Aku berjalan seorang diri melihat permandangan di New York. Aku duduk di satu kerusi lalu melihat warga kota di sini meneruskan perjalanan hidup mereka seperti biasa. Ya aku juga harus meneruskan perjalanan hidupku dengan menempuh segala dugaan hidup ini agar hidupku kembali seperti biasa. Aku tahu memang berat untuk melalui satu ujian tetapi Allah tidak akan sesekali memberi ujian kepada hambanya yang tidak mampu melaluinya. Memang berat dan sukar untuk menerimanya tetapi aku tetap harus menyelesaikan segala masalahku dan tabahkan hati untuk lalui semua ini. Tidak akan senang hidup seseorang manusia jika terus lari dari masalah.
Sedang aku ralit melayan perasaan, tiba-tiba ada satu tangan memegang bahuku. "Ya Allah Subhanallah Laillahailallah !" Ha punya pnjg melatahnya ! Aku pandang ke kiriku. Asy rupanya. Dia tersenyum kepadaku. Aku membalas senyumannya dengan tersenyum.
Asy- "boleh I duduk ?"
Aku mengangguk. Rasanya ini la masanya untuk aku berterus terang akan tujuan utamaku ke sini. Tidak sanggup lagi aku menahan rasa sakit di dada ini. Sudah sebulan aku menderita, biarlah ia berakhir hari ini.
Aku mengangkat mukaku memandang Asy. "I ada benda nak cakap". Asy tersenyum. "I know . Dari cara you pandang I, I dah tahu yang you nak cakap sesuatu kat I"
Wah pandai juga dia baca muka aku. Aku pandang ke hadapan semula. Melihat manusia berjalan kaki ,menikmati alam ciptaanNya yang serba lengkap dan indah. Kalau bumi yang serba lengkap ini juga ada malam dan siangnya, air laut ada pasang dan surutnya, cuaca ada hujan dan panasnya, siapalah aku untuk sentiasa hidup dalam keadaan bahagia ?
Mya- "I nak jujur dengan you"
Asy pandang mukaku. Kenapa cara dia cakap macam serius ? "cakap la apa dia"
Mya mengenggam kedua-dua tangannya. "I .. I rasa". Kenapa susah sangat nak cakap benda ni ? Kenapa hati ini rasa berat sekali untuk mengungkapnya ?
Asy- "sayang stop. I rasa lebih baik kalau I cakap dulu"
Aku mengangguk tanpa memandang mukanya. "Baiklah. I tahu I bukanlah suami yang baik lagi sempurna. I tahu.." aku memotong percakapannya.
Mya- "apa maksud you suruh I mandi wajib hari tu" soalan ini dari semalam bermain di dalam fikiranku.
Asy tersenyum. "Itu memang tanggungjawab you kan ?". Aku dah agak. Dia mengambil kesempatan ke atas aku. "Tanggungjawab I ? Tanggungjawab I, you ingat. Tanggungjawab you macam mana pula ?"
Asy terdiam. Dia memandang ke arah hadapan. "Apa maksud you Mya ?". Nampaknya kedua-duanya sudah berada di dalam mood serious.
"You tahu apa maksud I Asy". Aku merenung cincin di jariku. Aku harap keputusanku ini adalah yang terbaik.
Asy- "I lakukan tanggungjawab I sayang. I tahu I dah buat banyak kesalahan dekat you, dekat mama, dekat abah, dekat semua orang tetapi manusia tidak lari dari melakukan kesilapan dan manusia perlukan peluang kedua"
Peluang kedua ? Dia minta aku peluang kedua. Aku berdiri, "rasanya sampai sini sahaja perbincangan kali ini. Assalamualaikum" lalu berjalan meninggalkan Asy. Selang beberapa tapak dari kerusi yang kami duduki, Asy menarikku ke tepi kaki lima lalu memelukku dari belakang.
Kenapa kau suka menyeksa hati dan jiwa aku ? Kau buat aku keliru dengan layanan kau. Aku rindukan Adi Asyraf, suami aku tetapi bukanlah ini yang aku harapkan sebagai pengakhiran ceritaku.
Asy- "jangan tinggalkan I Mya. I cant live without you. Cukuplah sebulan I menderita menahan rindu untuk hidup seperti biasa dengan you"
Air mataku sudah mula jatuh membasahi pipi. Kenapa Asy ? Kalau benar yang kau katakan, kenapa kau tak cari aku ? Kenapa kawan-kawan kau yang perlu ceritakan perkara sebenar kepadaku ? kenapa ?
Aku menolak tangannya lembut agar pelukannya terlerai. Muka Asy sudah berubah. Aku memusingkan badanku setelah memastikan pipiku bersih dari air mata sendiri. "I rasa inilah penghujungnya"
Asy- "penghujung apa ni Mya ?"
Aku memandang semula cincin di jariku. Maafkan Mya abang,kakak. Kali ini biarlah Mya tentukan hidup Mya sendiri. "We are over. There is nothing between us" lalu aku memusingkan badanku ke arah bertentangan untuk pulang semula ke hotel. Esok aku akan pulang ke Malaysia walaupun sebenarnya percutianku masih berbaki 4 hari.
Asy- "Mya, tell me apa tujuan asal you sanggup naik flight dari Malaysia ke sini". Suaranya amat serius.
Aku berhenti dari berjalan. Apa niat asalku ? Apa tujuan asalku ? Aku juga keliru.
Asy- "i ask you again. Apa tujuan asal you datang ke New York Mya " lalu berdiri di hadapanku.
Aku terdiam kerana aku juga tidak tahu jawapannya kerana apa yang aku lakukan amat berbeza dari apa yang dirancang oleh abang dan kakak.
Asy- "ok looks like you tiada jawapan. Tak apa lah. I ikut keputusan You demi buat you bahagia"
Ya jawapan itu yang aku mahukan tetapi kenapa hatiku meronta agar Asy jangan pergi ? Tanpa sedar aku memanggil Asy semula. Asy berhenti dari berjalan meninggalkanku.
Mya- "kenapa you pengecut ? Kenapa you tak nak fight demi I ? You rasa apa yang you buat ni semua betul ?"
Asy memusingkan badannya. "I cuma nak you bahagia"
Mya- "you buat I terseksa" aku berjalan mendekatinya lalu berdiri di hadapannya. "Sebulan I terseksa, tahan rasa perit dalam hati. Alasan you tetap sama, demi kebahagian I. Di mana kebahagian I ?!"
asy memandang tepat ke dalam anak mataku. "I tahu sayang."
Mya- "dan you buatnya sekali lagi ! Baiklah. Tinggalkan I."
Asy- "i tak akan buat keputusan yang bodoh untuk kali kedua Mya. Thats why I ask you apa tujuan you datang sini"
Aku terkedu. Apa maksud you Asy ? Aku tak dapat faham apa yang cuba Asy sampaikan dan lakukan. Aku memandang tepat ke dalam anak matanya. Aku dapat lihat dia juga terseksa sepertiku.
Asy- "macam ni la Mya. Meh kita duduk semula"
Aku menganggukkan kepalaku. Ya, pergaduhan dan marah tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini.
Asy- " now tell me sayang, apa tujuan you datang ke sini. I'm very sure yang you bukan datang sini hanya untuk bercuti "
Aku terdiam. Apa tujuanku datang ke mari ? Kenapa apa yang ku katakan berbeza dari apa yang hatiku inginkan ? Benar katanya, mulut hanya pandai menipu dan kalau tidak berjaga-jaga akan membinasakan diri sendiri.
" I.. I tak tahu". Aku rasa jawapan tu adalah jawapan yang paling selamat untuk dijawab buat masa ini.
Asy berlutut di hadapanku lalu memegang kedua-dua pipiku. Aku terdiam. Adakah memang benar Asy yang selama ini aku sayangi tidak pernah berubah ? Adakah benar dia juga terseka ? Kalau benar, mengapa dia terus melaluinya walaupun dia tahu kepulangannya amat aku nantikan ?
" you ada 4 hari lagi dekat sini kan ? Beri I peluang kedua. Dalam masa 3 hari, I akan cuba buat you percaya dan jatuh cinta semula dekat I. Hari keempat, you berikan jawapannya dan jikalau ketika itu perpisahan juga yang you inginkan, I terima " lalu mengucup pipiku. Dia senyum kepadaku lalu berjalan meninggalkan aku sendiri di situ.
Sekarang aku yakin peluang kedua harus aku berikan kepadanya. Berusahalah Asy. Cinta I untuk you tak pernah hilang dari hati ini. I akan tunggu you. Tetapi jikalau dia tidak berjaya, adakah aku sudah bersedia untuk berpisah dengannya ?
___________________________________
Assalamualaikum.. Sorry kerana lambat update. Harap anda suka untuk bab kali ini.
Read my new story, Projek Memikat Mr 2B !
Wait for the next chapter ! Xoxo!
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Teen FictionPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...