Bab 30

8.7K 294 4
                                    

"Hey budak busuk ! Bangun la ! Mya fikir sekarang pukul berapa ?!" Aku duduk di atas katil, menggeliat. Apa bising pagi pagi ni ? Nak tidur pun tak senang.

Amboi kakak ketuk pintu sampai nak roboh. Bergegar lain macam dah pintu tu. Aku rasa, kalau kakak ketuk lagi sepuluh kali macam tu, sah. Memang roboh pintu tu. Daripada aku kena keluarkan duit lebih sebab nak ganti pintu bilik ni, baik aku buka sekarang.

Aku membuka pintu, pap ! "Eh Mya sorry. Akak tak sengaja". Aku terjatuh ke lantai kerana di'ketuk' oleh kakak. Ya Allah,sakitnya dahi aku. Ni rasanya boleh biul kalau kene dua kali. MasyaAllah sakitnya tidak terperi, bak kata pelakon sinetron. Tambah pula sakit pinggang sebab jatuh terduduk di lantai.

"Tak apa. Ha kenapa ni kak ? Gaya macam hilang suami ?" Aku berdiri lalu menggosok kepalaku. Jangan lah benjol, tak rela muka ditumbuhi jerawat sebesar sudu. Eh ?

"Merepek apa nak hilang laki kalau suami pun tak ada lagi. ni kakak nak bagi tahu, abang dah balik Malaysia. Katanya kerja dia dekat Jepun tu dicepatkan. Esok dah kena bertolak. Dia kena balik hari ini la " aku terdiam. Abang balik Malaysia ? Tak ajak aku ? Sampai hati abang !

Aku mengangguk lalu berjalan lemah ke bilik. "Oh one more thing. Asy ada tinggal barang dekat atas meja. Katanya sebab adik tak ada dekat tempat biasa, dia datang sini terus". Aku berhenti. Barang?

Aku berjalan ke arah meja. Macam mana dia tahu bilik kami ? Dia ni kuat spy orang la. Aku terkejut melihat meja. Banyaknya barang ! Dia fikir aku nak buka kedai ke ?

Segala jenis coklat, anak patung beruang dan sejambak bunga ros berada di atas meja. Aku ternganga melihat semua barang yang diberi oleh Asy. Bukan ini yang aku maksudkan dan inginkan dengan memberi peluang kedua !

Aku melihat ada sepucuk surat di tengah bakul yang mengisi semua barang itu.

'Good morning sayang. Penat I cari you dekat jalan.. Tapi you tak ada. Its ok. Hope you will have a nice day ok. Apabila semua barang ini berada di tangan you, it means my war has start '

War tak war, kisah pula aku dengan war dia. Dia nak aku gemuk ke makan coklat banyak macam ni ? "Apa yang adik merungutkan tu ?mulut tak berhenti terkumat kamit" lalu duduk di kerusi yang berada di sebelahku.

"Asy ni bagi semua ni buat apa. Nak adik gemuk ke apa?". Akak memandang mukaku. "Adik abc ke ?". Aku pandang muka kakak. "Ha'ah kenapa ?"

Kakak mengurut dadanya. La dah kenapa? Apa yang dilegakannya ? "Akak takut adik benci Asy. Kalau adik abc, tahu la kenapa adik mengamuk pagi pagi ni". Tu je ? Eh ya tak ya juga. Kenapa aku nak mengamuk sampai macam ni sekali?

Disebabkan oleh emosi tak menentu kerana aku datang bulan ?Atau aku  dah mula membenci Asy ? Oh no !

Aku terus masuk ke dalam bilik. Tak boleh jadi ni. Aku kena keluar hirup udara segar. Ingatkan datang sini, dapat tenangkan sikit hati ni. Rupanya makin menyesakkan kepala dan hati aku.

Seusai membersihkan diri, aku terus meluru ke arah pintu bilik hotel kami. "Mya nak pergi mana tu?" Tegur kakak. Aku memusingkan badanku menghadap kakak. "Nak keluar. Hirup udara segar"

"Mya, jang..." Belum sempat kakak menghabiskan ayatnya, aku terus keluar dan menutup pintu bilik. Lega sekejap sebab dapat lari dari bebelan kakakku.

Aku berjalan di tepi pantai. Tak ada la susah sangat nak ke sini. Naik teksi, cakap tempat yang dituju dan dah sampai ! Wah nyamannya udara di sini. Walaupun permandangannya agak kurang menyenangkan apabila melihat warga kota memakai pakaian yang tidak cukup kain, udara di sini sudah cukup untuk buat aku kembali tenang.

Aku duduk di bawah satu pokok. Melihat ombak di laut yang datang menyapa pinggir pantai. Airnya biru, mengambarkan betapa sempurnanya ciptaan tuhan yang Maha Esa. Walaupun beribu-ribu manusia yang tidak ketahui tahap kebersihannya mandi di sini, airnya tetap jernih seperti baru seorang manusia merasai kejernihannya.

Doktor Itu Saya Punya !Where stories live. Discover now