Aku berjalan ke arah tingkap. Adakah aku perlu pertahankan cintaku ? Adakah aku yang perlu menjadi penyelamat rumah tangga ku ? (Play the video :) )
Aku teringat akan peristiwa semalam.
"yes, dia teruskan plan dia sebab terikat dengan cabaran I and as you know, Asy seorang yang pantang dicabar" lalu duduk di sebelah Kyle.
"Apa maksud you Fifi ?", Kyle pula bertanya kepada Fifi. Bukankah aku yang sepatutnya menanyakan soalan itu ? Adakah Kyle juga tidak tahu tentang cabaran kali ini ?
Fifi tersenyum yang dibuat-buat. "Kyle tak tahu. Ini hanya antara I dan Asy. Masa tu kami baru habis kelas tambahan untuk persediaan SPM. Masa kami bertiga berjalan ingin pulang ke rumah, Kyle nampak you dan dia terus approach you. Kami berdua rasa kurang senang dengan perubahan sikap Kyle. It looks like you rampas Kyle dari kami.I'm so sorry to say that" lalu memandang Kyle. Kyle hanya mampu mengangguk.
"I cakap kat dia yang you ni not bad, cantik, pandai. Then Asy cakap you adalah hak Kyle. Then i cakap kalau dia mampu buat Kyle yang gila bayang dekat you tinggalkan you and you jadi milik dia, I akan respect dia, buat something yang dia suruh and belikan dia sebuah rumah yang dia idamkan. I never expect yang dia masih ingat kata-kata I yang I cakap dulu, yang I anggap ia hanya sebagai satu gurauan. " lalu tunduk memandang lantai.
Ok cerita ini lagi mengejutkan. Asy sanggup sakitkan hati aku, gunakan aku hanya untuk buktikan dia boleh buat semua cabaran dan dapatkan apa yang dia inginkan ? Aku sudah tidak dapat menanggung semua ini lagi.
Tiba-tiba fifi datang menghampiriku lalu melutut dihadapanku. "Maafkan I Mya. I tahu salah I. Maafkan I" lalu air matanya jatuh ke tanganku. Aku terus menggenggam tangannya, "hey dah dah. Its not your fault la. Ini salah Asy. I maafkan you" lalu senyum kepadanya.
Abang- "abang rasa kita patut cari Asy"
Aku, kakak, Fifi serta Kyle terus memandang muka abang. Apa abang merepek ni ? Tak mahu aku cari lelaki tak guna macam tu.
Kyle- "kenapa ?". Bagus soalan Kyle tu.
"Sebab abang tahu dia baik. Mya, Asy is the one of my friend. Sebab tu masa majlis birthday kakak, Asy ada datang. Pasal cerita bagaimana kami berkawan, Mya tak perlu tahu. Sekarang yang penting adalah Asy adalah seorang yang baik. Abang kenal Asy macam mana. Dia sayang kat Mya. Kita cari dia ye sayang" lalu mengusap kepalaku lembut.
Apa lagi yang aku tak tahu dalam dunia ni ?! Kenapa semuanya nak terbongkar sekarang ?! Aku menjerit kecil, "apa lagi yang Mya tak tahu !!"
kakak terkejut setelah mendengar jeritan aku lalu melatah, "kakak ada boyfriend !". Selepas dia sedar apa yang dia cakap, kakak terus menutup mulutnya.
Kami semua memandang muka kakak. Kakak terus tertunduk malu. Aku yang terkejut dengan latahan kakak terus tergelak besar di ruang tamu. Kakak melatah ! Kantoi sudah hahaha.
Kyle terus memandangku dan pandangannya tidak lepas dari mula aku gelak. Aku terus tertunduk malu. "You kenapa pandang I macam tu ?"
Kyle senyum. "Patutlah Asy sanggup rampas you dari I". Aku terus blushing. Ayat dia terlalu mendalam maksudnya ! Dan sebab ini juga la Asy sanggup tinggalkan aku. Emm.
Abang- "bro rasanya tak perlu dah kot ayat adik aku. Dia hak Asy sekarang"
seriously abang ? Haiyooo. Dengan Kyle pun dia nak protect adik dia lebih lebih. Kyle tersenyum sahaja.
Kyle- "rasanya betul cakap abang you. We need to find him. Mya, i baru tahu rupanya you lah gadis yang setiap hari dia bercerita kepada I. Rupanya you la gadis yang dia cari sejak pertama kali kakinya menjejaki bumi Istanbul dan you la gadis yang buat dirinya tidak ada girlfriend sehingga hari ini. Sebenarnya dalam hal ini, i yang rampas apa hak kawan I"
Fifi- "betul Mya. You are the girl that makes Asy dont have any girlfriend until now. Kami pernah tanya dia kenapa dia tak nak pilih sahaja salah seorang dari peminatnya untuk menjadi kekasihnya dan jawapan dia tetap sama" lalu tersenyum kepadaku.
Apa jawapan dia ? Ala jangan buat aku tertanya-tanya.
Mya- "apa jawapan dia ?". Kene juga tanya ! Aku nak tahu.
Fifi tergelak kecil. "Jawapan dia adalah i just want my Sera"
Aku terdiam. Sera ? Nama panggilan yang diberikan oleh Asy untuk aku ketika kami bersekolah di sekolah tadika dahulu. Ye, dia lah sahabat baikku ketika tadika dahulu. Dan patut la dahulu dia pernah tersasul panggil aku Sera !
Adakah alasan itu sudah cukup untuk aku pergi mencari Asy ? Ya tidak dinafikan kasih dan cintaku terhadapnya tidak pernah luntur tetapi rasa kasih itu digoyahkan dengan perasaan benci dan marah terhadapnya yang hanya menganggap aku sebagai satu cabaran.
Aku tidak pernah terfikir seorang lelaki yang baik dan sweet seperti dia sebenarnya mempunyai pelbagai muslihat. Rupanya dia pandai menyimpan segala rahsianya daripada terbongkar. Selama sebulan lebih kami menjadi suami isteri, dia tidak pernah sekali pun menceritakan semua ini kepadaku.
Adakah aku yang terlalu naif untuk memahami semua ini tanpa diberitahu ? Adakah aku yang terlalu bodoh kerana terlalu percaya dengan kata-katanya ?
Aku yakin bahawa kata-katanya selama ini adalah ikhlas dari hatinya. Bak katanya, "mata tidak pernah menipu".
Cuma adakah kata-katanya selama ini itu jujur ? Adakah masih ada sifat jujur di dalam dirinya ? Ya aku benci orang menipu tetapi aku tidak mampu membenci orang yang aku sayang. Adakah cadangan untuk mencarinya itu satu cadangan yang bernas ?
Aku pandang muka abang. "Nak cari dia dekat mana ?". Ya aku terlalu rindukan dia. Aku rasa ini adalah satu cadangan yang bagus. Aku perlukan penjelasan darinya. Kalau perpisahan yang dia mahukan, jangan biarkan aku seperti layang-layang tak bertali. Lepaskan aku secara sah. Aku sudah tidak sanggup bermain dengan hati dan akal aku sendiri.
Fifi- "I tahu dia dekat mana"
Kami semua terus memandang muka fifi.
Kakak- "dekat mana ?"
Fifi- "New York"
Kami semua ternganga. "New York ?!" Aku bertanya semula. Fifi mengangguk. "Salah satu tempat kegemarannya adalah New York" dan Kyle mengangguk.
Abang - "so Adik nak cari Asy ?"
Aku terdiam. New York ? Adakah aku sanggup pergi sejauh itu hanya untuk mencari Asy dan membetulkan keadaan semula ? Atau hanya menunggunya pulang ke tanah air sahaja ?
__________________________________
Adakah Mya akan pergi ke New York mencari Asy ?
Wait for the next chapter ! Vote ok ! Xoxo
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Teen FictionPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...