Bab 8

13.1K 431 0
                                    

Setelah selesai menunaikan solat subuh, aku bangun ke tingkap lalu menyelak langsir. Hari yang indah. Aku keluar dari bilik untuk memujuk suami 'kesayangan' ku yang telah aku tinggalkan malam semalam.

Aku pergi ke ruang tamu, dia tiada. Aku pergi ke dapur, dia tiada juga.

"You ? You kat mana ?". Aku mencarinya di bilik tetamu, Asy juga tiada. Aku mula gelisah. Takkan dah lari rumah kot. Aku mencarinya di laman juga tiada.

"You ? Jangan tinggal I. I tak mau jadi janda" aku merengek sambil menghentak kaki. Ketika ingin masuk ke dalam rumah, Asy memeluk pinggangku dari belakang lalu menarik ku ke arah laman.

"Tahu takut I lari. Janda apa la you merepek pagi-pagi ni". Aku memukul lengannya untuk melepaskan diri. "You ! kat luar rumah ni."

"Habis kalau kita kat dalam rumah boleh buat macam ni ?" Dia memusingkan badanku agar mukaku menghadap mukanya. "Tak boleh !" Aku menampar lembut pipinya.

"Tak boleh ? Serius tak boleh ?". Dia mengetatkan pelukannya. Sudah ! Tolong la Asy. Aku malu la. Kita kat luar rumah !

"Ye ok boleh . Dah lepaskan la. Malu la jiran-jiran tengok". Aku cuba menolak badannya. But you know, boys are stronger than girls.

"Jiran tak de sayang. Dua-dua belah balik kampung." Asy melepaskan pelukannya. Aku kebelakang untuk menjarakkan diri.

"Ok jiran tak de. Ok dah tak yah nak mengada pagi ni". Asy hanya senyum. Lalu berjalan setapak demi setapak mendekatiku. Aku berjalan setapak ke belakang untuk menjauhi diri darinya.

Dan tiba-tiba, splash !

"You tolong ! I tak pandai berenang !". Aku sudah tergapai-gapai untuk mendapatkan udara. Asy terjun ke dalam kolam lalu memelukku dan mengangkatku agar posisi badan ku lebih tinggi dari paras air.

"You saje nak manja dengan I kan ?". Asy cuba menduga. "Ha ? Tak de kerja !". Aku memukul bahunya. Dia melepaskan ku. Ok ya aku pandai berenang. Cuma aku akan jadi cemerkap bila dalam situasi mengejut.

"You, i nak ajar you satu cara untuk selam dalam air lama-lama. Nak tahu ?". Aku berfikir sebentar lalu menganggukan kepala.

"Ok dia macam ni." Dia merapatkan badannya dengan badanku lalu menyuruhku memegang pinggangnya. Aku ikut sahaja kerana aku tidak tahu apa-apa.

Lalu dia menyatukan bibirnya dengan bibirku dan memaksa aku masuk ke dalam air. Aku yang terkejut dengan tindakannya cuba untuk melepaskan diri. Nakal nya suami Mya ! Kenapa Mya yang dapat Asy ?! Kenapa tak orang lain !

Aku cuba untuk melepaskan dirj tetapi tenaganya lebih kuat. Pegangannya lebih kuat. Aku memukulnya untuk melepaskan diri kerana aku sudah kehilangan oksigen. Makin lama makin sedikit dan akhirnya Asy mengangkat aku ke atas.

Aku sudah tercungap-cungap kerana tidak cukup oksigen. Mereng punya suami !

"Best la. Nanti kita berlatih lagi k sayang." Dia berenang ke arah hujung kolam. Geram !

Aku keluar dari kolam dan terus masuk ke dalam rumah.Setelah selesai membersihkan diri, aku keluar dari bilik untuk melihat keadaan suamiku yang nakal tahap gaban itu. Aku melihat dia sedang menonton tv dan sudah membersihkan diri.

Cepatnya dia mandi. Aku yang masuk rumah dulu pun baru habis mandi. "You, I lapar la" lalu duduk di sebelahnya.

"Tak merajuk pula kali ni ?" Dia memandang wajahku. "Tak sebab I lapar" aku memegang perutku.

"Oh em jom la" Asy menutup tv lalu menarik tanganku lembut. "Nak pergi mana ?". Apa pelik sangat ajak aku pergi bilik ? Dalam bilik ada makanan ke ?

"Laaa. Bukan you nak baby ke ?" Lalu memegang perutku. Pipi aku sudah berubah menjadi merah. Mereng punya suami ! Kita cakap lain dia faham tang lain.

"Eiy I lapar. Bukan nak baby ! Dah la. Biar I drive sendiri !" Aku mengambil kunci kereta dan terus masuk ke dalam kereta. Asy mengejar aku lalu membuka pintu kereta di bahagian pemandu. "ok2 I gurau je. Jap I tukar baju k. You mesti nak suami smart kan ? Jap tau baby ". Aku senyum sahaja.

Setelah 15 minit berada di dalam kereta, akhirnya kami sampai juga di tempat yang Asy rahsiakan. "Ok you makan sampai kenyang dulu. Nanti I bawa you pergi satu tempat ni". Aku hanya menggangguk lalu menghadap makanan di depan mata. Lapar babe lapar !

Rupanya dia bawa aku ke pantai. Cantik sangat laut yang terbentang luas di depan mataku ini. Pasirnya yang halus, ombak yang sederhana, indah sungguh ciptaan tuhan.

"Subhanallah, indah sungguh ciptaan tuhan " aku senyum memandangnya lalu memandang ke arah laut semula.

Asy menarik muka ku lembut lalu mengucapkan "cantik lagi ciptaan tuhan di depan mata I ni". Terharu apabila aku mendengar pujian Asy. "Terima kasih".

Kami menikmati pemandangan yang indah ini sehingga masuk waktu asar. Walaupun cuaca agak panas, melihat ciptaannya yang cantik ini membuat kami tidak mahu lepas memandangnya.

Setelah pulang ke rumah, Asy masuk ke dalam rumah dahulu tanpa sempat aku menolongnya membuka pintu rumah. Hemm merajuk lagi. Ketika berada di dalam kereta untuk pulang ke rumah, Asy meminta aku temannya pergi ke hospital esok tetapi aku tak mahu. Aku ingin menghabiskan cuti sem ku di dalam rumah, menonton drama yang best-best. Terpaksa la pujuk dia.

Dia tidak bercakap denganku sehingga petang. Selepas sahaja dia menunaikan solat asar, dia terus keluar rumah. Punya la kuat merajuk dia tu. Emm Mya, kau kene pujuk suami kau ni. Kang takut jadi macam dalam novel yang kau baca, suami merajuk isteri tak pujuk, akhirnya sorang ke utara sorang ke selatan. Ok kita pujuk dia. Plan memujuk suami bermula !

Setelah selesai menyediakan hidangan makan malam, aku menunggunya balik di ruang tamu. Jangan la jadi macam dalam novel. Si isteri masak si suami tak balik. Eh kau ni banyak terpengaruh dengan novel la Mya. Aku mengetuk kepalaku sendiri. Aduh sakit juga kepala ni walaupun sendiri yang pukul.

"Kenapa sayang pukul kepala sendiri ?" Aku memusingkan kepalaku menghadap ke pintu. 'Eh suami aku dah balik. Kuat berangan lagi Mya'. Aku terus bangun dan berjalan ke arah dia.

"Tak ada apa you." Aku meletakkan kedua-dua tanganku di bahunya. Wangi juga minyak wangi suami aku ni. Not too strong, lembut je baunya. Asy sudah terkejut melihat tindakanku. "You, I nak minta maaf. Sorry ye. Ok I ikut you pergi hospital esok. Tak mo la merajuk dah". Aku mencuit hidungnya. "Jom makan. I masak makanan sedap kat dapur".

Asy memeluk pinggangku. "I tak nak makan". "Habis you nak apa ?". Kalau Asy tak nak makan, siapa nak makan makanan tu ! Tapi layan jela. Dah dia merajuk, kena jela ikut my baby boy ni.

"I nak you." Asy sudah menggunakan suara manjanya. Sudah ! Tula Mya, gatai lagi pi buat lagu tu. "Dah sudah. Jom makan." Aku menarik tangannya untuk keluar dari zon berbahaya tadi.

Setelah selesai makan, kami berdua menonton tv bersama-sama. Aku sudah mengantuk tapi untuk menemani si baby boy ni, terpaksa la tahan mata. Rupanya dia pandai main denda. Dendanya aku kene teman dia menonton tv pada malam itu.

"You. You nak tahu tak kenapa I.. la tidur budak ni. Atas sofa pun jadi ye sayang. Hemm good night my princess" lalu mengucup pipiku.

Good night hubby ! Good night my day ! Harap esok menjadi hari yang lebih baik dari hari ini.

Doktor Itu Saya Punya !Where stories live. Discover now