" siapa dia ?" Lalu duduk di kerusi kayu di belakangku. "I tanya and I nak you pusing menghadap I sekarang". Aku menghembus nafas untuk mencari kekuatan sebelum pusing menghadap Asy. Kepalaku tunduk memandang lantai. "I tak suruh you pandang lantai. Muka I dah tak cukup kacak ke ?" Lalu menyilangkan tangannya. Aku mengangkat kepalaku memandangnya.
"Yo.. Yo.. You tak marah ?", tergagap aku bertanya. Dia tersenyum manis. "Tak sayang. Meh come here. Duduk dekat I" lalu menepuk lembut pehanya. Aku tersenyum manis lalu berjalan ke arahnya. Setelah duduk di atas pehanya, Asy berkata "Amboi, you makan batu ke apa ni ? Berat semacam". Aku mengeluh lalu ingin bangun. Terus Asy menarikku agar duduk semula dan memegang tanganku. "I gurau la. Jadi siapa dia yang sedap sangat suara sampai you puji ?"
Aku mendiamkan diri. "Sayang, are you crying ?" Lalu menyuruhku memandangnya. Aku duduk di kerusi di hadapannya. "Hey hey whats wrong ? Who is he ? Did he do something bad to you ?". Aku menggelengkan kepalaku. "Tell me siapa dia. Biar I tumbuk dia sampai tak bermaya" lalu menggenggam tangannya. Aku memegang lembut tangannya, "you cant meet him".
Asy membuat muka pelik. "Why ? Dia dekat luar negara ?". Aku memejamkan mataku, "dia dah pergi jauh". Asy terdiam. Air mataku turun semula seperti hujan lebat yang membasahi bumi. "jauh mana ?", Asy bertanya. "nama dia Zakwan Fikri. Orang semua panggil dia Fik. Arwah ni dulu periang, selalu ceria, kelakar, sopan dan yang paling penting, dia ni setia". Asy menyandar di kerusinya. "Tell me more about him". Aku memegang telefon lamaku. "Telefon ni arwah yang pilih. Dia kata telefon ni sesuai dengan I. I rapat sangat dengan dia sampai semua orang kata kami pasangan kekasih. I tak kisah sebab bagi I, apa pun orang cakap, dia tetap sama. Tetap baik. I pun tak kisah kalau orang kata kami kekasih sebab siapa yang tak nak jadi kekasih dia, baik, rupa pun ada. Dia pergi sebelum I kenal you. Sebulan sebelum I kenal you. Dia pergi, bawa sekali semua semangat I. I menangis setiap malam sebab teringatkan dia. Fik meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Arwah yang sedang memandu kereta dilanggar oleh sebuah lori yang ingin memotong sebuah kereta lain tetapi gagal. Fik gagal mengawal keretanya lalu terbabas melanggar sebuah pokok di tepi jalan. Fik meninggal di tempat kejadian sebab cedera parah. Lagi buat sayang sedih sebab sayang baru tahu yang dia memandu kereta malam tu untuk jumpa dengan sayang. I teringin nak makan spaghetti carbonara tetapi tidak diberi izin untuk keluar. Dia yang baik hati sanggup hantar sampai rumah.".
"Sayang, kenapa tak pernah cerita semua ni dekat I ?", tanya Asy. Aku memandang wajahnya. "Kenapa?". Asy membuat muka kesal. "Kalau I tahu, I akan datang kepada you awal sebulan sebelum dia pergi agar I jadi penggantinya". Aku menyeka kasar air mataku, lalu mencubit pehanya. "Haa main-main pula dia ni ! Orang sedih tau", lalu membuat muka seperti budak inginkan mainan. Asy tergelak, "I tak mahu you sedih. Sayang mana pun you kat dia, rindu mana pun, setia ke baik ke, you tak boleh menangis. kalau dia pergi, baru you rasa separuh semangat you hilang, tetapi I, baru tengok you menangis, rasa macam semua semangat I hilang. You kene ingat, you hak I, tanggungjawab I. Apa pun yang you nak buat, you kene minta izin I. Ada minta izin dekat I nak menangis ni?" lalu mengangkat sedikit keningnya. Aku terdiam. Asy tersenyum manis kepadaku. "dengar sini. I tak akan halang you untuk lakukan apa sahaja yang you minat, you suka. But please sayang, don't cry. belakang I pun, I tak izinkan untuk you menangis. I tak nak rupa you yang lawa, cantik, manis ni dikotori air mata yang datangnya dari hati you yang pilu atas sebab yang I rasa tak penting untuk you bazirkan air mata mutiara you. Even kalau I sendiri tiada di sisi you lagi, tolong jangan menangis."
Aku menghentakkan kakiku. "apa cakap macam ni. I tak suka la". Asy memegang tanganku semula, "I tahu I dah banyak buat salah dekat you. I tahu I dah banyak sakitkan hati you. I juga tahu I dah tak se'sweet' dahulu. Tapi you kene tahu yang cinta I tak pernah berkurang untuk you. I sedar masa I dengan you dah semakin kurang. Masa you berseorangan semakin bertambah.Tetapi itu tidak bermakna you boleh imbau semula kenangan you dari baby sampai buat you bersedih". Asy menyentuh perutku, "Maafkan ayah ya sayang. Ayah tak perasan terbiarkan ibu menangis. Nanti sayang keluar, jangan babap ayah tau. Ayah cuba pujuk ibu elok-elok". Aku memukul lengannya, "Sayang, keluar nanti, babap ayah kuat-kuat. Ayah buat ibu tak boleh berjauhan dengan ayah. dah la ayah selalu sibuk. Ayah ni jahat tau". Asy mendepakan tangannya, "alolololo meh peluk ayah meh". Aku menjeling Asy tetapi kaki tetap melangkah ke arahnya. Asy mencuit hidungku, "jangan menangis lagi ok ? Buat jari macam emoji whatsapp tanda ok". Aku tergelak besar. Aku memandang ke arah kotak di atas meja dihadapanku. Biarlah ia menjadi kenangan sahaja. Walaupun aku tidak tahu siapa pengirimnya. Aku tidak memarahi si pengirim bahkan berterima kasih kerana dia telah membantuku untuk jujur dengan Asy.
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Teen FictionPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...