Dia gadis bertudung merah ~ hatiku tergoda tergugat ~
Haih, pagi-pagi dah memekak dah telefon Asy ni. Ada emergency ke apa ni. Jangan lah ! Saya nak duduk rumah dengan hubby saya.
Sedang aku ralit membasuh pinggan, Asy dari jauh memanggilku. "Sayang, telefon sape yang bunyi tu ? Cuba la angkat ". Aku yang sedang mengunyah makanan terus tersedak. Apa benda suami aku ni ? Telefon dia yang bunyi pastu suruh kita pula yang angkat macam yang bunyi tu telefon kita.
Ok aku dah tak boleh berhenti batuk sebab tersedak tadi. Tiba-tiba aku rasa satu tangan mengusap lembut belakangku. "Sayang ok tak ni ? Kenapa tadi ? Macam mana boleh batuk sampai macam ni ?".
Aku memandang muka Asy lalu senyum sebagai tanda aku membalas "im fine". Aku menunjukkan telefonnya yang dok berjoget atas meja.
"La telefon I ke. Haha ok thanks" lalu mengucup pipi ku. Haih dia ni. Suka mengambil kesempatan !
"Ye waalaikumussalam dik. Ha kenapa call ? Ye kat rumah. Eh kenapa dengan wan ? Dik ? Dik ?!" Lalu asy memandang skrin telefonnya dan mukaku silih berganti. La ada apa pula tu ?
Aku dari jauh menegurnya. "Kenapa tu ayang ? ". Aku malas nak pergi dekat sebab tengah lap tangan yang basah. "You kemas baju. Kita balik kampung sekarang." Nada suara Asy sungguh serius. Dia tidak pernah lagi menggunakan suara itu ketika bercakap dengan aku.
Dek kerana terlalu takut dengan suara Asy, aku terus bangun dari kerusi lalu 'konon-konon' nya ingin berjalan laju ke dalam bilik. Tetapi aku telah salah perancangan. Aku tersepak kaki meja dan terus terduduk di atas lantai.
"Aduh eiy macam mana tersepak ni. Ya Allah ! Jari dah merah". Aku membebel sendiri. Asy dari jauh datang menghampiriku. "You ni dah kenapa ? Kaki meja pun tak nampak ke ? Punya besar depan mata tu" sambil berdiri sahaja di tepiku.
Asy tak pernah macam ni. Selalunya dia akan duduk di tepi ku lalu memujukku dengan layanan yang manja. Tanpa aku mahu, air mata ku jatuh berguguran. Aku mampu diam sahaja.
Asy berlalu pergi meninggalkanku. Ya Allah, kenapa rasa sakit sangat kat hati ni ? Kenapa air mata tak berhenti turun ?
Sedang aku melayan perasaan di temani kaki meja, Asy datang ke tepi ku semula lalu duduk disebelahku.
Asy mengambil kedua-dua tanganku lalu diletakkan di kedua-dua pipinya. "Sayang I minta maaf. Im so sorry. Sayang maafkan I. I tahu I salah. I terlalu risaukan wan. Sayang. Stop la nangis. I rasa macam setitik tangisan you gugur seperti setitik cinta you terhadap I gugur.I tak nak kehilangan you sayang. I tak sanggup laluinya lagi" lalu mengucup pula kedua-dua tanganku.
Kalau tadi aku menangis kerana sakit jari dan berkecil hati, kali ini aku menangis kerana terlalu terharu. Cepat betul dia sedar kesalahan dia. Hahaha. Orang lain makan masa satu hari untuk sedar.
Aku menarik kedua-dua tanganku dari tangannya. Asy terkejut lalu memandang mukaku. "Sayang, you tak maafkan I ke ?". "You kalau bab drama pandai" lalu mencuit hidungnya. Tak nak lalui lagi konon. Macam sebelum ni pernah kehilangan aku.
Asy tersenyum kembali. "Ok atas denda kesalahan I tadi, meh I dukung you masuk bilik and I kemaskan baju. Ok ?". Wah macam best je denda dia ni. Haha. Pemalas punya isteri ! Aku mengangguk.
Asy mendukung ku masuk ke bilik lalu meletakkan ku di atas katil. Selepas dia memeriksa jariku, dia terus mengambil beg di bilik sebelah dan mulakan packing baju.
Ketika di dalam kereta, asy asyik menanyakan tentang jari kaki ku. Risau betul dia ni. Tadi marah-marah.
Setibanya kami di kampung halaman Asy, banyak kereta sudah memenuhi perkarangan rumah wannya. Aku pula sudah jatuh cinta dengan permandangan di kampungnya. Ada sawah padi, ada itu, ada ini.
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Teen FictionPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...