"Awak, awak suka kita tak ?". "Suka." Budak perempuan itu tersenyum gembira apabila lelaki pujaannya menjawab suka. "Awak, nanti bila kita dua dah besar, kita dua kahwin nak ?". Budak perempuan itu malu-malu menanyakan soalan tersebut. "Ok"
"Oh mak kau panda hidup !". Aduh ! Sakitnya ya Allah. Katil ni pun satu, yang tinggi sangat kenapa. Sakit tahu tak jatuh katil ni. Rasa macam pinggang aku dah senget. Janganlah ! Aku tak kahwin lagi ! "Eh jap. Sebut pasal kahwin, tadi tu aku mimpi jela ? Haih Mya. Macam mana boleh termimpi pasal tu pula ?". Aku garu kepala sambil tersengih sendiri. Sudah terbiasa suka garu kepala dari kecil. "Mya ! Are you ok honey ?". Amboi mama ni, ganas sangat buka pintu bilik ni. Pintu tu boleh roboh kalau dibuka macam tu 10 kali. "I'm ok ma. Tadi Mya jatuh katil, macam biasa hehe". "Ya Allah budak ni. Ingatkan apa la tadi. Bunyi macam almari jatuh, takut mya kene hempap". Mama bab perli aku memang pandai. Anak mama ni bukannya gemuk. 54 kg tu tak gemuk la kan ? "Yela ma. Ni mama berlawa sakan ni nak pergi mana ?". Aku tengok cara mama pakai ni, dari atas sampai bawah macam nak pergi 'fashion show'. Dengan selendang lilit mengalahkan Elfira Loy. Dengan baju jubah lip lap lip lap macam lampu trafik. Uish, ni mesti nak pergi tempat bagus ni. "Ma nak pergi amik along kat airport. Dah pergi mandi. Sarapan mama dah siapkan dekat meja.". Ya ! Along balik hari ini. Macam mana aku boleh lupa ni ?. Ok mama dah tutup pintu, jadi kita boleh.. "Mya Sara Nasuha ! Jangan tidur balik ! Pergi mandi !". Ok tak jadi baring balik. "Baik ma !"
Eh lupa nak kenalkan diri. Hai ! Aku, Myasara Nasuha, anak bongsu kepada Haji Ismail Irshad dan Hajah Fatimah Zahra. Aku ada seorang kakak yang bernama Maysara Nusrah dan seorang abang bernama Muhaimin Nazmi. Aku bukanlah datang dari keluarga berada, jadi aku cuma anak dari keluarga yg sederhana tetapi bahagia. Aku belajar di USM kerana mama tidak membenarkan aku duduk jauh darinya. Anak bongsu la katakan. Jadi, aku pergi ke U dengan kereta yang diberi masa hari jadi aku yang ke 20.
"Alamak, time macam ni la dia nak buat hal. Dah la pancit dekat tepi jalan yang sememangnya tak ada kereta yang lalu dan aku pun 10 pi lalu sini buat apa !" Eiyyyy, geramnya la. Dah la tayar pancit dekat tepi jalan yang tak ada kereta lalu, pastu bateri telefon pula dah habis. Macam mana aku nak telefon mama atau abah. Ya Allah, apa nasib aku kali ni. Aku dah tak larat melihat dunia. Ahhh biarlah aku mati di tepi jalan ini. Maafkan mya ma, abah kalau mya ada buat salah ! "Err assalam. Awak ok tak ni ? Kenapa bersandar dekat tayar kereta ni ?". "Oh mak kau lipas keluar !" Ehh mya !! Kenapa kau melatah ni ? Ya Allah malunya aku ! Mana nak letak muka ! "Ehh maaf ar er apa tadi ? Oh ha lipas tu ha'ah dia sibuk keluar. Time ni la dia nak keluar". Kejap ! Siapa mamat ni ? Kenapa aku cakap pasal lipas ? Dia tanya apa tadi ? Eh manis lak aih senyuman dia. Kalau buat teh ni, konfem aku dapat kecing manis ! "Hemm lipas ? Saya cakap fasal awak dengan tayar, bukn fasal lipas". Ya Allah ! Malunya. Mana nak letak muka ni. Ok pura-pura ok mya. Buat selamba je. "Oh ek. Saya dengar lipas emm tak pelah. Ha tayar saya pancit dan saya tak tahu macam mana nak tukar tayar." Weyyyy ! Dia senyum lagi ! Manisnya senyuman awak cik doktor ! Dengan lesung pipitnya. Haih jangan buat saya jatuh hati please. Mana aku tahu dia doktor ? Dekat leher dia tergantung kad bertulis Doktor Adi. Ok nama dia Adi. Otak tolong simpan nama dia. Eh, dah siap ? Cepatnya dia buat. Atau aku yang mengelamun lama sangat ? "Ok miss, kereta awak dah siap. Saya minta diri dulu. Assalam". Terus masuk kereta dan beredar. Aku tak sempat cakap apa- apa dia dah pergi. Sombong ! Tak suka la orang macam tu. "Waalaikumussalam. Cepatnya pergi. Tak sempat aku nak tanya nama penuh, duduk mana, ada gf ke tak. Eh melalut la kau ni mya. Baik kau balik sekarang. Mesti mama, abah risau sekarang ni." Dengan rasa tidak puas hati, aku bawa kereta selaju yang mungkin. Vrooooooom !
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Teen FictionPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...