MENCINTAI seseorang bukan sekadar pada fizikal, tapi pada kenangan yang ada padanya. Dah hampir sebulan Emel meninggalkan ku.
Dengan nasihatnya, kekuatannya yang terasa menjalar pada diri aku. Aku berjaya untuk tabah menerima takdir ini.
Allah tak akan uji kita dengan sesuatu yang kita sendiri tak mampu tanggungnya. Aku tak pernah salahkan dia kerana merahsiakan benda ni semua dariku.
Dia terlalu sayangkan aku, sebab itulah dia tak mahu aku sedih. Sehingga disaat-saat akhirnya dia pergi tanpa memberi kesempatan untuk aku melihatnya.
Tapi aku tetap bersyukur, Allah tu maha adil. Dia ambil Emel dari dalam hidup aku, digantikan sesuatu pada rahimku. Allahuakbar..
Aku kembali teruskan kehidupan dengan kenangan-kenangan yang Emel tinggalkan. Aku akan jaga zuriat aku dan Emel ni sampai ke akhir hayat aku. Insyallah..
Mak selalu disisi. Menemaniku di rumah pemberian Emel ini. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku dengan insan-insan yang sentiasa mengambil berat pasal aku. Yang sangat sayangkan aku.
Kandungan aku yang sudah masuk dua bulan setengah ini sangat aku sayang. Dia sajalah pengubat rinduku pada Arwah Suamiku.
Mama selalu cadangkan agar aku berkahwin dengan Haji Hanif. Tapi oleh kerana keputusan aku dan Haji Hanif adalah sama, membuatkan Mama tak mampu memaksa.
Haji Hanif sangat setia dengan isterinya. Begitu juga denganku. Aku berharap sangat, jodohku bersama Arwah Mohd Aimel Hijjaz Bin Faris hingga ke syurga. Insyallah Amin..
Ammar, sekarang sedang menunggu waktu terindah menjadi suami buat Yani. Moga Allah panjangkan jodoh mereka. Amin...
Tapi aku melihat Along seperti tidak menghiraukan dengan persiapan majlisnya, malah dia lebih banyak habiskan masa denganku. Melayan keinginanku yang mengidam macam-macam.
Aku tak terniat nak menyusahkan dia untuk memenuhi kehendakku. Tapi dia yang mahu berbuat demikian. Katanya anak yang ada didalam perutku itu adalah anak adik kesayangannya. Mungkin sebab rindukan Arwah Emel dia bertindak sedemikian.
Tapi aku takut juga kalau Yani terasa dengan sikap Ammar ni. Namun Alhamdulillah, Yani amat memahami. Katanya, Ammar aku.. Along kau jugak. Mendengar ayatnya itu, membuatkan aku merasa tenang.
Aku pula masih teruskan hidup dengan bekerja di syarikat FQ. Biarpun Ummi dan Walid berkeras tidak mahu aku bekerja, tapi disebabkan kedegilan aku ni mereka akhirnya akur juga.
Moga Allah permudahkan kehidupanku membesarkan anakku dan meneruskan kehidupan.
Abang, Zirah tak pernah menyesal jadi isteri abang. Malah Zirah rasa sangat bertuah jadi isteri abang.
Terima kasih kerana hadir dalam hidup Zirah walaupun hanya seketika saja tapi cukup untuk membahagiakan Zirah. Itu sudah cukup.. Kerana kebahagiaan menjadi isterimu jauh lebih indah dari apa yang Zirah rasa.
Awak suami yang baik. Saya sayang awak kerana Allah. Kita berjumpa adalah Jodoh terindah yang Allah kurniakan buat saya. Kita berpisah, adalah satu takdir yang Allah berikan buat saya untuk menguji sejauh mana saya bersabar dengan takdirnya.
Allah pinjamkan awak untuk saya hanya sekejup untuk saya mengenal erti cinta dan bahagia. Allah berikan peluang buat saya jadi isteri terbaik untuk awak adalah satu kurniaan yang saya amat-amat hargai.
Sesungguhnya, cinta saya buat awak adalah cinta yang saya akan bawa hingga ke syurga. Insyallah..
Ya Allah Ya Tuhanku, tuhan sekalian alam. Yang berkuasa dilangit juga dibumi. Yang maha mengetahui setiap sesuatu. Yang maha cantik dan maha mengasihi. Aku mohon kau ampuni dosa suamiku Mohd Aimel Hijjaz Bin Faris, tempatkan dia dikalangan orang yang Kau sayangi dan kasihi. Sesusungguhnya dia adalah suami yang baik yang kau anugerahkannya buatku. Aku pohon padaMu kekuatan untukku meneruskan kehidupan ini tanpa dia disampingku. Moga kau merahmatinya dan berkatinya. Amin..
"Abang, Zirah sayang abang.."
-TAMAT-
JODOH & TAKDIR
Berjumpa Denganmu Adalah Jodoh buatku.Berpisah Denganmu Adalah Takdir untukku
AumieInsyirah 31122013_0222_
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Romancekadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧