"Mana Asy ? Lama sangat ni dia keluar. Dah pukul 8 malam tak balik- balik lagi ni. Call tak angkat, sms tak reply. Suka buat aku risau la dia ni". Aku duduk di sofa, menunggu dia pulang.
Mana aja Asy pergi ? Dari tengah hari tadi dia hilang. Katanya keluar petang tetapi keluar tengah hari lepas tu sampai sekarang tak balik. Baik aku tunggu sini sampai dia balik.
Aku duduk di sofa sambil menonton televisyen dan setiap kali dengar bunyi kereta, aku melihat ke tingkap tetapi bukan dia. Aku tidak sedar bahawa akhirnya aku tertidur di atas sofa.
Apabila aku bangun, aku lihat aku berada di atas katil. Aku duduk di atas katil lalu menggeliat. Jap macam mana aku ada atas katil ? Ha ! Mesti Asy dah balik ! Ya Allah rindunya dia.
Aku berlari keluar dari bilik tetapi dia tak ada. Aik ? Aku pergi ke dapur, tiada juga. Aku pergi ke laman, dia tiada juga. Aku mengambil keputusan untuk melihat di bahagian depan dan ya, kereta dia tiada di garaj. Dia pergi mana ?
Aku masuk semula ke dalam bilik untuk mengambil telefon. Dia pergi mana ? Dia tak tahu ke aku rindu sangat dekat dia ?
Ketika aku duduk di atas katil, aku mencari telefon aku. Eh mana pula perginya ? Aku mencari di tepi katil juga tiada. Oh dalam bilik sebelah kot.
Aku pergi ke bilik sebelah dan ya, telefonku berada di atas sofa di dalam bilik itu. Ketika aku berjalan ke dalam bilik untuk mengambil telefonku, aku terlihat pintu almari baju Asy tidak tertutup rapat.
Aku tidak tahu kenapa tetapi aku merasakan sesuatu yang pelik dan menarik perhatianku untuk melihat di dalam almari baju Asy. Apabila aku membuka pintu almari Asy, aku terus terduduk di atas lantai. Kosong ! "Ke.. ken.. kenapa kosong ?"
Aku melihat beg yang dulunya diletakkan di atas almari baju ku, juga hilang. Aku bangun dan terus berjalan ke bilik. "No no. Fikir baik Mya. Asy tak pergi mana-mana"
Ketika aku duduk di hadapan meja solek untuk menelefon Asy, aku terpandang satu sampul surat di atas meja itu. Aku terus membuka surat itu dan membacanya. Sejurus aku membaca perenggan pertama surat itu, air mataku telah gugur ke bumi.
Assalamualaikum sayang.
I tahu you pasti sedang cari I sekarang. I minta maaf dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. I tahu apa yang I buat sekarang sedikit sebanyak akan mengejutkan you but i've to do it. For you own happiness.Sayang, i want you to know that i really love you. Demi kebahagian you, i sanggup berkorban apa sahaja. I terpaksa pergi dari hidup you. You tak perlu cari I kerana I berada jauh dari you. Cukup jauh dari mengganggu kebahagiaan, kehidupan you. Teruskan hidupmu bersama orang yang you sayang, cinta dari dulu.
Untuk yang terakhir, maafkan I untuk segalanya. I tahu kesalahan I, mungkin you tak akan dapat maafkan. Macam you cakap, you benci orang menipu dan ya, itu I. Dan untuk penutup bagi ayat I yang akan menjadi ayat I yang terakhir buat you is i love you.
Aku terus melipat semula surat itu dan mencari nombor Asy di dalam telefonku tetapi tiada. Aku mencari beberapa kali dan masih jawapannya tiada ! Siapa pula yang buang nombor Asy dari telefonku ? Jangan cakap... Asy sendiri ! Ya Allah apa dosa ku terhadapnya sehingga dia sanggup buat begini kepadaku ?
Air mata ku tidak dapat berhenti mengalir dari tadi. Aku telefon mama. Mungkin mama tahu di mana Asy berada. Aku perlukan penjelasan.
Mya- "mama ? Ma... mya nak tanya ni.." aku tidak mampu bercakap dengan lancar kerana tangisanku lebih kuat dari suaraku.
Mama- "eh sayang kenapa ni ? Kenapa menangis ni ? Cerita kat mama cepat"
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
أدب المراهقينPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...