Bab 6

13.5K 452 4
                                    

Dua bulan telah berlalu sekelip mata. Hari ini adalah hari nikah aku. Oh My ! Aku dah nervous ! Semua apa yang aku buat, semua jadi tak kena. Aku pegang cawan, cawan pecah sebab terjatuh. Aku pegang pensil nak menulis apa yang diminta oleh sepupuku, aku pergi conteng kertas yang diberi. Gelabah tidak tentu fasal !

"Mya cuba relax. Yang clumsy sangat ni kenapa ? Jangan buat akak takut nak kahwin". Hahaha, akak pun satu. Siapa suruh tak kahwin dulu. Memang tahu perangai adik dia memang sejak azali begini.

"Sape suruh tak kahwin dulu. Paksa lagi adik .." pintu bilik dibuka dengan pantas. Uish angin di luar rumah kuat ke ? "Ya Allah Mya ! Kenapa tak siap lagi ni ? Make up tak pakai lagi. Baju tak tukar lagi. Kamu tu tinggal dua jam je lagi nak dinikahkan". Aku tahu mama risau tentang aku. Takut majlis tidak berjalan lancar. Cuma mama kena juga faham aku. Aku cuak ! Gementar ! Dan SIAPA SUAMI AKU ?!

"ok ma ok. Adik siap sekarang". Aku pesan kepada Elly supaya make up aku ala kadar sahaja. Tidak perlu terlalu tebal. Biar nampak natural beauty. Disebabkan aku ingin si penghias aku mengikut citarasa aku, aku menyuruh Elly sahaja menolong aku.

"Kau cantik sangat hari ni babe. Aku tumpang gembira di hari bahagia kau ni". Aku memandang muka Elly melalui pantulan cermin. "Bahagia ke aku ?" Aku menundukkan muka. Ya aku masih ragu-ragu dan rasa itu tidak pernah hilang. Aku mendapat satu idea lalu memusingkan badan ku menghadap Elly dan memegang kedua-dua bahu dia.

"Kau tolong aku lari ok tak ?". "Kau gila ?! Tak mahu aku ! Dah pergi tukar baju ! Aku nak larikan diri dari kau supaya tak keluar lagi idea gila dari otak kau". Elly terus keluar dari bilikku. Kau memang gila Mya ! Macam mana la kau boleh terfikir idea itu . Baik kau masuk tandas untuk tukar baju.

"Aku terima nikahnya Myasara Nasuha binti Haji Ismail Irsyad dengan mas kahwin sebanyak RM 1000 tunai". Setelah lafaz itu dikatakan sah, bergema rumah aku dengan ucapan "tahniah" dan "alhamdulillah".

Kalau dalam novel, si pengantin perempuan akan menangis kerana syahdu. Aku pula hanya diam membisu. Aku tidak tahu apa perasaan aku. Rasa seperti ini hanya permainan kahwin budak tadika yang aku pernah main dahulu.

"Mya apa kau mengelamun tu. Ni suami kau dah depan kau tu" bisik Syaf. Aku tersedar dari mimpi siang aku. Kau boleh berangan kau kahwin dengan putera raja Mya oi !

Dari tadi aku tidak lihat wajah suami aku. Aku turun lambat. Apabila duduk di atas bantal khas untuk aku, si dia sudah ada di depan.

Semasa dia menarik lembut tanganku untuk menyarungkan cincin, aku terkejut kerana dia adalah Asy ! "What ?!". Semua orang memandangku. Asy yang terkejut dengan jeritan aku terbaling cincin itu ke belakang.

"Astaghfirullah. You ni dah kenapa menjerit macam kene sampuk". Asy memegang dadanya. Apa masalah isteri aku ni. Nasib aku tak ada penyakit lemah jantung.

"Hehe sorry,sorry. Ha sarung la dulu". Aku menghulurkan tanganku untuk cover malu.

"Cincin ?". Asy membuat muka blur. Ya Allah, apa masalah suami aku ni. Takkan nak sarung gelang kat jari aku. Yang dia tanya balik tentang cincin tu kenapa ?

"Yela cincin. Sarung la kat jari I". "I tahu la sarung cincin. cincinnya mana ?" Tanya Asy kembali. "La cincin tu kat you la. Ni cincin kat I ni untuk sarung kat jari you".

Semua orang yang berada di dalam rumah aku tergelak melihat drama bodoh kami. "Ok pakcik tak pernah tengok akad nikah selawak ini".

Aku dan Asy hanya senyum sahaja.

"Ok tadi you letak mana ?". "Tadi I pegang then I nak sarung pastu You menjerit dan ha !". Asy menjerit menyebabkan aku terkejut lalu terbaling cincin Asy yang berada di tangan aku.

Doktor Itu Saya Punya !Where stories live. Discover now