SEPANJANG minggu Emel sibuk dengan urusan peribadinya. Hari ini dia ke hospital untuk mengetahui dua berita. Alhamdulillah, segala urusan berkaitan ujian DNA antara Adam dan Ammar diuruskan olehnya dan Irwan dengan baik. Dirumah, masing-masing berdebar menantikan keputusan itu.
Setelah selensai urusan dengan doktor, Emel melangkah berat keluar dari hospital swasta itu. Irwan tak dapat bersamanya untuk mendengar hasil kajian itu. Hanya Emel seorang saja.
Emel memegang dua helai sampul surat. Ditangan kanannya, berita baik. Alhamdulillah.. Tapi ditangan kirinya, Emel mengeluh lemah. Ujian apa lagi yang diberikan buatnya? Moga Aku kuat dengan semua ni.
Emel tak terus pulang kerumah, walaupun dia tahu ramai yang menanti jawapan keputusan itu dirumah. Dia terus menuju ke pejabat. Kerusi empuknya diduduk perlahan. Kedua-dua sampul surat yang diletak diatas meja, ditenung lama.
Ketukan dipintu menyedarkan lamunannya. Laju saja sampul surat berwarna coklat itu disembunyikan ke dalam laci. Hanya tinggal sampul surat berwarna putih diatas mejanya.
Irwan tersenyum sambil melangkah menuju ke arah kawan baiknya itu. "Amacam? Okey? Sorry, tak dapat teman kau. Tiba-tiba pulak Mr.Sigh nak buat meeting! Panas je hati aku." Irwan mengeluh geram.
Emel tersenyum hambar. "Tak apalah. Aku tak kisah pun. Alhamdulillah semua dah settel."
"Ini result dia eh?" Irwan mengambil sampul surat putih itu. Dibuka perlahan. Melihat isi kandungan surat tu membuatkan dia tersenyum lebar. "Syukur Alhamdulillah!"
Emel yang masih termenung itu dipandang sekilas. Irwan terdiam sekejup. Pelik benar wajah kawannya itu. Pucat dan lesu saja. "Kau ni kenapa pulak? Masih tak boleh terima?? Kau nak bukti macam mana lagi?" Naik berang pula hati Irwan kalau bukti kukuh ini pun Emel masih ragu-ragu!
Emel membetulkan duduknya. Dia mengeluh dan melempar pandang ke arah Irwan dengan wajah kosong. "Aku nak kahwin."
Irwan tercengang. Seketika kemudian dia mengkekeh ketawa! "Adoi, lawak! Tak akan sebab kau cemburu Ammar ada anak, kau pun nak ada jugak?"
Emel mendengus! "Ini yang aku malas cakap dengan kau ni. Aku serius ni."
Irwan menghentikan ketawanya. Namun masih bersisa. "Kau ni kenapa? Tiba-tiba nak kahwin? Kau nak kahwin dengan siapa pulak ni? Kau bukannya ada awek pun. Setahu aku, kau lah manusia yang tak berkawan dengan perempuan. Kawan perempuan yang kau kenal Cuma Zi..." Irwan terdiam. Terkebil-kebil kelopak matanya.
"Zirah??? Are you kidding??? Kau biar betul Mel!!" Irwan ternganga! Dia sendiri tak percaya kalau apa yang dikatakan itu adalah benar.
Emel mengeluh lagi. Dia mengangguk-angguk perlahan. "Kenapa? Tak layak aku kahwin dengan dia?"
Laju jantung Irwan berdegup dibuatnya! Bukan dia tak suka! Malah dialah orang yang paling bahagia bila kawannya yang bernama Emel ni nak berkahwin. Tambah-tambah pula calonnya ialah Zirah! Lagi lah dia suka!! Cuma dia masih dalam mood terkejut je.
Habis satu botol air oren dibedalnya. Tak cukup itu, air oren milik Emel juga disapu habis. Matanya kembali memandang Emel! "Ya Allah. Tahniah! Aku tumpang bahagia." Tangan Emel disalam dan digoncang-goncang laju.
Emel buat muka blur! Pelik melihat kawannya itu macam apa je.
Salam dilepaskan. Irwan masih tidak lekang dengan senyuman. "Aku rasa memang tepat bakal pengantin perempuan yang kau pilih ni! Kau jangan risau! Aku sentiasa sokong kau. Zirah dah tahu? Sejak bila kau jatuh cinta dengan dia ni?" Irwan menyiku-nyiku perlahan lengan Emel dihadapannya itu.
"Sejak bila aku jatuh cinta dengan minah Cicak Kobeng tu?" Jawab Emel tak berperasaan.
Terkebil-kebil kelopak mata Irwan. "Habis tu, kau cakap nak kahwin dengan dia kan tadi?"
"Memang lah. Tapi aku tak cintakan dia." Jawab Emel bersahaja.
"Habis tu macam mana kau nak kahwin dengan dia?" Soal Irwan. Tiba-tiba otaknya mula dapat mengesan tektik jahat dalam otak Emel tu.
Emel hanya tersenyum dan kemudian ketawa sendiri. Tangannya meraba-raba straw didalam botolnya yang diambil dari peti ais mini dibilik pejabatnya itu. Namun niatnya mahu menghirup air oren tergendala. Bila menyedari air di dalam botolnya itu kosong! "Kau ganti balik air aku!Selamba kau je habiskan ye!" marah Emel.
Giliran Irwan pula ketawa kuat. Alahai Emel! Cakap sajalah yang kau dah tangkap lentok dengan Si Zirah tu! Kalau tak disebabkan aku ni bakal jadi suami Anis, dah lama aku sapu si Zirah tu! Sekali pandang pun dah boleh jatuh cinta. Inikan pulak si Emel pandang hari-hari! Bukan takat jatuh cinta, jatuh tangga pun boleh!
Apapun! Tahniah sebab dah membukakan hati kau yang macam bilik kebal tu buat insan yang bernama Nur Ainul Nazirah! Syabas!
YOU ARE READING
JODOH DAN TAKDIR (C)
Romancekadang-kadang berjumpa dengan orang yang kita tak suka tu la permulaan baru dalam hidup kita.. tapi bila kita dah rasa sayang, tak semestinya itu kekal jadi milik kita.. sorry cerita ni sedikit pain untuk dibaca. 🤧