BAB ENAM PULUH TUJUH

3 0 0
                                    

RASANYA kalau aku teruskan berjalan mungkin mampu sampai ke Singapore. Haaaihhh... Dah dekat dua jam aku berjalan tanpa henti. Niat di hati nak jogging je, ini dah macam bersiar-siar pulak. Ni lah akibatnya kalau berjoging dengan masalah. Entah apa-apa difikirnya! Mujurlah lelaki itu tak ikut sekali. Kalau tak, mampus aku kena perli je nanti.
Langkahku terhenti dihadapan Tabika Kemas Desa Cik Puteri. Terfikir sekejup, kacau Kak Awin mengajar pun seronok jugak. Dah lama hobi ni tak di 'naik taraf'. He..he!

"Assalamualaikum.." Aku mencuit pinggang Kak Awin yang sedang terbongkok-bongkok menyapu lantai.

"Ya Allah!!" Latahnya. Hampir saja batang penyapu yang dipegang 'menyapu' sepoi-sepoi bahasa ke wajah Zirah. Mujur dapat dielak!

"Astagfirullah al'azim. Zirah! Terkejut Akak tahu. Fuh semangat!" Kak Awin mengurut dada.

Aku ketawa. "Akak tak jawab pun salam Zirah." Aku mencebik sedih.

Kak Awin tersenyum. "Wa'alaikumsalam. Itulah, lain kali guna lagi cara macam ni bagi salam. Nasib baik tak makan penyapu. Kang sia-sia je bentan mulut tu. Cuti ke?"

"A'ah. Esok malam dah balik Kuala Kangsar. Kak Awin tak mengajar ke? Tak ada budak-budak pun." Aku memerhatikan sekeliling. Yang hanya ada Kak Awin dan pembantunya saja. Hari ni cuti ke? Eh, bukan hari ni hari isnin ke?

"Sekarang kan baru pukul 8. Nanti sampai lah dorang tu. Bagus jugak Zirah ada. Boleh penuhi sesi bercerita kat dorang nanti." Kak Awin tersengeh sambil menolak-nolak bahuku dan siap kenyit mata lagi. Cuba memujuk.

"Lah, tak pasal-pasal Zirah jadi cikgu hari ni?" Aku menggaru-garu kepala.

"Haruslah. Siapa suruh terkejutkan Akak tadi. Ha..ha!" Kak Awin terus meneruskan kerjanya yang tergendala tadi setelah puas gelak jahat pada ku.

"Baiklah. Tapi Zirah nak pau Akak, nak join dorang sarapan nanti. Okey?" Aku tersenyum. Kak Awin hanya tersenyum sambil mengangguk-angguk.

Aku menghampiri tingkap bila kedengaran suara riuh rendah diluar tadika. Mesti budak-budak tu dah sampai. Sedang aku leka memerhati, mataku menangkap wajah seseorang.

"Ibu, nanti ambil Muiz awal tau. Muiz nak ikut ayah pergi kedai." Comel saja kanak-kanak lelaki itu menarik-narik hujung baju t-shirt ibunya. Namun ibunya hanya buat muka sebal.

Ditunjalnya kepala budak itu sambil berkata perlahan. "Dah lah, cepat masuk. Banyak cakap pulak budak ni."

Kemudian bila sudah ramai lalu dihadapannya, ibu budak tersebut berwajah manis tiba-tiba. "Baiklah sayang, nanti Ibu cakap kat ayah. Sayang sikit anak Ibu." Dengan muka yang pura-pura dia memeluk dan mencium budak lelaki itu. Budak lelaki itu hanya menunduk dan mencebik saja dari tadi. Mungkin sedih dengan cara layanan ibunya.

Aku mengeluh. Mulutku mula hirut birut sedang bermonolog dan berfikir sendiri. Ah! Tak pasal-pasal kau jadi Detective Conan pulak pagi-pagi buta ni Zirah.

Uish! Tapi kes ni, aku betul-betul nak tahu sebab perempuan tadi tu adalah Tasya! Nur Jamilah Natasya, adik Abang Razif.

Macam mana dia boleh jadi ibu? Eh mestilah dia dah kahwin, baru boleh jadi ibu. Apalah kau ni Zirah! Tapi macam mana anak dia dah sebesar itu kalau dia berkahwin 10 bulan dulu, anak dia paling-paling pun baru berumur beberapa bulan. Pelik!

"Selamat pagi Cikgu!!!" Kuat dan bersemangat murid-murid Kak Awin bersuara.

Aku mencari wajah Muiz. Budak itu sedang duduk diam dikerusinya sambil menunduk dan tangannya bermain-main dengan tali beg sekolahnya yang sudah uzur. Wajah budak itu sangat comel dan aku yakinlah ini bukan anak Tasya!

"Baiklah, Cikgu nak kenalkan Cikgu baru. Siapa kenal angkat tangan?" Kak Awin menunjukkan ke arahku.

Berlumba-lumba mereka mahu mengangkat tangan! Aku ketawa. Macam manalah dorang tak kenal, pagi semalam aku layan dorang main kat taman. Main masak-masak, guli. Ah, dah macam orang tak betul je aku semalam pergi join dorang main mengalahkan budak-budak. Nak hilangkan tekanan perasaan punya pasal. Tapi malangnya waktu tu, Emel pun join sekali. Kami siap buat group perempuan yang diketuai aku, dan group lelaki yang diketuai Emel. Berlawan main congkak! Apa ke merengnya aku waktu tu pun, aku pun tak tahu!

JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now