Bab 33

7.5K 290 7
                                    

"Mana adik ni ma ?" Sambil melihat sekelilingnya. "Sabar la kak. Sekejap lagi Mya muncul la tu" lalu menarik kakak untuk duduk di sebuah kerusi besi.

Aku berjalan sambil mencari mama dan kakak. Mataku tidak berhenti memandang sekeliling. Malaysia ! Yes I'm home !  Rindunya dengan suasana Malaysia. Setelah setahun lima bulan aku berada di bumi orang, akhirnya aku selamat menjejakkan kakiku semula di tanah dan tempat kelahiranku. Suasananya yang amat berbeza membuat aku berasa kurang selesa pada mulanya. Cuaca yang agak panas  membuat aku berasa kurang senang tetapi setelah berjalan selama lima minit di KLIA ini membuat aku mula mengingati cuaca dan suasana Malaysia, tanah kelahiranku, tempat aku membesar dan lalui pelbagai cabaran hidup. Aku memakai kemeja putih, seluar jeans  dan shawl chiffon berwarna kelabu. Ini adalah imej baruku, sebagai satu langkah untuk aku memulakan hidup baru dan tinggalkan segala kenangan pahitku yang aku bawa bersama ketika meninggalkan Malaysia pada suatu hari dulu di Istanbul.

Aku terlihat mama dan kakak sedang duduk di sebuah kerusi yang tersandar di sebuah dinding. 'eh baju kakak sama warna dengan dinding. ok boleh kenakan kakak ni' monolog hatiku. Aku berjalan seperti biasa ke arah mama. Rasanya mama tidak sedar bahawa ini aku kerana imej baruku. Aku memakai cermin mata hitam ketika berjalan ke arah mama agar mama tidak mengenaliku. Aku berdiri di sebelah mama dan ya, mama masih tidak mengenaliku. ni kalau kenakan mama ni mesti syok.

"Assalamualaikum" tegurku. Mama dan kakak menoleh serentak ke arahku. "waalaikumussalam. ya cik, boleh kami bantu ?" tanya kakak. ok sah kakak tak kenal aku ! " Saya nak tanya, cik berdua menunggu siapa ?". Mama tersenyum memandangku lalu berdiri. "kami menunggu awak la cik Myasara Nasuha oi" lalu menarik cermin mata hitamku. Aku sudah tersengih kambing. Kakak berdiri lalu memegang kedua-dua bahuku. Kakak memusingkan badanku beberapa kali. "eh akak ! kakak ni kenapa ?" lalu aku memegang kepalaku. Ya Allah, pening kepala aku dibuatnya.

"wau cantiknya adik sekarang !" lalu menepuk lenganku. Aku menggosok lenganku. "sakitlah kak. hish. eh kejap ! maksud akak dulu adik tak cantik ke ?" lalu aku bercekak pinggang di hadapannya. Kakak tersenyum. "tak" lalu berlari dan menyorok di belakang mama. Aku ingin memukul kakak tetapi terhalang dek melihat sepasang suami isteri yang sedang berjalan ke arahku. Aku menarik cermin mataku yang berada di tangan mama dan terus memakai semula.

"Assalamualaikum" tegur wanita tersebut. Mama menoleh ke arah sepasang suami isteri tersebut. " waalaikumussalam. Eh Puan Shila. La Tuan Haqim pun ada." lalu berjabat tangan dengan Puan Shila. Kakak duduk di sebelahku lalu menyiku aku. Aku memandang kakak lalu membuat muka. "pergi la salam" bisik kakak. Aku menggelengkan kepalaku. "pergi !" akak berbisik semula. Aku ingin membalas tetapi terhenti apabila Puan Shila memanggil kakak. "May ke tu ? la dah cantik dah sekarang sampai aunty tak kenal May. May apa khabar ?" lalu menghulur tangan kepada kakak. Kakak menyambutnya lalu berdiri di sebelahnya. "eh mana ada aunty. May macam biasa je.Khabar baik aunty" lalu tersenyum manis. "kalau la aunty ada anak lelaki lagi, dah lama aunty pinangkan May untuk dia, kan bang ?" lalu memegang tangan kakak dan tersenyum manis kepada Tuan Haqim. Tuan Haqim menggangguk.

Sekarang pandangan Puan Shila jatuh ke arahnya pula. Jangan la dia cam aku. " Zahrah, Mya tak sampai lagi ?" tanyanya kepada mama. Aku mengangkat mukaku memandangnya. Dia tak kenal aku ? Adakah aku terlalu banyak mengubah penampilanku sehingga aku tidak mudak dikenali ? Mama memandang ku dengan wajah Puan Shila silih berganti. " Shila, yang tengah duduk tu Mya la" lalu menarik aku agar berdiri di hadapannya. Aku tersenyum menayang sebaris gigiku. Mama menarik cermin mataku sekali lagi. Puan Shila terdiam, seperti tidak menyangka bahawa gadis di hadapannya adalah aku, menantunya.

Aku menghulur tangan tetapi tidak disambut oleh Puan Shila atau aku memanggilnya Mama. Mama Asy merenung mukaku lama. halamak, tak payah la usya aku macam tu, dah la malu sebab huluran salam tak disambut, ni malu sebab dipandang lama. Eh, sejak bila aku bercakap macam ni ? Astaghfirullahhalazim. Taubat Mya taubat !

Doktor Itu Saya Punya !Where stories live. Discover now