandang lelaki yang sedang termengah-mengah menunduk sambil memegang perut.
"Adoi! Penat! Kejup, bagi aku bernafas jap. Haaihh~" Dengan selambanya Hanif Aziz bin Mat Ayob atau nama panggilannya adalah Han, mengambil botol 100 Plus yang aku pegang sejak tadi.
"Weh! Baru beli tu, aku tak minum lagi. Dodol hangus betullah kau ni." Aku menolak bahu Han, geram aku!
Han tersenyum. Dipulangkan semula botol yang sudah kosong itu padaku. Makaaihh! Ni minum ke, saluran usus tersumbat ni? Cepatnya habis? Bocor ke botol ni? Ditilik bawah botol, eh tak bocor pun.
"Sorry lah Long. Aku dahaga gila ni. Jom aku belanja kau ABC." Han terus jalan mendahului Zirah.
"Han, kau tak rasa nak jadi lelaki gentleman ke? Mari sini aku ajar,manalah tahu ilmu aku ni boleh mencepatkan kau dapat bakal isteri." Aku tersengeh bila terserlah riak wajah Han bersinar-sinar. Sebut pasal awek je, boleh berubah mood si Han ni. Ish-ish! Anak siapalah ni.
"Apa dia?" Teruja punya pasal, selamba saja dia mencampakkan botol tadi ke tepi. Nasib baik tepat masuk dalam tong sampah. Kalau tidak, adalah 'insan' istimewa bagi 'surat cinta' a.k.a surat saman!
"Tadah tangan." Ujar Zirah dan Han menurut.
"Sila bawak beg aku ni. Eh, jangan lupa beg plastik yang penuh dengan buah rambutan dan petai ni ye. Hah! Baru gentleman. Kau tengok tu, mak cik yang pegang beg tu. Asyik usha kau je, ada peluang la kau jadi menantu dia! Silap gaya, mahu balik ni ada rombongan meminang datang kerumah kau." Aku menolak bahu Han. Kejup, apa benda yang aku merepek ni? Mana ada orang hantar rombongan meminang kerumah lelaki? Ah, nantak lah!
"Hampas nyior punya minah. Mak cik tu butalah, bila masa pulak dia tengok aku? Kau ni saja kan nak suruh aku meringankan beban kau kan?" Han mengeluh. Terkena lagi aku!
Aku pulak terdiam. Aku tengok betul-betul mak cik tersebut. Tiba-tiba mak cik itu keluarkan tongkat dari begnya. Terkebil-kebil mataku memandang mak cik itu dan Han silih berganti. Dengan perlahan aku tersengeh sambil mengangkat dua jari. "Peace no war! Heee.." cover balik dari segala kesasulan tadi!Adoi!
*******
"HAN, majikan abah kau tu garang tak? Dia nak ke terima aku ni?" Setelah selensai makan tengah hari yang dibelanja oleh Haji Bakhil Hanif. Kami teruskan perjalanan ke rumah yang ingin dituju.
Han menggaru keningnya sambil tangan kanan masih ligat mengawal stereng kereta MyVi nya. "Datin Ros tu aku rasa okey, Dato Mail lagi lah sporting. Cuma, anak lelaki dia yang bongsu tu. Sombong sikit. Alah, kau buat hal kau je. Nantak lah dengan mereka."
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Romancekadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧