BAB ENAM PULUH SEMBILAN

3 1 0
                                    

"SOFEA! Awak ingat ini tadika ke? Awak bagi saya fail gambar beruang ni? Syarikat ni memang jual binatang ternakan. Tapi bukan beruang. Nanti kalau pelanggan berkonan kek beruang ni ha. Apo den nak kobar eh." Hah, tersembur pulak bahasa ibunda aku. Irwan menyerahkan fail merah jambu bercorak beruang comel itu kepada Sofea.

"Maaf Encik Irwan. Lain kali saya tak buat lagi." Sofea mengambil sambil tertunduk-tunduk mahu ketawa. Kelakar betul dengar bos kecilnya itu bercakap bahasa negori.

Irwan baru mahu berhujah lagi, namun kelibat Emel yang muncul dari pintu masuk menarik perhatiannya. Kenapa pulak muka macam kena sondol lembu je mamat sorang ni? Ish! Mesti ada kes ni.

Sebelum Irwan berlalu kebilik Emel sempat lagi dia memandang Sofea yang sudah membiru wajahnya menahan ketawa. Agaknya kalau dia beredar dari situ, mahu tergolek-golek minah ni ketawa. Apa yang lawak sangat entah!

"Tukar fail tu. Jangan bagi fail macam tu lagi. Kalau kut iya pun nak cantikkan pejabat, jangan libatkan fail quotation. Faham?" Irwan membebel lagi, dan terus berlalu.

"Muka kau ni, sesuai benar buat halau belalang yang makan rumput kat padang kita tu. Kau ni kenapa pulak? Baru tempoh hari kau jumpa aku dengan wajah gumbira mengalahkan baru dapat jadi pengurus MU. Hari ni muka macam ni pulak? Apa kes?" Irwan melabuhkan duduk dihadapan Emel.

Emel yang sedang merenung hand phone di tangan itu terdiam. Kemudian dia mengeluh dan merebahkan tubuhnya menyandar pada kerusi.

"Zirah dah pergi.."

Ternganga sekejup Irwan dibuatnya. Tak faham dan pening. Pergi mana? Suka cerita separuh jalan. Ni kalau kerja dengan JKR, mahu ditalam muka kau. Berbirat! Buat jalan separuh-separuh!

"Aku bagi dia tenangkan fikiran. Aku tak tahu sebab apa semua benda ni boleh terjadi. Zirah dah berubah. Sekejap dia okey, sekejap tak. Pening aku dibuatnya. Aku rasa, aku tak pernah sakitkan hati dia lagi. Sumpah!" Emel mengeluh buat kali yang entah keberapa.

Oh! Inilah cerita lengkap yang aku mahukan walaupun tak lengkap sangat. Irwan memproses otaknya, jika ada maklumat-maklumat yang masih bersisa untuk diberikan sebagai idea.

Sejak jadi kekasih rasmi Anis, ideanya untuk diberikan kepada Emel semakin kurang. Sebab Anis selalu pesan, jangan bagi idea bengong kat abang dia. Kalau tak, tak makan nasi dia seminggu. Ganas macam mana pun bakal isteri dia tu, tetap disayang penuh kasih sayang.

"Hah! Aku rasa mesti ada sebab. Dan aku rasa ada baiknya kau sendiri pergi tanya. Kalau kau duduk sini sambil mengenang nasib, benda tak jalan bro! Perempuan kan suka fikir bukan-bukan. Benda merepek-repek lah yang suka difikir. Lepas tu salah faham. Ni kes salah faham ni. Mesti punya. Ada baik dan bernasnya kalau kau pergi jumpa dia." Irwan memberi buah fikiran. Rasanya itu saja idea yang bernas dan tak bengong dari otaknya.

Emel terdiam. Betul apa yang Irwan cakap, tapi masalahnya dia tak tahu Zirah dimana. "Aku nak cari kat mana?" Balas Emel lemah.

Puas ditanya Kak Masyitah, tapi wanita itu langsung tak nak bagi kerjasama. Katanya amanah dari Zirah. Dah tak boleh dibuat geng pulak Akaknya seorang itu.

Irwan mengherutkan bibirnya. "Hah! Haji Hanif tak akanlah dia tak tahu?"

"Aku dah tak ada urusan.. Hah! Betul jugak! Irwan! Buat kali pertamanya kau layak jadi adik ipar aku!" Emel tersenyum dan menyalam tangan Irwan.

Irwan buat muka. Amboi, selama ni aku tak layak lah?! Ada jugak makan besi kang ni.

"Teman aku pergi KK."

"Kau gila nyah! Siapa nak jaga syarikat? Along mana ada, belum balik lagi dari Perlis. Walid pergi ladang. Aku je harapan nusa dan bangsa kat sini. Kau pergi je sorang. Kau boleh selensaikan apa yang patut kat sana. Aku boleh tolong kau dari jauh. Kau skype je aku. Eh, sekarang dah moden. Kau Facetime je aku. Aku akan helo- helo kau nanti. Idea aku sentiasa mengiringi langkah kau. Cewah! Macam lagu pahlawan pulak." Irwan ketawa.

"Kau tak payah nak baik sangat lah. Aku pergi KK bukan sekarang. Lusa baru pergi. Esok Along dah balik sini. Ah, aku tak kira kau kena pergi jugak. Kalau tak, aku reject pinangan kau." Ugut Emel.

"Woit! Ini buat nyawa aku terbang ni. Main ugut buah hati aku pulak. Yelah- yelah! Aku baru nak kacau Anis kat U dia. Mengacau lah kau." Irwan mendengus geram. Anis sekarang sedang melanjutkan pelajarannya di UiTM Seri Iskandar sama dengan adik Zirah. Masing-masing ambil bidang akauntan.

*****

AMMAR menghampiri adiknya yang sedang termenung melihat kolam itu. Silap gaya mahu terjun jugak budak ni nanti. Adam yang didukungnya diacah seketika. Kemudian menghampiri Emel yang macam baru lepas putus cinta.

"Sudahlah tu. Zirah tu okey lah. Tak adalah parah sangat. Dia salah faham tu." Ammar bersuara menyakinkan. Info berkaitan Zirah semua dah ada dalam poketnya. Cuma dia sengaja mahu Emel sendiri mencari, kadang-kadang usaha sendiri itu lebih dihargai dari pertolongan orang lain.

Emel mengeluh. Sejak kecil sampai sekarang, Along memang sentiasa pedulikannya. Sampai dia sendiri tak tahu macam mana nak balas kebaikkan Along padanya. Oleh sebab nak balas budilah konon, aku pernah buat silap dalam hidupku sebab sebelum kahwin dengan Zirah aku pernah merancang untuk menyerah insan yang aku sayang pada orang lain tanpa rela dia. Kalau diingatkan balik, rasa nak undurkan je masa yang ada. Bila sedar masa yang ada ini pun masih tidak mengcukupi, biarlah masa lalu tu jadi pengajaran.

"Along bila nak nikah?"

Ammar tersenyum namun hambar. Terbayang wajah seseorang dimatanya. "Insyallah kalau tak ada halangan hujung tahun ni. Itupun kalau orang disana bersetuju. Along ikutkan je. Tanya orang, awak tu bila?" Rasa kesat ditekak dengan kata-katanya sendiri. Tak apalah, ini saja jalan yang ada.

Emel mengeluh lagi. " Cadangnya nak buat kejutan. Tapi dia pulak lari. Macam mana Long? Pengantin perempuan lari?" Gurau Emel sambil mengambil Adam yang turut sama menyibuk bercakap dalam bahasanya sendiri.

Ammar ketawa. "Tak apalah, belum waktunya tu. Tunggulah."

"Emel rasa nak adakan majlis yang paling ringkas tapi meriah. Mungkin ini saja kenangan terindah yang dapat Emel bagi pada Zirah." Ucap Emel perahan. Tahu dia masih ada masa. Tapi masa tu macam tak pernah nak menunggunya. Dan dia tak boleh terus menunggu. Dia perlu bertindak!

"Along sentiasa doakan yang terbaik buat adik-adik Along." Ammar menepuk-nepuk bahu adiknya itu sambil tersenyum.

" Ammar menepuk-nepuk bahu adiknya itu sambil tersenyum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
JODOH DAN TAKDIR (C)Where stories live. Discover now