BAB ENAM PULUH LAPAN

2 1 0
                                    

YANI masih terdiam, takut pulak nak menyoal kawannya itu. Rasanya tak sesuai untuk dia bertanya dalam waktu ini. Nanti kasut tumit tinggi yang dipakai oleh Zirah itu mahu tercacak atas kepala. Zirah ni boleh tahan jugak garangnya.

Zirah mengeluh. Dalam waktu sekarang hanya Yani saja kawan yang paling memahami. Pelbagai alasan yang aku berikan kepada Kak Masyitah untuk beri aku kebenaran tinggal dirumah Yani buat sementara waktu. Tak akanlah aku nak pulang kerumah Kak Masyitah dengan mata bengkak macam ni?

"Kau kenapa Zirah?" Setelah beberapa jam, Yani berkesempatan untuk bertanya.

Aku hanya tersenyum. Yani tak tahu pun aku dah kahwin. Yang tahu hanya Haji Hanif, Kak Masyitah dan Ashraf. Haji Hanif tahu pun sebab dia yang temuduga aku masa mula-mula aku masuk bekerja di FQ.

Rasanya Yani berhak tahu siapa aku, status aku. Aku dah berkawan dengan dia hampir Sembilan bulan. Susah senang kami sama-sama. Tak sampai hati pula aku terus merahsiakannya.

Perlahan-lahan aku bercerita dengannya. Dan Yani mendengarnya dengan penuh kusyuk. Sesekali dia mencapai tisu dan menghembuskan hingusnya. Gayanya itu sudah seperti melihat cerita Hindustan di depan TV. Nak tergelak pun ada aku melihatnya.

"Sampai hati kau tak ceritakan kat aku kan? Kata kawan baik." Yani mengelap lagi air matanya setelah aku selensai bercerita.

Aku hanya ketawa. "Aku ingatkan benda ni tak berlaku lagi, tapi tak sangka pulak ini jadinya. Kalau aku tahu, aku tak balik tempoh hari."

"Sabarlah Zirah. Aku pun tak tahu nak nasihat apa dengan kau. Cuma aku cadangkan kat kau, sebelum kau ambil keputusan apa-apa. Ada baiknya kau jumpa dia balik, berbincang. Bagi tahu dia apa yang kau pendam selama ni. Kadang-kadang setiap yang berlaku mesti ada sebab." Yani memberi nasihat. Nak nasihat lebih-lebih, dia pun tak kahwin lagi. Huhu!

"Jadi boleh aku tumpang rumah kau untuk beberapa hari?" Soal Zirah teragak-agak.

Yani ketawa. "Eleh, konon-konon sopan ler tu nak mintak izin bagai. Ngada! Boleh lah cik puan. Duduk lama-lama pun tak apa! Ada aku kawan sembang."

"Auch, baiknya seketul Yani! Marilah peluk!"

Dua-dua terhambur ketawa!

Dua-dua terhambur ketawa!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now