Bab 34

7.9K 330 21
                                    

Aku terdiam kala melihat Asy tersenyum manis kepadaku. Perasaan yang sebentar tadi datang semula di hatiku. Adakah perasaan ini yang dipanggil rindu ? Asy menghampiriku. Aku terasa sesuatu di hatiku, tetapi perasaan kali ini berbeza dari yang tadi. Ia rasa seperti bunga penuh di hatiku, rama-rama terbang bebas dan membuat aku tersenyum sebagai reaksinya. Aku rasa... bahagia ? ya ! Aku rasa bahagia. Aku teringat akan masa dahulu, masa aku dan Asy masih bersama, Asy akan datang kepadaku setiap pagi lalu memelukku dimana jua kami berada ketika itu. Di mana sahaja aku berada, tidak kira sama ada berada di taman, sedang siram pokok bunganya, sedang menyidai baju, dia tetap akan datang memelukku tanpa rasa segan. Ayat yang sama akan dijawab olehnya jikalau aku melarang, "biarlah. you tu wife I. Lagipun hari I rasa tak lengkap tanpa peluk you". Adakah hidup dia selama aku tiada di Malaysia ini lengkap ?

Aku tersenyum melihat dia semakin dekat dengan aku. Dan senyuman aku terus mati apabila dia terus berjalan ditepiku lalu bertemu mamanya di belakangku. Hatiku terasa sakit dan mataku seperti akan menurunkan hujan semula. Aku cuba tahan. Aku menoleh kebelakang dan melihat mereka berdua. "Mama, kenapa tak bagi tahu Adi yang kita ada tetamu ?" lalu dia duduk di sofa, di sebelah mamanya. "Adi ?" aku dan kakak tanya serentak.

Si dia menangguk. "Nama saya Adi. kenapa ?". Aku dan kakak terdiam. Adakah dia betul betul hilang ingatan sehingga nama panggilannya juga dia lupa ? Aku duduk di hadapan mama dan Asy. " ma kenapa dia panggil nama dia Adi ?". Mama baru sahaja ingin membuka mulut tetapi Asy dengan pantas mencelah. "ma muka dia macam pernah tengok". Kali ini aku pula terdiam. Dia cam aku ?

Tiba-tiba Asy menepuk tangannya dengan kuat. "ni la girl yang Adi tengok kat IG hari tu ma. Ya ya ingat. Err cik.. ?". Aku menjawab, "Myasara". "ha cik Myasara, kawan saya minat dekat cik. Dia kata cik lawa". Aku terdiam semula lalu memandang mama. Kakak juga kelihatan terkejut mendengar apa yang Asy katakan. Kakak tahu bahawa Asy seorang yang mudah cemburu dan tidak suka jika sesiapa meminati isterinya.

Asy tersenyum. "cik ni duduk Istanbul kan ? Hari tu saya tengok gambar cik dekat masjid biru. Cantik sangat. Cik dengan masjid sama cantik. Nantilah saya ajak isteri saya pergi sana" dan memeluk bantal kecil di sofanya. Aku memandang mama. Mama tunduk ke lantai. Dia ni hilang ingatan ke tidak ? atau sengaja nak main-mainkan aku ?. "Siapa isteri cik Adi ?" aku bertanya. Mana la tau si dia tu termasuk perangkap aku. Jikalau muka Asy berubah, aku akan terus tarik tangan kakak keluar dari sini. Reaksi yang selalu Asy buat jika dia sudah termasuk dalam permainan dia sendiri, kantoi. Asy memandang mamanya. "saya tak tahu. Mama je yang bagitahu saya ni ada isteri tapi saya tak tahu pun saya ada isteri ke tidak. Yela sebulan saya duduk sini, tak ada pula wanita datang sini mengaku dia tu isteri saya, jaga saya. Mama je yang jaga saya. Saya tengok dekat televisyen, isteri selalunya kalau sayang suami, dia jaga suami dia, masak untuk suami dia.".

Aku tunduk ke lantai. Setiap kata-katanya seperti ingin memerliku. Aku terasa berdosa kerana meninggalkan suami sendiri dan biarkan dia lalu waktu pahitnya seorang diri. Aku sudah tidak mampu menahan rasa sedih di dada. Aku bangun dan terus salam mama. Selepas itu, aku terus masuk ke dalam kereta.

sewaktu di dalam kereta, kakak dan aku diam tidak berkata apa-apa. Tiba-tiba aku ingat akan alasan kenapa aku menerima tawaran kursus itu. Aku memandang kakak, "Mana pergi tunang Asy ?". Kakak memandangku sekilas. "apa adik merepek ni ?". Aku memandang ke hadapan. "tak yah nak selindung la kak". Kakak membuat muka, "selindung apa nya dik ? Adik ni ada terhantuk dekat mana-mana ke ?". Aku memandang akak semula. "la kakak yang cakap ritu". Kakak memberhentikan keretanya di tepi jalan lalu memandangku. "jangan cakap adik pergi Istanbul sebab.." dan aku terus memandang ke arah lain. kakak memukul pehaku. "aduh sakit la kak !". Kakak menggelengkan kepalanya. "Akak patutnya boleh agak semua ni. Ya Allah dik, Asy tu setia dekat adik. lepas je adik pergi Istanbul, dua hari lepas tu dia datang rumah nak jumpa adik. Kami semua ingat adik dah bagi tahu dia, kami cakap jela dengan selamba adik dah pergi istanbul. lepas tu habis semua soalan dia tanya. Kenapa adik pergi, Kenapa tak bagi tahu dia, bila adik pergi dan macam-macam lagi. lepas je kami jawab semua soalan dia, dia keluar rumah dengan muka kecewa dan sampai sekarang dia tak pernah datang rumah kita lagi. ". Aku terdiam. Adakah selama ni hanya salah sangka ? "pasal tunang tu. memang la ada majlis pertunangan dekat rumah Asy tapi bukan dia yang bertunang. Sepupu dia. Sedara dia nak buat dekat rumah mama Asy. Sebab tu dia kena balik awal. Akak ingat Asy dah bagi tahu semuanya." Aku memandang muka kakak lama, seperti tidak percaya akan apa yang telah aku dengar. Jadi selama ini aku meneruskan kehidupanku dengan salah sangka ? Aku yang menyeksa diriku sendiri serta orang yang aku sayangi ? Ya Allah ! Ampunilah dosaku. Air mata yang aku tahan dari tadi akhirnya gugur juga. kau ni bodoh Mya ! Selalu bersangka buruk terhadap suami kau sendiri !

Doktor Itu Saya Punya !Where stories live. Discover now