BAB TIGA PULUH SATU

4 1 0
                                    

BERKERUT dahi Zirah. "Kenapa pulak ni?" Soalnya dengan nada takut-takut.

"Tadaa! Orang pantang kena paka ini." Bibik mengangkat kain batik dan t-shirt.. Makaaiihh besarnya T-shirt!!

"Kena pakai ini jugak." Mak Ngah mengangkat sepasang stoking separas buku lali itu.

Tengah hari buta nak pakai itu? Lebur kaki aku! Hangatlah aku nanti. Dah kenapa dorang ni?

"Eh, ada lagi. Ini jangan lupa!" Giliran Mak Gayah menunjukkan sejenis bedak sejuk yang diletakkan di dalam piring.

Bau bedak itu.. Perghh! Boleh tersumbat lubang hidung aku. Busuk!!

"Tapi, tak kan nak pakai sekarang?" Balasku yang masih mengasah otak untuk mengelak.

"Habis tu nak tunggu bila? Tiga tahun lagi? Alah, Zirah lima hari je. Tak pun seminggu. Lepas tu kamu nak pakai baju Batman sekalipun, kami tak kisah." Mak Ngah membebel.

Nasib baik Mak Imah tak join sekali, kalau tak lagi teruk aku nanti dikerjakan mereka nanti.

"First! Pergi tukar baju!" Mak Gayah memberi arahan. Sekarang dah boleh nampak siapa director cerita ni kan?

**********

WAH! 'cantiknya' aku!! Sanggul kepala mengalahkan orang yang betul-betul berpantang. Kat dahi aku ni dah bertempek bedak busuk tu. Berkali-kali jugaklah aku rasa nak muntah. Susah jugak orang nak berpantang ni ye? Adoi! Seksa!

Aku ditempatkan diruang tamu yang sudah tersedia tilam besar dan tilam kecil milik Adam. Dan macam-macam lagilah. Kalau Tok Wan tengok, mesti dia percaya 100% aku tengah berpantang. Ini semua berkat usaha team ibu-ibu mengerjakan aku pagi tadi.

"Assalamualaikum.." Suara garau itu memberi salam.

Semua pasang mata memandang ke arah seorang lelaki yang segak berbaju batik. Lelaki itu tersenyum dan laju saja menghampiri Adam.

"Owh, inilah cicit Abah ye? Comelnya! Yang ni? Err, Manda kan? Amanda Imani?" Tan Sri Osman meneka.

Terdiam aku sekejup! Kemudian aku mengangguk perlahan-lahan sambil menyalam tangan Tok Wan. Aku ingatkan Tok Wan aku ni dah tua kerepot! Tapi, perghh! Umur dah dekat 71 tahun. Tapi muka still young macam Datuk Yusuf Haslam! Cayalahhh!!

Tok Wan menggosok-gosok kepalaku sambil tersenyum. Kemudian dia mencium pipi Adam. Jelas di raut wajahnya rasa bahagia. Kalaulah Tok Wan tahu dia kena tipu, huh! Aku tak boleh nak imaging macam mana reaksi dia.

"Abah, kita makan dululah. Abah mesti lapar kan? Lama sangat dalam flight tadi." Ummi mengajak Tok Wan ke ruang makan. Tok Wan menurut.

"Makan?? Jom laa.." Jawabku sambil mahu bangun dari tilam.

"Ehhh! Kamu kan pantang. Duduk situ, nanti Mak Ngah ambik nasi dengan ikan goreng." Mak Ngah menarik tanganku dan menyuruh duduk semula. Nasib baik Tok Wan dah jauh, kalau dia dengar tadi. Kan susah! Aishh, Zirah ni kalau pasal makan. Susah nak dibawak berbincang.

"Ikan goreng?? Mak Ngah, tak akanlah Zirah nak makan itu je?" Soalku sedih.

"Habis tu tak akan aku nak bagi kamu makan KFC pulak? Dah-dah, nanti malam karang ke. Baru makan sedap-sedap." Mak Ngah terus berlalu.

Aku mencebik sedih. Adam yang tiba-tiba menangis itu, aku ambil lalu diberikan susu botol. Mesti Manda pun berpantang macam aku ni kan? Kesian dia.. Berpantang tanpa anak disisi. Sedihnya. Baru aku tahu seksanya menahan makan! Ohh! Tidakkkk!!

"Akak! Wah, boleh jadi pelakon terbaik ni." Anis melabuhkan duduk disebelah Zirah. Tersenyum-senyum macam badut. Kutuk aku lah tu!

"Kamu jangan nak cari pasal Nis, kang bedak atas dahi akak ni nanti masuk mulut kamu nanti." Aku mula rasa rimas dengan bedak itu. Bau dia boleh buat aku pengsan tau.

JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now