"You bangun la. Dah pagi ni" asy memainkan jarinya di muka ku. "Emm dah pagi ?" Aku mengesat mata ku.
Asy mengangguk. "Youuuu youuuu !" Aku berpura-pura menggelabah. Asy yang pada mulanya ingin bangun dari katil terus duduk semula di sebelah ku.
"Ye ye kenapa sayang ?! Sakit ke ? kenapa ?!" Asy bereaksi risau sambil memegang tanganku. "I nak tidur balik" dengan nada suara yang manja sambil merenung matanya.
"Ya Allah you ni. I ingat you sakit. Naughty tau. Ye tidur la" sambil membalas renunganku. Renungannya tepat di mata ku. Aku tergelak kecil lalu menarik selimut ingin tidur semula.
Tiba-tiba Asy menjerit "sayang ! Sayang ! Sayang !". Aku yang baring sebentar tadi terus bangun dari tidur. Ya Allah takkan sakit lagi suami aku ni.
"Ye ye sayang ha kenapa ?! " aku terus periksa seluruh badannya. Sakit kat mana wak ! Kerana terlalu risaukan Asy, aku telah memanggilnya "sayang" tanpa sedar.
"Mata you cantik" dengan suara manjanya. Amboi ! Balas dendam nampak ! Aku memukul lengannya lembut. "Mana ada"
"Ada la sayang". "Ada kat mana ?" Aku membalas. Macam best je layan drama murah ni. Eh kalau aku yang berlakon, drama tu jadi mahal ! So drama mahal !
"Ada kat hati I" lalu menunjukkan hatinya. Aku senyum lalu kelam kabut seperti mencari sesuatu. Sampai bergegar katil tu aku buat ! Hahaha !
Asy pelik. "Kenapa ni sayang ?". "I cari jambatan" aku membalas.
"Jambatan ?" Asy bertanya semula. Jambatan apa isteri aku cari pagi-pagi ni ?
Aku pandang muka Asy. Dengan suara yang manja, "jambatan untuk pergi ke hati you" lalu jari ku tunjuk di hatinya.
"Amboiii. Sweet la sayang ni. Sayang nak satu !". Ha sudah. Satu apa pula ?
"Satu apa ? " aku bertanya kepada Asy. "Satu pasangan tak cukup ~ dua simpanan juga tak cukup ~". Asy menyanyikan lagu wali band. What ?! Satu pasangan tak cukup ?!
"Apa dia ?! Satu tak cukup ?! " aku mencubit peha dan lengannya. Ha ketam dah mai !
"Auch auch sayang ! Aduh sakit. Ok2 i gurau je. Dah dah pergi mandi. Aduh sempat lagi tu. I bukan maksudkan satu tu". Aku berhenti dari 'mengetam'nya.
"habis tu satu apa ?" Aku bercekak pinggang di atas katil. "Satu empat tiga muah !" Lalu membuat flying kiss. Haih, nasib Asy pandai mengambil hati ku semula.
"Satu empat tiga juga sayang !" Lalu membalas flying kissnya. Tanpa sedar, janji Asy telah tertunai. Aku telah mengucapkan I Love You kepadanya. (143 means I love you).
"Akhirnya cabaran I telah selesai. I telah kotakan janji I" sambil bertepuk tangan di atas katil. Eh ha'ah la ! Emm tak pelah ! Yes I love you my hubby !
Aku ketawa sahaja. Aku pergi ke arah bilik air. Aku sudah masuk ke dalam bilik air tetapi aku keluar semula. "Youuu". Asy pandang muka ku. "Ye kenapa ?"
"Nak mandi ?" Sambil mencatumkan jari telunjuk kananku dengan jari telunjuk kiriku. Asy terus bangun dari katil lalu mengambil tuala. "Nak ! " lalu menarik tanganku. Aku dah agak dia salah faham !
"I ask you nak mandi dulu ke. Bukan mandi dengan I. Sudah la. Ke tepi !" Aku tolak Asy dan terus masuk ke dalam bilik air. Padan muka !
Ketika aku dan Asy sedang bersarapan, tiba-tiba mama menelefon ku. "Jap mama call" lalu Asy mengangguk.
"Waalaikumussalam hello ma. Sihat alhamdulillah. Ma sihat ?". "Mama sihat sayang. Ni nak ask, Mya dah wish birthday dekat Asy ?" Mama membalas. Birthday asy ? Bila ?
"Bila ma ?" Aku bertanya semula. "Mama dah agak. Hari ni sayang. Birthday kamu dengan dia selang sehari je. Dah pergi wish. Mama ada kerja ni. So take care k sayang. Miss you assalam.".
"Baik ma thanks. Miss you more. Wassalam" lalu menutup telefonku. Oh birthday dia hari ni ya. Emm ok dah dapat idea !
"Ha kenapa mama call ?" Asy bertanya sambil mengelap mulutnya dengan tisu.
"Mama ingatkan je yang esok mama pergi Kedah. Anak cik Mah tunang". Maafkan I ! Terpaksa berbohong ! Hehe.
"Oh ok. Btw I nak ingatkan you juga yang kita akan pergi jumpa Hakimi sekejap lagi ". Ok peluang yang baik ! "I malas ikit. You pergi jela" aku membalas.
"La tak nak pula. Emm tengok you pun dah habis makan, I pergi sekarang la. Cepat pergi cepat balik" lalu mengenyitkan matanya kepadaku.
Aku mengangguk. Setelah memastikan dia sudah pergi, aku harus mulakan plan ini !
Setelah 2 jam aku menjalankan plan ku, akhirnya plan ku telah berjaya disiapkan. Sekarang tunggu Asy balik untuk menjayakan plan ini !
Tepat pada pukul 2 petang, asy pulang dan masuk ke dalam bilik."saaaaaay.. eh sayang ?". Asy mencari Mya di koridor setelah melihat Mya tiada di dalam bilik. Mana pula isteri aku ni. Jap jangan-jangan ! Asy mancari beg Mya tetapi tiada ! Asy membuka pintu almari, baju yang disangkut oleh Mya juga tiada ! Ya Allah takkan dia lari dari aku !.
Asy sudah tidak tenang. Dia pergi ke arah katil untuk melihat bawah katil. Takut beg Mya tersepak ke bawah katil. Eh ada kertas. Asy baca 'maafkan Mya. I terpaksa pergi. Harap you sudi ikut peta ini untuk kali terkahir'. Tanpa memikirkan apa-apa, asy terus mengikut peta ini.
Peta ini berhenti di satu pokok. Di tepi laut ini terdapat pelbagai pokok yang ditanam sebaris. Terdapat 7 batang pokok yang mempunyai kertas di batangnya. Asy mengambil kertas 1.
Kertas 1- ' I tahu I tak sempurna. Terima kasih kerana terima I seadanya'.
Kertas 2 - 'I tahu cinta I tak kukuh, terima kasih kerana cinta you tetap utuh'
Kertas 3 - 'you boleh dapat yang lebih baik, tetapi kenapa Mya yang you ambik ?'. Asy tergelak membaca nota ketiga ini. Asy meneruskan perjalanannya untuk mengambil kertas seterusnya.
Kertas 4 - 'Jikalau bulan ada bintang, I,Mya ada you sayang'
kertas 5 - 'mungkin selama ni you I ragui, tetapi sekarang cinta I cinta mati ! '
Kertas 6 - 'mungkin you fikir you je sweet, kalau I jadi sweet, you takkan cari pengganti'
Kertas 7 - ' you dah berada di last pokok. Sila lah pandang kebelakang dan tengok'
Asy terus pusing ke belakang lalu melihat gambar- gambar nikahnya di gantung di atas dahan. Di bawah dahan itu terdapat sibiji kek kegemarannya iaitu oreo cheese cake dan makan kegemarannya, bihun singapore.
Asy terus duduk. Lalu terlihat satu kertas ditampal di atas meja bertulis "mungkin plan I tak berapa suprise, tapi I harap you dapat act macam ia menjadi supaya I tak merajuk lagi. So enjoy my song !" Asy tergelak membaca nota itu. Ya Allah comel sungguh isteri aku !
Tiba-tiba Asy dengar petikan gitar di belakangnya. Asy pusing lalu lihat isterinya sedang memegang sepinggang kek dan berlilin manakala ada seorang gadis memainkan melodi lagu hari jadi dengan menggunakam gitar.
Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to my lovely cuty super awesome hubby !,
Happy birthday to you.Lalu Mya menghulurkan kek untuk asy tiupkan lilin itu. Fuhhhh !
" you !" Mya menjerit kecil. "Kenapa ?" Asy membuat muka bingung. "Air liur merecik" lalu berlakon mengelal mukanya. Asy tergelak sahaja. Ada ada sahaja Mya ni.
"You !" Mya jerit lagi. "Ye ada apa sayang ?" Asy membalas. "Happy birthday baby tua." Dengan menggunakan suara manjanya. Asy berdiam diri sahaja.
"Kenapa ? You tak suka ye ?" Mya bertanya. "Bukan tak suka. Tapi terlbih suka. Rasa nak peluk you sekarang tapi malu sebab ada orang. So i tengah tahan diri supaya tak peluk you". Aku tergelak. Merepek Asy ni !
"Thanks sayang. The best birthday celebration ever !" Lalu membuat flying kiss. Suka betul dia buat flying kiss. Aku hanya senyum lalu mengenyitkan mataku. Kami menghabiskan waktu itu dengan berdua-duan di bawah pokok.
Hari yang indah bersama orang tersayang !
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Teen FictionPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...