BAB TUJUH PULUH SATU

4 1 0
                                    

SELEPAS membalas mesej dari Jihah, aku meletakkan semula talifon bimbit aku itu ke tepi. Namun ada sesuatu yang membuatkan aku kembali mengambil talifon kecil itu. Terkebil-kebil biji mataku melihat lock screen wallpapers pada hand phone itu.

Bila masa pulak aku letak gambar ni jadi wallpaper? Gambar Emel mencium dahiku semasa aku tidur. Dekat dua hari, baru hari ni aku perasan gambar ni. Ni mesti dia punya kerja jugak ni. Habis semuanya ditukar. Sampaikan bunyi jam loceng aku pun dia tukar. Bunyi dia ketawa pulak tu. Terkejut aku semalam, mujur aku tak campak talifon ni. Fuhh, sabar jelah.

Aku kembali melihat wallpaper itu. Aku tersenyum, tetiba rasa rindu. Tetiba rasa nak jumpa dia. Dah dua hari, dia tak talifon aku langsung. Dia tak risau kat aku ke? Ish, kalau sepuluh bulan dia boleh hidup tanpa aku inikan pulak dua hari. Pergi bawak ketepilah rindu kau tu Zirah. Haaishhhhh! Buat kerja lagi bagus.

Aku meletakkan semula talifon bimbitku ke tepi. Okey Zirah, kau ada banyak masa nak berfikir. Kau mampu dan kau berhak buat keputusan. Tarik nafas.. Dan hembus perlahan. Good Girl!

"Hey, buat apa tu?" Kak Masyitah yang memerhati sejak tadi ketawa. Macam tengah beryoga pulak si Zirah atas kerusi ni. Dah kenapa?

Nasib baik aku tak buka silat cekak. Kak Masyitah ni kalau muncul macam hantu, tetiba je. Hantu? Ish! Apa aku ni, malam kang aku tidur sorang. Jangan cakap merepek boleh tak? Aku mengurut dada.

"Akak! Terkejut Along. Tak ada buat apa pun, nak habiskan kerja sikit ni. Abang Adip dah balik?" Aku menyoal. Setiap hari Abang kesayangan aku tu talifon, risau katanya aku tak balik rumahnya. Berbuih mulut aku cakap yang aku okey, dia tetap suruh aku balik rumahnya jugak. Tapi bila aku terangkan padanya masalah aku, dia faham. Banyak nasihat yang dia bagi, tapi aku ni kan spesis daun keladi kena curah air sirap. Tak melekat nasihat Abang Adip tu. Hu..hu..

"Dah, malam tadi. Zirah okey tak ni?" Kak Masyitah menyentuh tanganku.

Aku tersenyum. "Okey. Along okey. Akak jangan risau. Pesan dengan tok kebayan kat rumah tu, jangan risau pasal adik dia ni. Hari-hari Abang Adip membebel risaukan Along." Aku ketawa.

Kak Masyitah hanya tersenyum. Alahai adik aku ni, nak buat pura-pura happy pulak. Walaupun bukan bertahun pun akak kenal Zirah, tapi akak cukup tahu Zirah macam mana. Sabarlah sayang, Allah turunkan ujian kat hambaNya berbeza-beza. Akak yakin Zirah seorang perempuan yang kuat. Kami semua sayangkan Zirah.

"Dah tu, jom breakfast. Nanti lambat, tinggal bekas je." Masyitah menarik tangan adiknya itu. Nak kena paksa pergi breakfast, barulah dia pergi. Kalau tak, asyik dengan kerja dia je.

Baru aku nak bangun dari kerusi, ada seseorang menghampiriku.

"Akak Nazirah ke?" Soal budak perempuan itu.

"A'ah, kenapa dik?" Soalku. Budak ni macam budak praktikal je. Muka macam takut-takut nak cakap. Muka aku ni ada macam mak Shin Chan ke?

"Err.. Ni, Kak Min suruh bagi kat akak. Dia suruh akak bagi kat Ashraf. Urgent katanya. Sebelum pukul 4 kena sampai." Budak perempuan itu menyerahkan bungkusan itu kepada Zirah.

"Lah, yeke? Along pergi lobby cepat. Ashraf dah nak keluar tu. Tak apa, akak tunggu Along kat kantin." Kak Masyitah bersuara.

Hadoi, kenapalah bagi last minute macam ni? Nak tak nak, aku kena pergi jugak. Berlari aku menuju ke lobby.

Melihat Ashraf yang baru beredar dari kaunter receptionist itu membuatkan aku rasa macam tak cukup nafas. "Muhammad Ashraf! Ashraf!!!"

Lelaki itu masih leka dengan talifon bimbit ditangan. Sampaikan aku sebut nama penuh dia pun, dia boleh lagi buat pekak! Aish!!! Kau siap!

JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now