"ALONG!!" Jeritan itu membuatkan aktiviti aku tergendala lagi petang itu. Ish! Kacau betul si Jihah ni! Baling dengan cangkul ni kang!
"Kenapa dengan kamu ni? Terjerit-jerit, besar sangat ke tekak tu asyik nak menjerit je?"
Jihah tersengeh. Nur Ainul Najihah binti AbdulMalik. Nama dah ayu dah, tapi empunya nama tu rasanya tak sesuai langsung.Ish-ish!
"Along buat apa tu? Mak dah membebel-bebel dah kat rumah tu. Dah petang ni, yang pergi korek-korek tanah ni dah kenapa?" Jihah duduk diatas tunggul mati sambil memerhatikan kakak sulungnya menggali-gali tanah.
"Mak yang membebel ke, kamu yang membebel sekarang ni? Kamu nak tahu apa Along buat ni? Cuba tadah tangan, along ada benda nak bagi ni." Terkedip-kedip kelopak mata Zirah cuba untuk 'menggoda' adiknya.
Teruja wajah Jihah dibuatnya. "Along nak bagi cincin yang mak bagi hari tu eh? Alahai! Kenapa baik sangat kakak Jihah ni. Okey-okey! Jihah tadah tangan." Penuh excited Jihah menadah tangan, sekali tengok dah macam nak tepung tawar atas pelamin pulak. Beriya betul minah ni menadah tangan. Siap pejam mata lagi.
Nak cincin eh? Nah, cincin buatan terbaik dari dalam tanah. Diletakkan tiga ekor cacing diatas tapak tangan Jihah yang terlalu over sampai nak pejam mata bagai. Aku suruh tadah tangan je, tak ada pun aku suruh pejam mata. Over!
"Okey, hadiah termahal di abad ini. Tadaaa!!!"
Laju saja Jihah membuka kelopak mata dengan senyuman yang masih tak lekang. Namun sebaik saja melihat apa yang ada diatas tapak tangannya itu, laju peluh menitik didahi. Mukanya pucat. Dan seminit kemudian.. "MAKKKKKK!!!!!!!!" Lintang pukang Jihah lari masuk kedalam rumah.
Mengkekeh ketawa Zirah dibuatnya. Buat lagi, aku tengah menambah koleksi nak bagi ikan kelisa mak makan ni. Dia pulak sibuk-sibuk nak tahu. Jenuhlah aku kena bebel dengan mak balik nanti. Ha..ha!
HABIS kusyen ditangan ditenyeh-tenyeh! Geram betul bila penjahat yang licik itu asyik gagal ditangkap oleh si polis yang kacak tu! Ini pencuri ke orang minyak? Susah sangat nak tangkap?! Ini yang buat aku rasa nak join polis tu tangkap penjahat tu ni!
"Elok lah tu, sorang tengok TV dah macam tengok filem gusti." Mak Imah memandang Zirah yang duduk dihadapan TV sambil menumbuk-numbuk kusyen kecil ditangan.
"Sorang lagi tengok TV macam mata tu boleh tertembus TV tu." Dikalih pandang kearah Jihah yang dah tangkap lentok tengok polis yang hensem tu! Apa nak jadi anak-anak aku ni.
Perlahan-lahan diambil remote control TV yang berada disebelah Zirah. Dengan megah dan rasa tak bersalah spontan Mak Imah menukar channel disaat polis hensem tu sikittt.... lagi, nak tarik baju penjahat tu.
Tet! Siaran tamil tersiar dengan lagu yang mendayu-dayu sambil hero dan heroinnya berlari-lari dibawah pokok pisang yang baru dicantas. Terkebil-kebil kelopak mata Jihah dan Zirah. Serentak mereka mengalih pandang kearah maknya yang turut sama menggoyang-goyangkan bahu mengikut rentak lagu tamil itu.
Perasan yang kedua anaknya memandang. Dengan muka tak bersalah, diangkat-angkat keningnya. "Kenapa? Best apa lagu ni." Kata Mak dan menyambung tarian bahunya itu.
"Mak ni kan!! Eiii!!.." Serentak Jihah dan Zirah mendapatkan Mak Imah sambil berebut-rebut mengambil remote control yang sudah disorok kan oleh Mak Imah dibawah pehanya. Siap diduduk-dudukkan lagi remote control itu.
Namun pergelutan itu hanya sementara bila terdengar satu bunyi yang sangattt panjang.....
POOOOOOOOOOTTTTTT!!
"Mak!!!" masing-masing menutup hidung. 'Gas pemedih mata' dah keluar! Meski pun kentut Mak mereka itu tak berbau, tapi bunyinya sudah menggambarkan baunya. Mak Imah ketawa mengkekeh, seronok jugak kalau dapat kenakan anak-anak kesayangannya itu.
Akhirnya sama-sama ketawa. Mak Imah terdiam sekejup, ralit melihat Zirah yang beriya-iya ketawa. Sejuk hatinya melihat Zirah ketawa, sejak kejadian itu. Susah sangat nak tengok Zirah ketawa. Apatah lagi tersenyum, susah nak tengok. Kan bagus kalau anaknya itu sentiasa tersenyum gembira.
Zirah yang perasan dengan riak wajah maknya yang berubah mendadak, terus terhenti tawanya. Melihat senyuman dibibir mak dan air mata yang mula bertakung ditubir mata tua itu membuatkan Zirah memeluk erat tubuh Mak Imah. Jihah yang melihat pun turut sama memeluk kakak dan maknya itu.
"Mak janganlah nangis, sedih lah! Along ni 'hensem' tau, kalau dah terjebak menangis macam ni.. Boleh jatuh saham 'kehenseman' along.Mak jangan risau, along akan kuat! Along akan sentiasa kuat untuk mak." Tersedu-sedu Zirah bersuara.
"Jihah pun akan sentiasa pastikan along dan mak kuat jugak!" Makin erat Jihah memeluk kakak dan maknya.
Mak Imah hanya mampu tersenyum, Ya Allah satu persatu ujian yang diberikan. Moga ada hikmah paling berharga yang engkau akan berikan. Amin..
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Romantizmkadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧