BAB LIMA PULUH LIMA

2 1 0
                                    

LEBAR senyumku. Baru habis talifon mak tadi. Yes!! Minggu ni balik kampung!! Yeah!! Rasa nak melompat-lompat je kat atas kerusi ni. Tapi mengenangkan aku ni masih ayu berbaju kurung. Aku lupakan saja.

Tiba-tiba membuak semangat aku nak siapkan kerja yang bertimbun ni. Arghh!! Tak sabar nak balik kampung!

"Amboi senyum sampai ke kepala." Yani yang baru sampai ditempatnya menegur.

"Aku nak balik kampung petang jumaat ni. Kau nak ikut?" Aku tersenyum padanya.

"Urmm.. Ikut hati memang nak. Tambah-tambah jumpa dengan mak kau yang sporting tu. Tapi tunang aku ajak pergi fitting baju nikah pulak. Sorry, but sampaikan peluk cium aku kat Mak Imah tau." Yani tersenyum lagi.

"Okey. Eh, baru habis ke mesyuaratnya? Lama betul kan? Tak kebas buntut kau? Retak ke?" Aku tengok muka si Yani ni pun, aku dah boleh agak yang dia ni mesti tidur masa mesyuarat tadi.

Yani menghempas tubuhnya diatas kerusi empuk itu. Hela dilepaskan panjang. "Adoi, jangankan retak. Aku rasa dah bercambah cendawan dengan sawang rasanya. Punyalah lama si rakan kongsi Haji Hanif tu bercakap. Mahu je aku tepuk bahu dia sambil cakap, 'Dah lah bro, esok jelah sambung. Wa penat ni.' Mujurlah muka dia hensem, tak jadi aku nak cakap macam tu tau."

Aku mengerutkan dahi. Orang baru ke? "Staff baru ke? Rakan kongsi dalam ke, luar?"

"Entah. Aku tak fokus sangat apa yang dia cakap tadi. Aku tengah syok WhatsApp dengan Fin, gossip pasal mamat hensem tu." Yani ketawa.

Aku menggeleng-geleng kepala. Duduk sebelah-sebelah pun nak ber WhatsApp ke? Kalau bab gosip, memang mereka berdualah orang paling berpengaruh. "Itulah kerja korang." Aku bangun dan terus ke mesin Photostat.

"Kau nak pergi mana? Aku ada benda nak cerita ni.." Sanggup si Yani ni mengejar aku sampai ke mesin Photostat semata-mata nak bercerita. Yani menarik kerusi milik Khairul yang entah mana menghilang, kemudian Yani duduk berhampiran dengan Zirah.
"Kau tahu tak, mamat hensem tu. Dah kahwin tau, tapi bini dia entah ke mana entah. Berapa ramai anak dara kat pejabat ni yang duk usha dia nak buat suami. Tapi dia tak layan. Fin cakap, dia cinta gila dengan bini dia tu. Fin cakap, bini dia tu cantik. Entah masalah apa yang melanda, bini dia lari jauh dari dia. Dekat sepuluh bulan jugaklah.."

Ayat terakhir Yani ni membuatkan aku terkepit jari sendiri kat mesin Photostat itu. Sakit jangan cakap lah, tapi aku buat muka cool. Bajet tak ada apa-apa yang berlaku. Mak!! Sakit woo!!!

"Dengar kata dia sekarang tengah cari bini dia. Kau rasakan dia jumpa tak? Kalau aku jadi bini dia, aku tak akan lari mana-mana. Biarlah dia kurung aku dalam almari sekalipun. Aku tetap akan setia. Cewah! Serius, muka dia hensem! Kalau tengok, tenang je rasa." Yani sambung lagi cerita tadi.

Ah! Tiba-tiba aku pulak yang rasa seram sejuk dengar cerita dia ni. "Err.. Si.. Siapa nama dia?" Teragak-agak aku bertanya. Bukan apa, kalau betullah apa yang aku tengah fikir ni. Mahu aku koma kat atas mesin Photostat ni! Sumpah! Memang itu yang aku buat!

Yani tersenyum. Ingatkan Zirah tak mahu mendengar cerita yang diceritakan tu. Selalunya Zirah buat bodoh je, kalau dia bercerita itu ini. Tak ambil pusing langsung. Sampai berbuih mulut aku cerita, alih-alih ayat terakhir dia.. 'Jom makan..Jom jumpa Kak Min. Jom.. Jom..'. Pelik! Ambik pusing pulak dia dengan cerita aku ni.

"Owh! Kau pun dah terpikat eh?" Yani mengenyit-ngenyitkan matanya.

"Gedik eh budak ni. Aku tanya je, siapa nama dia?" Zirah yang sedang bermain-main dengan rasa seram sejuk itu makin seram bila dikenakan begitu.

"Nama dia.. Muham.."

"Yani, datang bilik Kak Min kejup. Adoi, masaklah kita Yani. Dia nak ubah pulak." Tiba-tiba muncul Kak Min dengan wajah kusutnya. Dengan segera wanita itu berlalu.

"Nak ubah? Ini yang aku malas ada orang atasan baru ni. Mesti nak ubah itu ini. Nanti aku sambung lagi. Tata, Zirah busuk." Yani tersengeh dan terus berlari ke mejanya mencapai fail dan berlalu keluar menuju ke bilik Kak Min.

"Di biarnya tergantung macam tu je? Kurang asam punya Yani! Ish, baik aku pergi sambung kerja." Terus Zirah kembali ke meja kerjanya.

JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now