BAB EMPAT PULUH LIMA

3 1 0
                                    

AHAD!! Datang jugak hari ahad. Mintak-mintaklah, Myra tak kacau Emel hari ni. Mujur semalam, Ammar yang melayan Myra berjalan kesana sini. Jadi, banyaklah masa aku bersama Emel.

Melihat Emel yang sedang bersungguh-sungguh mencuci kereta Suzuki Swift kesayangannya itu. Terlintas di fikiranku membuatkan dia Milo Ais. Sekurang-kurangnya hilang dahaga dia. Dengan gembira aku membancuh minuman kegemaran suamiku itu. Setelah selensai aku bawa air tadi keluar dari dapur.

Namun sebaik saja di muka pintu. Kelihatan manja sekali Myra menghidangkan Emel Milo Ais blanded yang jauh lebih sedap dari apa yang aku buat sekarang. Sambil memegang gelas besar itu aku menahan rasa. Ini bukan pertama kali Myra mendahului aku dalam bab melayan Emel. Dah banyak kali!! Dah berkati sabar yang aku kumpul. Emel pula lebih rela menjamah hidangan yang dihidangkan oleh Myra daripada aku. Siapa yang tak terasa? Cuba cakap kat aku, siapa yang tak terasa bila dilayan macam ni!

Aku tahu, siapa aku dihati Emel. Kadang-kadang aku terfikir, untuk apa perkahwinan ni? Sampaikan aku terfikir yang Emel sengaja mahu menghukum perasaan aku. Kalau benarlah itu niatnya, sampai bila-bila aku tak akan maafkannya.

Dengan lemah aku berpatah balik ke dapur. Namun tak ku duga gelas ditanganku itu disambut oleh seseorang. Aku menoleh. Along?

"Wah, sedapnya. Hilang haus Along. Eh, ini untuk Along ke? Along main rembat je." Ammar bersuara sebaik saja menghambiskan setengah air Milo digelas itu.

Perlahan aku tersenyum. "A'ah. Along punya. Minumlah sampai habis. Sedap tak?" Soalku, saja mahu menghiburkan hati sendiri.

"Ermm, sedap! Zirah pandang apa tu?" Soal Ammar bila dari tadi mata Zirah memandang ke arah sesuatu. Pantas ditoleh. Tahulah dia yang Zirah sedang melihat Emel dan Myra bersembang mesra tu.

"Hah! Jom kita masuk. Tadi Along baru beli novel baru yang Anis kirim. Zirah mesti suka jugak." Ammar menarik hujung baju Zirah masuk ke dalam rumah.

Entah novel apalah yang dibeli oleh Anis tadi. Zirah hanya mengikut.

********

MELIHAT hidangan yang banyak itu, membuatkan aku terasa lapar. Tadi aku nak tolong memasak, Bibik dan Mak Ngah tak bagi. Katanya, nanti aku penat. Puas aku pujuk, tapi tak berhasil. Aku melabuhkan duduk dikerusi makan.

Bibik dan Mak Ngah sedang menyusun lauk-pauk diatas meja makan. "Anis cakap, Myra dengan Emel dah macam orang tengah bercinta. Kat Mall tadi, Myra siap pegang lengan Emel. Amboi, bercinta ke dorang tu?"

"Ish, enggak boleh dong. Enggak cocok." Bibik membantah.

"Habis tu, dah kat rumah pun asyik berkepit je. Inikan pulak kat luar." Mak Ngah bersuara lagi, tanpa perasan perbualan mereka itu didengari oleh Zirah.

Zirah dengan lajunya melintasi mereka dan terus menuju ke dapur. Resah bila mendengarkan kata mereka. Perlahan peti sejuk dibuka. Pintu peti sejuk paling atas dibuka. Menderu wap sejuk ais keluar. Perlahan aku meletakkan muka ke dalamnya. Mencari ketenangan! Serabutlah bila fikir pasal ni! Ikutkan hati aku ni. Aku nak masukkan sekali badan-badan aku ke dalam peti sejuk ni. Baru sejuk sikit hati aku ni haaa.

Mak Ngah dan Bibik terdiam. Masing-masing menekup mulut. "Lah, saya enggak tahu dia ada Kak." Bibik mula risau. Di jenguk Zirah di dapur.

"Apa yang dibuatnya kat dapur tu?" Soal Mak Ngah yang turut sama menjenguk. Mak Ngah dan Bibik menakup mulut. Menyesal benar mereka mengumpat perihal Emel dan Myra.

Mak Ngah menghampiri Zirah yang sedang leka menikmati kesejukkan peti ais yang terbuka itu. Diusap-usap bahu menantu majikannya. "Along buat apa ni. Ja.."

"Urm.. Ambil angin. Along Okey, Mak Ngah buatlah kerja." Aku memotong katanya. Rasanya lebih baik aku macam ni, daripada aku lari masuk dalam kolam. Lagi naya!

JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now