MENONGKAT dagu aku diatas ampaian kain itu sambil melihat kereta baru itu. Sejak semalam aku belum sentuh lagi. Masuk pun belum, apatah lagi mencuba untuk memandu. Jenuh jugak malam tadi aku berfikir, banyaknya duit mak? Aku ingatkan mak hanya cuma dulukan saja duit muka nak beli kereta ni dan aku akan sambung bayar untuk setiap bulan.
Tapi sangkaan aku tu tak tepat langsung! Mak cakap, kereta tu bayar cash! Tak ada hutang punya! Pelik! Hasil bajak sawah mahu dalam dua atau tiga ribu je. Itu pun kalau ramai yang sewa mesin tu. Lupa nak cerita, mak ada mesin bajak sawah tau! Untuk memudahkan orang kampung menyewa untuk membajak sawah. Itu hadiah dari Abang Adip.
He..he! Nak tunggu aku yang belikan? Nak beli cangkul pun aku rasa bayar ansuran. Ha..ha!
Sambung balik menyiasat! Kereta ni macam aku pernah tengok. Tapi kat mana eh? Ah! Penuh betul soalan dalam otak aku ni! Sejak aku bekerja, mak tak pernah mintak aku duit. Malah mak pulak yang bagi aku duit setiap bulan. Sementellah banyak hasil yang mak dapat. Dari jual kuih, Abang Adip bagi, pencen arwah ayah.. Urmm.. Boleh tahan banyak. Tapi tak akan sampai mak mampu belikan aku kereta yang harganya, boleh mematahkan gigi garaham ni?Ish! Tak logik pulak. Cash pulak tu! Ni buat aku pelik ni! Mana mak dapat duit lagi eh? Ish! Kena siasat ni! Talifon bimbit didalam poket tiba-tiba bergetar. Pantas aku mengambilnya.
Melebar senyumanku bila nama Along Ammar di skrin talifon dan gambar Along dan Adam. Argh! Rindunya dengan Adam!!"Assalamualaikum, Along! Macam tahu-tahu je Zirah balik kan?" Aku berlalu menuju ke arah kereta tersebut.
"Waalaikumsalam. Mestilah tahu, Along ni ada firasat yang betul. Eh, tak adalah. Ummi yang bagi tahu Zirah balik kampung. Zirah sihat ke?"
"Sihat Alhamdulillah! Along, bila nak bawak Adam datang sini. Hari tu jumpa dengan dia tak puas lah! Sekejup je." Aku mengadu, a'ah.. Sekejup je aku dapat jumpa Adam hari tu. Dalam 20 minit macam tu, sebab aku kena masuk pejabat balik waktu tu. Kadang-kadang Ammar akan bawak Adam ke Kuala Kangsar untuk berjumpa dengan aku. Dan Ammar pergi Kuala Kangsar pun ada sebab! Ehem! Ehem! Tak boleh bagi tahu. Rahsia aaa.. Ha..ha!
"Alamak, sorry. Along kena pergi Perlis esok. Tak dapat bawak Adam ke sana. Kalau nak, Zirah datanglah sini."
Aku terdiam, amboi.. Ammar ni macam nak jerat aku je. Ish! Tak baik fikir bukan-bukan! Hu..hu! "Err.. Ermm. Tak apalah. Lain kali. Ummi, walid, Mak Ngah, Bibik, Anis, Pak Mat, Pak Li.. sihat?"
"Amboi, semuanya dia sebut. Alhamdulillah sihat. Emel pun sihat."
Aku terdiam. Dah dekat sepuluh bulan aku tak pernah dengar nama tu. Sedaya upaya aku hilangkan nama tu dari meniti dibibirku. "Err.. Erm.. Adam tidur lagi ke tu?" Aku cuba mengalih topik. Tapi dalam hati nak sangat tahu pasal lelaki itu! Argh!! Tak boleh-tak boleh!! Dia dah buang kau! Sedar diri tu sikit Zirah!
"Tak adalah, ada main-main dengan Ummi. Zirah nak cakap dengan Ummi?"
"Boleh jugak!" Ermm, rindunya dengan Ummi!
*****
DEKAT 30 minit jugak aku bersembang dengan Ummi. Rindu sangat. Aku mengeluh. Talifon bimbit dimasukkan ke dalam poket seluar tracksuit semula. Aku kembali memandang kereta tersebut. Kunci dah ada ditangan, aku tekan alarm unlock.
Teragak-agak aku membuka pintu pemandu itu. Dalam kereta tu tak ada perhiasan apa pun, cuma ada satu kotak yang berwarna hijau lembut diatas dashboard dan flip-flop bunga matahari. Urmm, macam kereta orang lain je. Ni buat aku rasa tak nak sentuh ni. Aku menutup kembali pintu kereta itu. Alarm Lock, aku tekan.
Kereta sewa kut! Aku mengeluh, aku terus berpaling ke depan. Tiba-tiba ada seseorang mengepung laluanku yang membuatkan aku tersandar dibadan kereta. Terperanjat aku dibuatnya sampai terpejam mata! Perlahan aku buka mata.
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Romancekadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧