BAB DUA PULUH TIGA

3 1 0
                                    

TERBELIAK biji mata Pak Li melihat aku berpakaian ala-ala ninja itu. Pak Li menggaru-garu kepalanya yang tak gatal itu.

Aku yang baru nak panjat pagar besar itu terus tak jadi nak panjat, tergendala segala aktiviti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku yang baru nak panjat pagar besar itu terus tak jadi nak panjat, tergendala segala aktiviti. Bila tengok Pak Li pandang aku dengan padangan pelik! Adoi, spoil lah Pak Li ni. Orang baru nak jadi Jet Li tadi.

"Pak Li, macam mana nak buka pagar ni? Zirah nak keluar ni. Nak balik kampung. Kat dalam rumah, kunci gate entah mana Bibik letak. Tak jumpa pulak." Akhirnya aku kuburkan saja niat dihati nak jadi Spiderman.

Pak  Li tersenyum dan akhirnya ketawa. Gaya gadis diahadapannya tadi macam nak tunjuk kehandalannya memanjat pagar. Alih-alih mintak kat aku kunci pagar? Zirah-Zirah.. Macam-macam hal kamu ni.

"Emel tak bagi buka pagar ni lah Zirah. Pak Li ikut arahan je." Pak Li buat muka serius.

"Lah, Pak Li pun nak bersubahat dengan Emel macam Bibik jugak ke? Adoi, macam mana Zirah nak balik kampung macam ni??" Aku duduk bersila dihadapan pagar besar itu. Kusut kepala otak. Seawal  6.00 pagi aku bangun. Selepas solat subuh terus je aku kemas baju. Bajet nak 'lari' pukul 7.15 selepas sarapan!

Ada ke nak jadi Spiderman sempat sarapan dulu? Ah, nantak lah. Perut aku dah lapar sangat masa tu. Kebertulan Mak Ngah masak nasi goreng kaw-kaw punya. Apa lagi, bedallah!

Aku ingatkan boleh keluar, rupanya.. Huwaaa!! Bilakah agaknya Emel ghaib dari dunia aku? Bila?? Hari-hari menyusahkan orang!

"Oi, Cicak Kobeng!! Masuk! Kang aku angkat kau guna cangkul jugak kang. Kita bertolak pukul 8. Apa pun kau nak buat, kau tetap kena bawak aku sekali balik kampung kau! Tapi, kalau kau rasa betul-betul nak lari keluar. Kau koreklah tanah depan pagar tu. Semoga berjaya!" Selamba saja Emel bersuara! Kemudian dia memboloskan diri masuk ke dalam rumah.

Pak Li sudah ketawa mengkekeh. "Nah ambik cangkul ni Zirah. Pak Li jugak nak ucapkan semoga berjaya." Pak Li menyerahkan cangkul kecil itu kepadaku. Kemudian Pak Li masuk semula ke dalam pondoknya dengan sisa ketawa yang tak henti.

Sambil menghentak-hentak kaki, aku turut kan juga masuk ke dalam rumah! Dalam hati aku ni, berkati sumpah seranah disimpan buat insan bernama Mohd Aimel Hijjaz!!

*********

AKU menongkat dagu di atas meja makan itu. Bibirku mencebik. Bibik yang melihat reaksi ku itu hanya ketawa.

"Udahlah Kerah, mau atau enggak. Kamu kena diteman sama Emel. Jangan dibuat muka macam gitu loh, buat lucu aja." Bibik mengeleng-gelengkan kepalanya.

"Tapi, Zirah tak nak balik kampung dengan dia! Nanti mak Zirah cakap, dia bakal suami Zirah pulak! Mulut mak Zirah tu kadang-kadang masin jugak." Bebel Zirah. Tu belum lagi orang kampung tahu. Habis dicanangnya nanti satu kampung. Buat hal betul lah Emel ni!

"Okey siap! Jom Cicak Kobeng!" Emel muncul dari pintu utama sambil melaung memanggil Zirah. Tadi dia yang nak cepat sangat, ni dia yang paling lambat!

"Dah siap Zirah? Tu Emel dah tunggu tu." Ummi yang sedang mendukung Adam hanya tersenyum.

"Ummi tak risau ke kalau Zirah balik dengan anak Ummi tu? Buatnya dia buang Zirah kat tepi highway tu macam mana?" Aku cuba menghasut pemikiran Ummi.

Ummi ketawa. "Berani Emel nak buat bakal menantu Ummi macam tu?"

Melihat wajah comel Adam, rasa nak cium-cium je budak kecik ni. "Hah? Apa Ummi cakap? Zirah kurang dengar." Leka menatap wajah Adam, tak dengar pula apa yang Ummi cakap.

"Eh, tak ada apa. Meh-meh cepat, nanti membebel pulak si Emel tu." Ummi mengalih perhatianku sambil menarik tanganku ke pintu utama.

"Tapi nanti Zirah mesti rindu kat Adam." Zirah mencium pipi dan dahi Adam dengan geram. Mesti akak rindu kat Adam.

"Lah, bukannya kamu pergi bertahun-tahun Long. Gaya macam tak jumpa si Adam lagi je." Mak Ngah mula membebel.

"Yela-yela. Kita nak pergilah ni." Zirah mencebik. Setelah disalam semua wanita-wanita yang umpama ibunya itu, Zirah melangkah masuk ke dalam kereta Mitsubishi Lancer Evolution milik Emel.

Dengan wajah mencebik, aku melambai-lambai tangan kepada mereka. Adam! Mesti akak rindu kamu nanti!

*******

SETELAH hampir dua jam di dalam kereta itu, aku terjaga bila terasa kereta itu tak bergerak! Hah? Eksiden? Aku kat hospital ke? Kelam-kabut aku bangun dari bersandar. Melihat tempat duduk sebelah, Emel tiada disitu. Melilau mataku mencari. Sebesar alam aku cuba besarkan biji mata aku ini. Memerhatikan betul-betul aku dimana sekarang.

Aku menarik nafas lega bila dapat mengesan kini aku di R&R Tapah. Ingatkan aku kat hospital tadi. Astagfirullahal'azim! Teruk betul mulut aku ni.

Mana pulak mamat ni? Punyalah kedekut haji bakhil. Ditinggalnya aku kepanasan kat dalam kereta ni? Tak dipasangkan langsung pendingin hawa, cuma tingkap saja dibuka besar. Kecil saja mataku memandang Emel yang berjalan menghampiri keretanya sambil makan buah jambu air.

Setelah masuk ke dalam kereta dia buat muka tak bersalah. Plastik kecil yang sudah habis buah jambu air tadi di pegang sambil matanya melilau mencari ruang untuk dibuang. Dipandang aku yang sedang tajam memandangnya.

Sambil tersenyum dia bersuara. "Tolong buang. Tolong lah, dapat pahala tau. Sekurang-kurangnya kau telah menyumbang kepada dunia dari pencemaran pembuangan sampah merata-rata." Emel menghulurkan plastik kosong itu kepada Zirah.

Aku genggam erat jari jemariku! Geram jangan cakaplah! Nak saja aku tarik kepala dia sampai tercabut. Mahu atau tidak aku ambil juga plastik itu lalu keluar dari kereta dan membuangnya di dalam tong sampah berhampiran. Dengan geram aku masuk semula ke dalam kereta. Sedikit ayat pun tak terluah dari mulut aku! Tengah marah tau tak!

Permanduan diteruskan. "Lepas ni keluar tol Gopeng kan? Lepas tu?"

"Lepas tu, Tidur!" Jawabku malas.

"Okey." Emel melepaskan stereng kereta lalu memejamkan matanya. Tak tentu arah tayar kereta itu bergerak.

Kelam kabut aku memegang stereng kereta. "Heh, aku main-main jelah. Tak payah lurus bendul sangat! Eksiden kang, susah pulak. Betul-betul lah.. Emel!!" Naik biru wajahku mengawal stereng itu. Aku ni dahlah tak tahu memandu. Kang sia-sia je aku langgar gunung yang ada kat sebelah ni.

Emel masih memejamkan matanya. Papp!! Terjaga terus Emel bila mukanya ditenyeh dengan kotak tisu oleh Zirah. "Weh apa ni!" marahnya.

"Apa ni-apa ni. Pegang lah stereng ni! Kang tak cukup kotak tisu, kerusi ni aku cabut baling kat kau kang." Zirah yang berwajah pucat itu beria-iya memarahi Emel.

Emel kembali memegang stereng. Keretanya itu special, apa nak dikesah sangat bila jalan lurus macam ni? Tapi melihat wajah pucat Zirah tak sampai hati pulak nak kena kan gadis itu berlebihan. Kang pengsan pulak.

Zirah mengurut dada. Ya Allah, nak tercabut nyawa aku. Jahat punya Emel! Bahagialah tu dapat kenakan aku! Melihat wajah Emel yang tersenyum-senyum itu membuatkan loya tekak aku! Gedik!Mengada-ngada!

"Lepas keluar tol Gopeng, belok belah kiri. Nanti jumpa signboard Desa Cik Putri. Masuk kanan." Jawab ku perlahan. Kang jawab merepek-repek kang betul-betul pulak dia buat.

Emel mengangguk-angguk. Melihat jam di atas dashboard lagi 10 minit pukul 11.45 pagi. Laju juga dia bawak! He..he!

JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now