**Asy pov **
sudah seminggu Kyle dan Fifi berada di Malaysia dan seminggu juga aku tidak dapat tidur lena. Aku rasa semakin hari, rasa bersalahku semakin bertambah. Adakah aku patut mengaku sekarang ?
Aku berdiri di hadapan meja solek Mya, aku terlihat gambar Mya dan aku ketika kami berada di laut untuk bercuti. Mya.. aku tak nak kehilangan dia. Dia adalah segala-galanya bagi aku. Tak mungkin aku.. telefonku berbunyi dan terus aku angkat.
"Yes bro. Ada rumah. Kenapa ? Ok baik" dan meletakkan telefonku di atas meja. Aku rasa ini adalah masanya. Aku tidak sanggup lagi menahan rasa bersalah di dalam dada yang semakin hari, semakin menyesakkan dadaku.
Aku rasa sungguh bersalah selepas menceritakan hal sebenar kepada Kyle dua hari lepas. Dia seperti berasa terlalu kecewa dengan aku tetapi dia masih tersenyum melihat aku. 'Bro, thanks for everything. Jaga dia elok-elok'. Kata-kata nya sentiasa bermain di fikiranku.
Aku terkejut apabila tiba-tiba satu tangan memeluk pinggangku dari belakang. "Sayang termenung apa ? I tengok you sejak dua menjak ni macam ada masalah. Kalau nak share , i ada" lalu memberikanku senyuman yang sentiasa aku inginkan.
Aku pusingkan badanku. "No la sayang. I'm fine. Petang ni I nak keluar tau. Jangan nakal" dan terus memegang pinggangnya.
Mya- "keluar lagi ? Haa kenapa asyik I je kene tinggal ? Macam tu baik I.."
Aku terus meletakkan jariku dibibirnya. "Baik apa sayang ? Baik you tak kahwin dengan I ?"
Mya - "see, dia cakap balik benda tu. Hey honey, you ada masalah apa ni ? Selalu sangat cakap pasal tak kahwin"
aku senyum. Maafkan I sayang. I dah banyak sangat buat salah dekat you. I tahu I tak layak untuk you. You lebih layak dengan Kyle tetapi kata-kata itu tidak mampu aku ungkapkan.
Aku ambil kunci kereta lalu mencium dahinya, "i pergi dulu. Love you as much as u know" dan terus berjalan ke pintu rumah.
Ketika berada di hadapan restoran Kopitiam, aku masih duduk di dalam kereta. Adakah keputusanku ini tepat ? Adakah ini masanya untuk menceritakan semuanya ?
Ya, aku memang tidak sanggup untuk hidup dalam kebohongan lagi dan ia amat menyakitkan apabila takuti dengan apa yang bakal berlaku nanti. Aku tidak sanggup kehilangan manusia yang banyak mengubah aku dan membahagiakan hidup aku. Aku sedar bahawa Mya sudah banyak mengubah aku untuk menjadi yang lebih baik dan turut berkorban masa mudanya dengan terima pinanganku, menjadi isteri kepada Adi Asyraf yang sememangnya tidak layak dengan kasih sayang yang diberikan oleh Mya.
Tiba-tiba pintu keretaku dibuka dan aku melihat Kyle sedang duduk di sebelah aku.
Kyle- "aku tahu tempat ni tak sesuai. Jom pergi tempat yang lebih sesuai" lalu senyum kepadaku.
Aku membalas senyumannya dan terus menghadap depan untuk menggerakkan kereta tetapi dihalang dengan pintu keretaku di bahagian penumpang terbuka. "Takkan nak tinggal I sorang kat sini ?" Dan terus masuk ke dalam kereta.
"Tak mungkin kami akan tinggal kau dari join party yang hebat ni" lalu tersenyum kepadaku. Aku tahu maksud senyumannya. Aku hanya mengangguk dan terus menggerakkan kereta. Aku rasa ini lah masanya.
Setelah kami sampai di satu laut, kami sepakat untuk duduk di bawah satu pokok.
Kyle- "so, nak explain sekarang ?"
fifi- "yes. Kami perlukan explaination yang jelas. What are you trying to do Asyraf ?", suaranya amat serius.
Aku pandang ke arah mereka dua. Aku menarik nafas, ya ini lah masanya.
Asy- "yes, i dah kahwin dengan Mya"
Kyle- "ye aku tahu. Kau dah bagi tahu dulu tetapi kenapa ? Kenapa Mya ?"
Fifi- "yes why Mya ? I tahu you ada plan something and i really know you. You benci sangat kat Mya masa sekolah menengah dulu"
Aku tersenyum. Itu dulu fifi. Sebelum aku dapat tahu bahawa Mya la orang yang aku cari selama ni. Aku pandang mereka berdua semula.
Asy - "i think ini la masanya untuk aku betulkan all the thing that i've done"
Kyle dan Fifi memandang muka masing- masing lalu memandang mukaku semula. " what is it ?"
"Yes, aku kahwin dengan Mya bukan sebab cinta. Aku kahwin dengan Mya sebab cabaran. And kyle.." aku pandang mukanya "aku rasa ini la masanya untuk aku berterus terang". Aku senyum kepadanya tetapi senyum yang menutupi segala ketakutan di hatiku.
Setelah menerangkan segalanya kepada fifi dan Kyle, mereka berdua pandang mukaku seperti tidak percaya dengan apa yang telah aku lakukan selama ini, selama mereka berada dia luar negara.
Kyle- "aku tak pernah percaya kau buat semua ni Asyraf. Dekat kawan baik kau sendiri"
Asy- "ye aku tahu salah aku dan aku akan berikan semula apa hak kau, apa yang sepatutnya milik kau" lalu tersenyum kelat. Adakah aku sudah bersedia ?
Fifi- "woahhh dont say that you want to.."
Aku memotong percakapan Fifi. "Yes i am" lalu menganggukkan kepalaku.
Kyle - "Gila! Apa yang kau sedang fikir Adi Asyraf ?!" Lalu berdiri sambil memukulkan tangannya di batang pokok yang berada di sebelahku.
Asy- "untuk kebaikan kau. Aku rasa ini sahaja aku mampu buat"
Kyle- "mampu buat ? Ini kau panggil membetulkan keadaan ? Sh*t !"
Fifi- "watch your word Adam Kyle ! This is not the way to solve this crazy problem" lalu fifi memandang aku. "I tak pernah sangka you akan buat perkara sejauh ini atas benda lama yang I cakap, atas perkara yang I anggap ia sebagai satu joke"
asy- "ya, aku tahu itu salah aku dan ini jalannya untuk betulkan keadaan".
Aku jalan menghampiri Kyle lalu meletakkan tanganku dibahunya. "Ambil apa yang sepatutnya menjadi hak kau dan jaga segalanya elok-elok. Aku tahu kau tahu apa yang kau patut buat" lalu berjalan meninggalkan mereka berdua.
Aku sudah tidak sanggup melihat muka kawan-kawanku yang kecewa dengan segala perbuatanku. Aku juga tidak sanggup untuk melihat reaksi orang yang paling aku sayang apabila mengetahui perkara ni.
Kyle- "hey bastard ! Apa yang kau fikir ni ?! Kau fikir ini betul ke ?! Ini bukan caranya la !"
Aku berhenti seketika. 'Bastard'. Aku layak untuk dipanggil sebegitu walaupun Kyle pernah cakap yang dia tidak akan sesekali menyebut perkatan yang teruk sebegitu dekat aku,kawan baiknya. Aku tahu salah aku dan aku tahu di mana sepatutnya aku berada. Di bawah. Aku teruskan berjalan ke arah kereta.
Kyle - "ini bukan caranya Asyraf ! Bukan dengan tinggalkan Mya untuk aku !"
(Play the video ;) )
Aku masuk ke kereta. Maafkan I sayang. I terpaksa tinggalkan you untuk berikan you kebahagian sebenar, kebahagian atas dasar suka sama suka dan kebahagian yang lahir dari hati you sendiri, bukan dipaksa.
Aku terpaksa buat semua ini. Aku terpaksa mengorbankan kebahagian aku untuk kebahagian yang aku rampas dari kawan baikku dan orang yang aku sayang. Aku terpaksa tinggalkan Myasara Nasuha demi kebahagian dia.
Aku pandang ke arah Kyle yang sedang ditenangkan oleh fifi di tepi laut dari dalam kereta. Aku rasa aku harus pergi jauh dari sini. Untuk kebaikan aku juga. Untuk melupakan segala fairy tales yang aku bina sendiri dan segala kenangan yang sentiasa menyakitkan hati aku. Ini bukan tempat aku. Ya aku ingin pulang ke rumah, melihat muka Mya untuk kali terakhir, memeluknya tetapi aku tidak sanggup dan tidak mampu. Aku harus menerima fakta bahawa dia bukan hak aku. Aku harus pergi dari sini.
Ya, Aku harus pergi...
_________________________________
Macam mana ? Curious ?
Nantikan bab seterusnya untuk mengetahui apa yang telah Asy lakukan dan apakah nasib Mya selepas ini.
Vote ok ! Thanks ! Xoxo !
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Novela JuvenilPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...