PEJAM celik-pejam celik, dah genap dua bulan lebih aku menjadi isteri Emel. Dan dah seminggu Myra duduk dirumah ini. Dan dah lama jugaklah aku rasa jadi isteri yang diabaikan suami. Kalaulah aku ni jadi almari, dah lama bersawang satu badan. Entah mana silapnya, sampai sekarang aku masih tak faham dan tak diberikesempatan untuk memahami lelaki itu! Sehingga kini dia buat aku ni seolah-olah orang luar yang tak penting dalam hidup dia. Sedih? Gila lah siapa yang cakap aku ni tabah? Kadang-kadang untuk melepaskan geram dan marah aku ke kebun sayur di belakang rumah. Berkebun lagi bagus!
Sakit hati dan kecil hati dengan sikap Emel, aku gembur-gembur tanah yang ada. Dan tak sangka terus saja ianya menjadi batas. Hebat! Ha..ha..ha... Ini sajalah yang aku tahu. Nak keluar membeli-belah tiada kawan. Anis sekarang dah dikuarantin didalam bilik belajarnya. Almaklumlah lagi seminggu SPM akan berlangsung. Mak Ngah dan Bibik pulak sibuk dengan kerjanya. Ummi dan Walid macam biasa sibuk dengan kerja dan persatuannya. Emel? Rasanya kalaulah bumi ni mengalami waktu siang selama 24jam, mahu saja dia habiskan waktu itu dipejabat menghadap kerja.
Cuma Ammar dan Adam yang rajin teman kan aku. Sikap Ammar yang baik itu buat aku terfikir, apa ke merengnya Si Manda tu tinggalkan Ammar? Dapat suami baik macam ni pun tak tahu nak bersyukur? Dulu, aku ingatkan Manda lakukan semua tu disebabkan Mamanya. Tapi sayang sungguh bila aku tahu dia berkahwin dengan Ammar atas dasar wang. Dan bila dia berkahwin dengan Ammar, dia jatuh cinta pula dengan Emel. Dan katanya cintanya itu, benar-benar cinta! Tahi dia, cinta konon.
Puihhh! Banyaklah kau punya cinta. Siapa yang tak sakit hati bila tahu yang Manda tak putus asa menggoda Emel? Ikutkan hati aku ni, aku tanam dia hidup-hidup dalam atas tanah ni. Biar tumbuh pokok kurma! Itupun kalau tumbuh pokok kurma, orang macam dia tu lalang pun tak sudi nak tumbuh atas badan dia. Haaaihh, sejak dua menjak ni aku asyik dengan merepek je. Fikir benda yang tak logik dek akal. Aku ni dah gila ke? Tak! Aku masih normal dan comel! Aku menepuk-nepuk perlahan pipiku sambil tersenyum.
Dengan wajah penat mengcangkul tanah, aku duduk bersila diatas tanah itu. Jam ditangan masih pukul 10.30 pagi. Hari ni, haris sabtu. Majoriti semua penghuni Villa ni cuti. Termasuklah suamiku. Selepas solat subuh berjemaah satu keluarga, aku bersiap-siap mahu pergi ke kebun sayur ini. Sedangkan Emel tak bertanya apa, hanya memandangku dan terus menuju meja kerjanya. Macamlah aku ni 'roomate' dia je. Aku ni bini dia tahu tak!! Ambil tahulah sikit! Ni yang buat aku rasa nak mengamuk sambil tarik pokok ubi kayu ni. Manalah tahu alang-alang mengamuk tu, aku dapat tarik keluar ubi kayu! Maaf, merepek lagi. Hu..hu..hu...
"Ehem!!"
"Pak Mat ni tak reti-reti nak cuti ke? Hari ni kan hari sabtu. Pak Mat tak payah risaulah, kebun ni masih selamat dan tak ada pokok yang tumbang." Ujarku sambil masih ralit melontar pandang ke arah gunung-ganang. Tak menoleh pun siapa yang berdehem tadi. Siapa lagilah yang sudi nak tegur aku selain Pak Mat? Tak akanlah jiran sebelah? Tembok villa ni dengan villa sebelah rasanya atlit lompat pagar pun letak jawatan!
Aku dikatanya Pak Mat? Ammar menggaru-garu dahinya."Ehem!" Ammar berdehem lagi.
Aku hanya mengeluh. Takut sangat pokok ubi kayu dia tercabut aku kerjakan. Aku bangun dari duduk dan berpaling kebelakang. "Omak den!" Terjerit aku bila sebaik saja berpaling, terpacak tubuh Ammar dihadapanku.
Ammar hanya tersenyum. "Sorry, terkejut ye? Maaf."
Aku mengusap-usap dada. Mujurlah aku tak ada kencing manis, kalau tak sia-sia je aku terkencing kat sini. Ada kena mengena ke terkencing dengan sakit kencing manis? Ah, nantaklah!
"Eh tak lah, tak terkejut pun. Cuma rasa nak menyanyi je." Balasku sambil tersenyum pura-pura. Lebih kepada menyindir.
Ammar ketawa. Ada saja ayat yang terkeluar dari mulut gadis genit ini. Ammar melabuhkan duduknya di kerusi kayu berhampiran dengan kebun kecil itu. Asyik dia memandang cahaya matahari yang semakin meninggi. "Dulu Zirah suka cabar Along. Zirah bagi Along tongkat, Zirah cakap kalau nak tengok cahaya matahari pagi cubalah bangun."
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Romancekadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧