BAB ENAM

4 1 0
                                    

MENYEMBANG dengan isteri Pak Mat yang dipanggil Mak Ngah, buatkan aku rasa terlalu dekatdengan mak. Aduh! Tak sampai sehari dah rindu! Mak Ngah ni kerja sebagai tukang masak je kat rumah ni. Tukang kemas rumah, cuci baju, dan lain-lain Bik Sutinah yang buat.

"Eh, dekat pukul tujuh ni. Kamu dah dapat bilik ke?" soal Mak Ngah.

Aku tersenyum. Sudah, tapi tak tengok lagi. Aku solat asar tadi pun kat surau mini yang ada kat dalam rumah tu. Surau tu, pergh! Best! Rasa macam kat Masjid Kristal pulak. Serba serbi berkaca.

"Dah Mak Ngah. Tapi Along tak tahu kat mana. Datin cakap kat sebelah bilik Bibik." Jawabku.

Mak Ngah dan Pak Mat tak duduk situ. Mereka akan datang setiap hari kecuali ahad dan pulang selepas makan malam pukul 9.00 malam. " Mak Ngah tahu kat mana. Jom, ikut Mak Ngah."

"Mak Ngah! Emel punya.." Tiba-tiba pulak muncul lelaki ni. Ini bukan mamat siang tadi ke?

"Kenapa Mel?" Soal Mak Ngah bila ayat Emel tergantung sebaik saja melihat Zirah.

Berkerut dahi Emel. "Ni bukan benggali jual kapet siang tadi ke? Siapa pulak bagi dia masuk ni?"

Fuhh! Berasap-asap dah kepala otak aku mendengar ayat dia. Amboi, memang ada ciri-ciri tak sayang mulut betul mamat ni. "Oh, abang manis.. Mau velii yituh kapet ka? Banyak cantik juga. Boleh kasi murah juga. Buy 1 feleee 1." Sengaja aku berlakon jadi benggali. Nak sangat kan? Celah mana tah sama muka aku dengan benggali karpet?

Mak ngah sudah menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatahku yang sudah difahaminya sejak dulu. Kuat melawan. Elok lah tu, baru bertemu buku dengan ruas. "Ini Zirah lah Mel. Bukan benggali jual karpet. Kamu ni Mel, agak-agaklah. Zirah yang macam anak cina ni kau cakap benggali karpet. Ish-ish.. Zirah ni tukang kebun rumah kita. Zirah, ni Mohd Aimel Hijjaz Bin Dato Faris anak kedua dato dengan datin." Mak ngah sudah biasa dengan Emel dan keluarga ini.Walaupun dia hanya orang gaji, tapi seluruh penghuni rumah ini cukup hormat kan dia dan suaminya. Sementellah, anak-anak Datin Ros semua dijaganya sejak kecik lagi.

Terbeliak biji mata lelaki itu."Ini? Perempuan ni jadi tukang kebun? Ha..ha..ha! So funny! Larat ke kau nak angkat cangkul? Bawak diri yang sekeping tu pun belum tentu larat." Perlinya dengan sisa tawa yang bakal jadi sisa toksik ditelinga Zirah!

"Amboi, pandang kita guna kaki nampak. Helok sikit, memang nak kena cangkul ke mulut tu?" Balasku geram!

"Eh, sudah tu.. Ish, ngeri Mak Ngah dengarnya. Sudah tu.. Bik.. Tolong bawak Zirah ke biliknya. Mel nak apa tadi? Apa yang tak jumpa?" Soal Mak ngah, kalau dibiarkan mahu terbakar separuh rumah besar ni. Belum kenal dah macam anjing dengan kucing. Apatah lagi kalau dah lama nanti. Mahu 24 jam Datin urut dada tahan rasa nak pitam tengok perangai budak berdua ni.

"Dia tengah cari hati nurani yang hilang Mak Ngah." Jawabku sambil menjelir lidah dan terus berlalu mengikut langkah Bibik.

"Ish! Kang kena jugak kang.." Emel sudah mula mengejar perempuan itu namun sempat lengannya ditarik oleh Mak ngah.

"Sudah tu. Umi tengok nanti, apa pulak kata dia." Pujuk Mak ngah.

" Pujuk Mak ngah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now