Bab 3

15.3K 529 9
                                    

"Mama, Mya dah tak larat". Aku merengek depan mama agar mama ikut aku untuk pulang."honey, lagi sikit je. Lepas mama cuba baju ni, then kita balik". Oh tidak ! Bila mama cuba baju tu, bermaksud mama akan cuba baju yang lain yang sama saiz di dalam butik ni. Aku dah tak larat ! Ya, aku juga suka membeli-belah tetapi had aku hanya 3 jam paling lama. Ini sudah menjangkau 5 jam !

"Oh Mya. Mama dah.. la tidur budak ni. Dekat butik pun dia boleh tidur. Mya bangun Mya. Dah jom kita balik". Aku mengesat mata macam budak kecil. Wah, sedapnya dapat tidur. Bagus ! Sekejap lagi boleh sambung tidur di rumah pula. Im coming home !

"Assalamualaikum !! Mya dah balik !". Aku menjerit macam budak kecik. Biarlah rumah sebelah dengar. Baru dia tahu keluarha Hajah Fatimah ni bahagia. "Good ! Dah jom teman akak pula". Sudah ! Aku nak 'date' dengan katil la kak. Akak aku ni kalau inginkan sesuatu, dia tetap nak sesuatu tu.

Aku terpaksa ikut dia pergi ke destinasi yang aku tidak tahu. "Akak, kita nak pergi mana ni ?". "Kita nak pergi.. ha ok dah sampai". What ?! Shopping mall again ?! Ya Allah, ujian apa semua ini. Aku rasa nak menangis dekat dalm kereta itu juga. "Dah jangan nak mengelamun. Jom".

Mya, apa nasib kau hari ni. Mungkin ada hikmah kau terpaksa 'date' dengan mall. Pap ! Ia dan hikmahnya kau terlangar seorang manusia yang jalan tak guna mata ! "Eiy pantang betul orang yang jalan tak guna mata. Aku dah la tak larat, kaki sakit. Tambah pula dengan hati sakit" . "Takpe, saya ada ubatnya". Aku terus memandang si empunya suara yang sesedap hati kata ada ubat untuk rawat aku. La, cik abang doktor ke. Kita memang tak boleh berjumpa secara elok ke cik abang doktor ? Asyik terlanggar sahaja.

"Oh awak. Maaf sebab terlanggar". Amboi ! Tadi bukan main aku mengamuk. Dah jumpa si doktor, terus sejuk hati. "Tak ada pe la". Wah ! Dia senyum ! Manisnya senyuman awak cik doktor. 'I got all i need when I got you and I ~'. Waktu macam ni juga la telefon nak berbunyi. "Angkat la dulu". Aku senyum.

"Ha hello ma. Ha ye dengan kakak. What ?! Ma ni bukan benda main. Ma tolak je la. Apa ?! Ok Mya balik sekarang". Ok, kenapa aku perlu lalui ini ? Aku selalu baca dalam novel sahaja. Ya Allah, berilah aku petunjuk ! "Sorry doc, i have to go. See you next time". "Oh ok sure".

Sampai sahaja di rumah, aku dah macam cacing kepanasan. Kenapa perlu abah terima ? Kenapa mama perlu kata ya juga ? "Ma this is about marriage ma. Its not a simple thing like you can throw it when you dont want and take it back when you want it." Macam mana mama boleh kata ya bila ia berkaitan perkahwinan ? Aku tak kenal siapa bakal suami aku. Umurnya, rupanya. Ya Allah ! "Ma kenal dia. Dia pun kenal Mya. Sudah. Bila mama kata ya, you cant say no !". Aku pandang sahaja mama naik ke tingkat atas. Siapa pula mamat yang mengatakan dia kenal aku ? Bagaimana pula mama mengenali si dia ? Adakah pemberi coklat di U hari itu ? Adakah aku mengenali si pemberi coklat tersebut ? Aku kene selidik ! Misi mencari identiti si bakal suami bermula !

Sedang aku menonton tv melihat drama 'Plan Cinta Tak Jadi', tiba-tiba telefon ku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Siapa ni ? Nombor dia tidak ku simpan di dalam telefon. Biar jela. Baca je. "Hai sayang.tengah buat apa ?". Ok ni buat aku tertanya. Siapa dia ni ? Tiba-tiba sahaja panggil aku sayang. Sorry Anaz a.k.a Fattah Amin, saya terpaksa melayan mamat ni sekejap.

"Who are you ? maybe salah nombor. Sorry". Aku pun tekan send di skrin telefon ku.

"Im your future husband." Ya Allah ! Habis terjatuh keropok yang aku makan di atas lantai. Bakal suami aku ?! Mana dia dapat nombor aku ?! . Dan tambah satu kerja iaitu mengutip semula keropok yang tertumpah ni.

"Ha ? Ok nama you siapa ? Kenapa cakap kat parents I yang you kenal I ? You ni student ke ? Bidang apa ? Umur you ? ". Sent !. Semua persoalan yang ada dalam otak aku, semua aku menanyakan kepada si dia.

"Wooo slow honey. banyak sangat soalan tu. I jawab satu jela ye". "ok". Aku sudah tiada mood nak menaip ayat yang panjang-panjang.

"Ok jawapan dia, I LOVE YOU.". Tersedak aku bila baca mesej yang ini. Habis baju aku basah dengan air sirap. Ya Allah, aku ada tanya soalan berkaitan hati ke tadi ? Rasanya tiada. Aku dah tak mampu nak membalas apa-apa. Speechless.

"Kenapa tak reply ? Takpe la Sera. I have to go. So miss you my honey". Aku lambat membalas dalam 5 minit. Satu mesej baru masuk. "miss me ?". "Haaaa si bakal suami la tu yang call". Akak aku memang tak reti ketuk pintu baru masuk. "Apa akak ni. Haish". Aku dah mula buat muka masam dengan bibir terjuih. "Buruk la dik buat mulut macam tu. Haha untung kau dapat dia. Dah la hensem, sweet". Akak kenal dia ? Hensem ? Jap ,taste akak aku tinggi sikit dari aku. Kalau kakak sendiri cqkap dia hensem, beerti dia memang hensem. Nak tengok muka dia ! "Akak ada gambar dia ?". "Amboi gelojoh adik. Hari tu kata nak tengok time akad nikah sahaja." Hehe, aku bukan gelojoh tapi teruja. Eh sama ke ?

"Dah adik pergi tidur. Akak dah ngantuk. Bye. "Miss u" ". kakak aku sengaja menggunakan ayat tu untuk mengenakan aku. "Akak !". Aku baling satu bantal ke arah dia. Sasaran tidak kene. Akak lebih pantas tutup pintu bilik.

Sera ? Eh dah lama tak dengar panggilan tu. Masa aku tadika sahaja, budak-budak panggil aku sera. Siapa dia ? Macam mana dia kenal nama panggilan aku ketika aku sekolah di tadika ? Marilah tidur. Mungkin si dia muncul di dalam mimpi. Night !

********* *********** *******

Assalamualaikum ! Sorry jika ada typo dan jalan cerita tidak berapa menarik. Ini kali pertama saya menulis cerita begini. Harap anda suka ! Give a vote and comment k ! Xoxo !

Doktor Itu Saya Punya !Where stories live. Discover now