Aku berjalan di dalam tamanku. Menghirup udara segar di pagi hari amat menenangkan fikiranku. Aku melihat jiran di kiri rumahku. Aku tersenyum apabila melihat si suami berlari bersama anak lelakinya manakala anak perempuannya membantu ibunya menyidai pakaian di ampaian. Walaupun sudah bertahun aku duduk di sini, aku tetap tidak tahu nama jiran-jiran di sini. Bahkan jiran di sebelah rumah ini juga tidak pernah aku terfikir untuk bertegur sapa.
Tiba-tiba terdetik di dalam hatiku untuk menegur mereka. "Assalamualaikum"' aku mulakan perbualan. Mereka berempat terus memandangku lalu senyum kepadaku. "Waalaikumussalam dik. Ya ada apa ?" tegur si isteri. Aku tersenyum semula, "Tak ada pa, saja tegur. Saya duduk sini dah lama tapi tak pernah tahu nama puan sekeluarga".
Si isteri terus meletakkan baju ditangannya ke dalam bakul lalu mendekatiku. Ada pagar yang memisahkan kami berdua. Aku menghulurkan tangan kepadanya apabila dia sudah berada di hadapanku. "Maaflah pagar ni buat puan terpaksa menjengket.". "tak ada la dik. Tak payah panggil akak puan. Panggil je akak Leha. Adik ni isteri Asy kan ?"
Aku mengangguk. "Ha. tu suami akak. ni anak-anak akak.". Aku tersenyum semula. "tak apa la dik. Akak nak kena sidai baju cepat. Kami nak keluar sekejap lagi. Ada masa nanti, kita sembang lagi". Aku mengangguk, "baik kak". Aku melihat anak-anaknya berlari di laman mereka.
Gelagat mereka buat aku tersenyum sendirian. Seronoknya jika ada anak. Dapat bermain bersama, tolong aku sidai baju. Bilakah aku akan dapat merasai semua ini ? Tiba-tiba ada tangan yang memelukku dari belakang.
"comel kan ?". Aku memukul lengannya. "Lepas la. ish malu la jiran tengok". Asy tergelak kecil lalu berbisik "tak mahuuu". Aku masih memukul lengannya agar melepaskanku. "Asyraff lepas la. Tak elok la jiran tengok". Asy mengetatkan pelukkanya. "biarlah. Ha diorang dah masuk rumah pun. Apa lagi alasan you nak bagi ?"
Aku mengangkat kedua-dua tanganku ke udara. Baik, aku kalah !. Asy tergelak semula. "Comel kan ?". Aku mengangkat keningku. "Apa yang comel ?". Tiba-tiba sahaja mengajukan soalan yang aku tidak tahu pucuk pangkalnya. "you la comel" lalu mencubit kedua-dua pipiku.
"Sakit la !!". Asy sudah berlari ke belakang rumah. Aku mengejarnya. "Uwerk tak dapat !", sengaja dia menyergah. Aku mengejarnya lagi dan akhirnya aku hilang keseimbangan badan apabila berada di tepi kolam lalu jatuh ke dalamnya. "you tengok apa you dah buat ?!" lalu aku menepuk air dengan kuat.
Asy sudah tergelak besar lalu menyangkung di tepi kolam. "Mya sayang, memang itu tujuan sebenar I. Dulu I ajak elok-elok, you tak nak. Tunggu I buka..." Belum sempat ayatnya bertemu penghujung, aku sudah berlari keluar kolam lalu menjerit, "Tak mahuuuuu !"
Seusai membersihkan diri, aku mencari Asy di ruang tamu tetapi tiada. "Bukan tadi dia tak mandi ke ? Baik aku check dekat luar". Aky berjalan ke laman dan langkahku terhenti apabila melihat Asy yang sedang lap rambutnya yang basah dengan hanya memakai seluar pendek tanpa berbaju. Aku memusingkan badanku. "tak reti malu ke Adi Asyraff ?". Tiada sahutan.
Aku memusingkan badanku dan aku mengundur setapak kerana terkejut Asy sudah berdiri di belakangku. Asy mendepakan tangannya. Aku mengundur setapak lagi. "tak mo la. I baru je mandi", aku merengek kepadany. Dia sudah tergelak kembali. "Comel nya sayang merengek.". Aku membuat muka pussycat, "tak mo la. I baru je tukar baju"
Tanpa sempat aku berbuat apa-apa, si dia terus memelukku. "haaa haih apa ni youuu". Si dia membalas, "You comel sangat laaa. I tak tahan nak peluk you" lalu menolak pipiku lembut. "You stop la tonyoh pipi I !", aku merungut kepadanya.
"tak boleh. Tembam sangat plus cute sangat". Aku sudah tidak tahan. Dari tadi dipuji comel. Parah sungguh apabila Asy mula mengingati segala tentang kami. Aku menolaknya kebelakang. "Sudah means sudah Adi Asyraff !". Asy terdiam.
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Teen FictionPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...