HATI berbunga macam tengah musim durian. Eh, apa kena mengena berbunga dengan durian? Ah, nantaklah situ. Kat Malaysia mana ada musim bunga, musim durian je yang ada. Sebab apa aku berbunga girang macam ni? Sebab, dalam hati ada cinta maaa...
Emel layan aku tak ubah macam aku ni puteri raja. Walaupun masuk hari ni, adalah hari terakhir aku di rumah Ummi dan Walid tapi aku rasa macam sekejup je aku duduk sini. Dan entah kenapa aku rasa tak nak langsung balik KK. Bukan Kota Kinabalu lah! Kuala Kangsar je pun. Adam pulak tak berenggang dengan aku. Pantang aku duduk sebelah Emel, laju saja dia merangkak memanjatku minta didukung. Alahai, nasib baik kamu comel Bambam Ibu. Kalau tak, Ibu culik kamu bawak balik KK.
Sedang leka aku mengemas meja kerja Emel, aku terpandang sesuatu yang mampu buat jantung aku berhenti berdenyut. Rasa macam dunia mengalami hentian masa. Jantung aku macam tak sedap nak terus berdenyut. Aku mencapai kad berona biru itu dengan lemah. Kad kahwin yang sama aku jumpa ketika dikampung tempoh hari. Cuma warnanya saja berbeza, tapi lokasi peta pada rumah itu sama! Terketar-ketar jariku membuka kad tersebut. Mahu melihat nama pengantin yang ada didalam kad tersebut.
Aku menutup sebelah mataku, apa kes ni? Nak tengok, tapi takut. Baik tak payah tengok. Niat dihati nak letak balik. Tapi setan nirojim ni paksa-paksa aku suruh tengok. Dan otak aku pun berkerawang membina cerita yang bukan-bukan. Tak tengok lagi apa isinya dah pandai nak reka cerita. Saja nak hasut aku lah tu setan nirojim ni. Syuhhh!!!
Nur Ainul Nazirah Binti Abdul Malik? Macam nama aku. Eh! Memanglah nama aku. Bila masa pulak aku kena amnesia pulak ni? Sampaikan nama sendiri pun tak ingat. Gila! Kejup, kenapa ada nama aku?
Laju saja aku pandang nama di bawahnya..
Mohd Aimel Hijjaz Bin Dato Faris. Abang?!!! Ya Allah berbunganya hati! Rasa macam nak panjat pokok kelapa! Dengan rasa tak yakin, berkali-kali aku baca lagi ayat itu.
Jemputan Perkahwinan Kedua Mempelai :-
Nur Ainul Nazirah Binti Abdul Malik
&
Mohd Aimel Hijjaz Bin Dato FarisSenyuman aku terhenti bila melihat talifon bimbitku berdering kuat. Laju saja aku mencapainya. Tertera nama 'Abang syg Zirah' di skrin talifonku. Sejak bila pulak aku simpan nombor talifon Emel dengan nama macam ni? Nak ketawa aku dibuatnya. Emel punya kerja lah ni. Dengan pantas aku menjawab panggilan itu.
"Surprise! Terkejut tak?" Emel bersuara ceria.
Aku tersenym. Tetiba otak aku merancang sesuatu. Pura-pura tak faham. "Apa yang terkejut?"
"Err.. Sayang tak.." Ayatnya tergantung.
"Tak. Tak apa ni?" Aku gigit bibir, nak ketawa dah ni.
"Errr... Tak.. Tak ada apalah. Tengah buat apa tu?" Kedengaran suara Emel kecewa.
"Tengah kemas barang. Abang jadi hantar Zirah pergi KL Sentral kan?" Saja aku biarkan Emel tahu yang aku tak tahu langsung pasal kad ni. Padahal aku dah tahu yang dia nak surprise aku. Hah! Ambik kau dah terbelit ayat aku.
"Kenapa tak bagi abang hantar sampai sana?" Emel mula bersuara serius.
"Abang kerja kan? Tak apa, Zirah boleh balik sendiri. Zirah tak nak abang hantar. Zirah tak nak susahkan abang." Yes! Aku ikhlas ni. aku memang tak nak susahkan dia. Lagipun aku tak nak dia tahu kat mana aku kerja, kat mana aku tinggal. Belum lagi waktunya.
"Zirah isteri abang kot. Kalau apa-apa jadi macam mana? Biar abang hantar." Tegas suara itu.
"Abang... Cuba jangan paksa Zirah. Kalau abang nak Zirah balik sini balik. Abang ikut cakap Zirah. Kalau abang nak hantar Zirah jugak, tak apa... Zirah balik sendiri naik teksi." Talian terus aku dimatikan. Turun naik dadaku menahan marah.
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Romansakadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧