Aku sedang nyenyak tidur di atas katil bertemankan bunyi hujan di luar bilik. Cuaca yang sejuk membuatkan aku tidak mahu melepaskan katil kesayangan ini. Sudah seminggu aku bergelar isteri Adi Asyraf tetapi hidupku masih kekal sama seperti aku masih bujang. Bagi aku, aku belum menjadi isteri yang sempurna dan menjalankam tanggungjawabku dengan sempurna.
Kadang-kadang aku merasakan diri ini berdosa tetapi ego menguasai diri. Asy seorang suami yang baik dan memahami ku kerana tidak pernah memaksa aku dalam apa-apa hal kerana prinsip hidupnya 'memaksa hanya memburukkan keadaan. Inginkan sesuatu, berusaha dari bawah'.
Aku bangun dari katil lalu pergi ke arah koridor. Cantik sungguh laut yang terbentang luas di hadapanku. Asy membawa ku bercuti dengan alasan "I nak bersama dengan my cutey wife dekat tempat yang berbeza dan suasana yang berbeza." Apa yang best sangat dengan 'tempat berbeza, suasana berbeza' tu aku pun tak tahu.
"Good morning sayang ! This is for you" dia membawa dua bungkus mee goreng dan dua bungkus air teh. Aku pun menghulurkan tangan untuk mengambil makanan tersebut.
Asy terus berjalan ke arah ku lalu mengucup pipiku. "I nak bagi kiss bukan food ni". Aku la dengan Asy ni. Memang nak rasa tangan aku rasanya mamat ni. Aku terus menghadap laut sambil menyilangkan tangan di dada. Hilang selera makan !
"Alololo merajuk la tu. Emm orang merajuk tak leh breakfast. Nanti gemuk". Mana la dia dapat fakta tu ? Aku yang bukan doktor ni pun tahu fakta tu salah. Aku terus menghadap laut dan tidak menghiraukan fakta salah Asy itu.
"Kuat merajuk sayang I ni. Ok2 mari.. arghhh" tiba-tiba Asy mengerang kesakitan. Aku yang terkejut terus berpaling ke arahnya.
"Ya Allah. You ok tak ni ? Sakit kat mana ni ?" Aku terus jadi kelam kabut. Kenapa tiba-tiba dia sakit ni. Asy menunjukkan begnya lalu memegang semula perutnya. Sudah ! Sakit perut nak buang air besar atau sakit perut lain ?
"You sakit perut nak buang air besar ke ?" Aku bertanya dengan muka blur. "Sempat lagi you buat lawak sekarang ni". Suaranya terketar-ketar seperti menahan sakit yang amat perit.
Aku terus pergi ke begnya lalu mengambik botol kecil yang ada di dalam beg itu. Aku tidak tahu ubat apa yang aku ambil. Aku terus berikan botol itu kepada Asy.
"You bukakan botol ni sekejap. Tapi sebelum tu. Kalau I .. argh. Kalau I pergi selepas ini, harap you dapat cari pengganti. Bahagiakan diri mu sayang. Carilah orang yang lebih baik dari I" lalu memegang pipiku.
"Apa you cakap macam ni. Dah dah. I call ambulans sekarang" aku ingin bangun untuk mengambil telefon ku tetapi ditarik oleh Asy.
"Tak perlu. Marilah duduk di sebelah I. Menemani I di saat akhir. Buka lah.. argh" asy kembali memegang perutnya.
Aku sudah mula menangis. 'Saya tak mahu orang lain. Saya nak awak !! '. Aku membuka botol itu dengan cepat lalu mengeluarkan isinya. ha ? gelang ? Aku memandang muka Asy.
"Happy birthday sayang. Semoga jadi isteri yang baik dan bakal ibu yang solehah. " lalu mengambil kedua-dua tangan ku dan mengucupnya lembut. Hari jadi aku ? Ya Allah aku sendiri lupa tentang itu !
"Tak lawak la Asy ! Benda ni tak lawak" dan sambung menangis. Aku sendiri tidak tahu mengapa air mataku tidak mahu berhenti.
"Alololo sorry ye sayang. Dah dah tak mahu nangis k. Ye ye salah I. Maafkan I ye". Menyeka airmata ku dengan jarinya lalu memeluk diriku.
Setelah melepaskan diriku dari pelukannya, dia berkata "ok ? Dah lega ? Best tak warm hug tadi ? untung you pagi-pagi dah dapat warm hug ". Aku memukul lengannya sambil tersenyum. Best ! Eh gatal juga kau ni Mya.
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Teen FictionPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...