DAH 10 BULAN BERLALU. Aku sekarang dah bekerja di syarikat abang iparku bekerja. Ops, lupa nak cerita. Mak aku ada anak angkat, anak susuan. Nama dia Muhammad Adib. Dah rasa macam abang sendiri pun. Dulu ibu Abang Adip ada komplikasi sikit semasa melahirkannya. Ibu Abang Adip yang dipanggil sebagai Mama pernah mengalami koma sebelum melahirkan Abang Adip. Mama adalah kawan karib Mak. Sebab dasar kesian dengan Abang Adip yang masih kecil dan mahukan susu ibu, Mak menawarkan agar dia menjaga Abang Adip sementara Mama pulih. Kebertulan masa itu Mak baru kematian anak pertamanya yang sudah 8 bulan tiga minggu dalam kandungan. Perancangan Allah itu lebih indah dari apa yang kita rancang, Allah anugerahkan Abang Adip bagi menggantikan anak Mak yang meninggal di dalam kandungan. Mak sayang sangat dengan Abang Adip macam anak sendiri walaupun sekadar anak susuan. Kalau Abang Adip balik, tak dipandangnya aku dengan Jihah. Aiseh...
Selepas apa yang berlaku dalam hidup aku, aku bertekad nak mengikuti Abang Adip dan Kak Masyitah ke Kuala Kangsar. Kak Masyitah adalah isteri Abang Adip, dorang dah ada dua orang anak. Kembar pulak tu tau.. Seorang bernama Ummu Hanim dan Ummu Hanis. Comel macam aku. Ehem!
Aku bekerja dibahagian jabatan yang sama dengan Kak Masyitah iaitu Human Resources. Tapi aku hanya kerani. Dengan SPM yang aku ada, kat manalah aku nak bawak diri bekerja? Mujur syarikat ni nak ambil aku. Aku dah siap offer jadi tukang kebun dah. Tapi kena reject!
Alhamdulillah, biarpun rezeki yang aku dapat tak seberapa. Tapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya aku rasa seolah-olah dapat membina kehidupan yang baru. Suasana baru, kenalan baru dan segalanya baru. Rezeki yang aku dapat aku kongsikan dengan Mak dan tanggung perbelanjaan pelajaran Jihah yang sekarang dah menuntut di UiTM Seri Iskandar.
Sepanjang 10 bulan aku bekerja, Alhamdulillah aku dapat membeli sebuah kereta yang 'cantik' ni. Tak apalah teruk sikit, janji boleh jalan. Lepas aku dapat lesen, terus aku beli kereta ni. Kereta kancil warna putih.. Err.. Coklat.. Err.. Merah. Entah! Sekali pandang macam peti besi masa zaman jepun dulu pun ada jugak! Aish, dah berjasa dah kereta ni. Kalau aku ada duit lebih, aku akan cuba cantikkan dia! Dan aku cadang nak bawak dia meredah highway menuju ke Gopeng dua bulan lagi. Larat tak dia agak-agaknya? Aku cuba lah ek.
Kereta kancil edisi lama ini aku beli dengan harga RM3000, jadilah. Aku tak nak berhutang, ini pun dah cukup okey. Abang Adip ada tawarkan untuk tambah duit aku beli kereta baru. Tapi aku kata, aku nak beli harta aku dengan duit aku sendiri. Hee..hee... Konon!
Pagi ni aku bangun awal. Kalau aku bangun lambat lagi, mahu tak dapat parking macam semalam. Entah kenapa kawasan bangunan ni tiba-tiba banyak betul orang tumpang parking sejak dua tiga hari ni! Pelik aku! Sedang aku rancak pusing-pusing cari petak kosong nak 'pacak' kereta, sebuah motor besar bewarna hitam memotong aku dengan aksi macam kat litar sepang! Fuh, nasib baik tak tercabut side mirror kiri aku yang memang tunggu masa nak wafat je tu. Aku cadang nak tukar bulan depan. Selagi boleh guna. Gunalah... Jimat!
Pagi-pagi tak baik marah! Senyum Zirah. Heee! Twingg!! Petak kosong aku jumpa. Tapi belum sempat aku bagi signal, menonong je sebuah kereta Honda City merampas petak kosong aku itu. Ini yang buat aku marah ni! Dah satu kerja pulak aku kena pusing lagi cari petak kosong yang lain. Okey, nasib baik hari ni mood aku tengah baik! Aku maafkan. Tapikan, tengok cara kawasan yang Honda City tu parking aku rasa muat kut untuk kereta aku yang kecik ni menyelit. Masa rehat nanti aku ubahlah. Ha.. Ha.. Idea bernas yang tak berapa cerdik muncul. Baru sahaja aku nak undur kereta, Motor besar berwarna hitam tadi dah parking kat sebelah Honda City tu! Aishhh!!!! Berasap-asap kepala aku menahan marah!
Terasa naik angin satu badan. Aku dah lah penat ni. Keluar awal pagi macam mana pun, parking tetap susah nak dapat! Bila ada ruang, orang lain ambik pulak. Sampai ruang nak menyelit pun ada orang ambil?!
Aku keluarkan kepala dari tingkap kereta. "Ehem.." Aku berdehem kuat. Cuba untuk menegur lelaki yang berebut parking dengan aku itu.
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Romancekadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧