Aku berjalan perlahan ke arah pintu bilikku. Setelah melihat Asy masih nyenyak tidur, aku melangkah pergi ke arah ruang tamu sambil membawa sebuah kotak yang dibalut kemas. "Siapa yang bagi ?", berkata aku tanpa sedar. Setelah duduk dengan selesa di atas sofa, aku menghembus nafas berat. Kenapa aku rasa bahawa hadiah ini bukan hadiah biasa ? kenapa aku rasa sesuatu yang lain dalam diri setelah memegang hadiah ini ? Aku melihat sekeliling kotak tetapi tiada yang mencurigakan. Ianya kelihatan seperti hadiah biasa. Hadiah ini tiba di rumahku pagi semalam, semasa Asy tiada dirumah. Aku menyembunyikannya dari Asy kerana kad yang tertampal kemas di atas hadiah ini. Aku membuka kad berbentuk hati ini lalu membacanya.
"Jauh di mata, dekat di hati. Kenangan lama sukar dilupai. Meratapi akan kesalahan sendiri. Kau terlalu istimewa. Semoga berbahagia sentiasa. For- Mya"
Aku tidak cam tulisan ini. Mungkin kerana sudah lama aku tidak melihat tulisan kawan-kawanku. Berdasarkan maksud ayat yang ingin disampaikan oleh makhluk Allah ini, kami pernah melakar kenangan bersama tetapi siapa dia ? Aku pasti dia kenal benar diriku. Kalau tidak, manakan dia tahu alamat rumah suamiku. Kenangan lama ? Mungkin semasa aku sekolah menengah ? Semasa aku belajar di peringkat pengajian tinggi ?
Aku beranikan diri membuka pembalut yang comel ini. Mungkin orang ini tahu bahawa aku minat benda-benda yang comel. Ia nya sebuah kotak tanpa tulisan. Hatiku semakin berdebar ingin tahu apakah isi didalamnya walaupun sebelum ini perasaan was-was dan takut menguasai hati. Aku membuka dengan perlahan kotak ini. Setelah melihat isinya, aku tidak mampu mengalihkan mataku darinya. Mulutku terbuka kerana terkejut melihat isinya. Ya Allah, apa semua ini ? Dengan tangan yang menggeletar, aku mengambil isi pertama yang ada di dalamnya. Sehelai baju bayi berwarna coklat cair dan mempunyai tulisan "I love Mama" ditengahnya. Sungguh comel. Aku melihat di bawah baju itu. terdapat sekutum bunga ros putih. Aku tidak sangka dia masih mengingati semua perkara yang aku minati. Aku mengambil pula gambar-gambar yang terdapat di dalam kotak. Tanpa sedar, air mataku jatuh dipipiku. Kenapa sekarang ? Kenapa sekarang , baru kau menyatakan semua ini ? Kenapa sekarang, baru kau mencariku semula ? Gambar-gambar ini telah aku lupakan setelah aku mencarinya ketika aku masih bujang tetapi tidak dijumpai. Aku ingatkan bahawa aku telah menghilangkannya. Rupanya ada pada dia.
"Sayang buat apa tu?", tiba-tiba suara Asy menghentikan lamunanku. Dengan pantas aku menyeka air mataku. Aku menyimpan semua semula dengan pantas dan menyorokkannya di bawah sofa. Aku bangun lalu memandangnya. Aku senyum kepadanya. "Mya tak buat apa. Pergila mandi. Pastu kita sarapan sama-sama", lalu bergerak ke dapur. "Mya ?", Asy bertanya. Aku pusing ke arahnya. Aku senyum sekali lagi, "Ya?". Asy menunjukkan reaksi yang sukar aku tafsirkan. Dia menggelengkan kepalanya lalu bergerak masuk ke bilik semula. Aku tidak mampu berfikir dengan tenang ketika itu. Aku terus berlalu ke dapur tanpa berkata apa-apa.
Kami bersarapan seperti biasa. Cuma aku lebih mendiamkan diri. Asy perasan akan perubahanku. "Sayang, are you ok ? Please don't say you are okay. I know you are not", lalu memandangku. Aku diam, kelu lidahku. Aku menjawab perlahan. "Mungkin sebab I pregnant, jadi mood I berubah. Sorry", lalu bangun pergi ke arah sinki. Asy terdiam melihat aku pergi meninggalkannya. Aku tidak pernah berkelakukan seperti ini sebelum ini. Maafkan Mya, sayang. Aku berlalu terus ke bilik.
_______________________________________________________________
Aku memegang perutku. Anakku sedang membesar. Kandungan ku sudah berusia 5 bulan. Lagi 4 bulan lebih, aku bakal menjadi seorang ibu. Aku melihat pula telefon lama ditanganku. Aku tidak sangka aku akan memegangnya semula. Aku duduk di kerusi kayu di laman rumahku. Asy tiada, keluar bersama kawannya. Kerana itu, aku berani keluarkan telefon ini semula. Ketika aku membeli telefon baru, Asy menyuruhku membuang telefon itu, tetapi aku berkeras tidak mahu melakukannya. Aku menghidupkannya semula setelah aku caskannya pagi tadi, tanpa pengetahuan Asy. Aku melihat kosong telefon itu. Aku mencari semula lagu itu. Apabila jumpa, tanganku menggeletar menekan skrin telefon ini untuk memainkan lagu itu. (tolong dengar lagu Anuar Zain- Sedetik lebih untk menjiwai :) "
"Hahaha. Maaf la Ziyad kacau. Sebab saya dah janji, saya nyanyi juga. Tahu la dia tak ada yang nak ", aku menekan skrin telefon semula untuk memberhentikannya seketika. Ya Allah, sakitnya di hati ini tidak dapat aku tahan lagi. Suaranya membuatkan aku merasa bahawa dia berada di sampingku. Gelak tawanya masih segar diingatan. Sebelum dia menyanyikan lagu Sedetik Lebih untukku, kawannya Ziyad menyakatnya dengan mengganggunya merakam suaranya utnuk dihantar kepadaku dulu. Aku tetap ingin dengar sehingga habis walaupun airmataku sudah jatuh seperti air hujan.
"Awak dengar tau. Biarkan je Ziyad tu. Macam tak ada life dok kacau orang. Ok saya nyanyi ..."
Aku mendengar lagu itu sehingga habis. Suaranya sungguh sedap. Aku mendengar suaranya sambil melihat gambar bersamanya dahulu. "Awak, suara awak tetap sedap bagi saya, sampai sekarang", aku berkata sendiri sambil melihat gambarnya. "Suara saya lagi sedap sayang". Suara yang tiba-tiba menyapaku dari belakang membuatkan tanganku terlepas dari memegang gambar itu. Aku terus bangun dan pusing kebelakang. Asy sedang berdiri memandangku sambil tangannya berada di dalam poket seluarnya. Pemakaiannya yang serba hitam dari atas hingga ke bawah membuatnya nampak segak. Topi hitam, Jacket hitam dan seluar hitam. Aku tidak mampu berkata apa-apa. "Siapa dia?" tanya Asy. Aku memandangnya tanpa berkelip.
______________________________________________________
Hai ! Maaf kerana lambat update. I hope you will enjoy reading this chapter. Siapa dia ? Nantikan chapter seterusnya :)
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Подростковая литератураPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...