"If I got locked away ~ and we lost it all today, tell me honestly ~ would you still love me the same ~". Wah happy aku hari ni. Masak sambil menyanyi ! Hari ini Asy ingin membawa ku ke hospital untuk memperkenalkanku kepada pesakit- pesakitnya yang comel!
"If I showed you my flaws, If I couldnt be strong, tell me honestly, would you still love me the same " , aku sambung menyanyi lagu Locked Away. Tiba-tiba aku mendengar suara Asy sedang bernyanyi sambil berjalan menghampiri ku. kacau jela dia ni !
"Yes i will dear" lalu mengucup pipiku. Tak sempat aku nak elak la dia ni !
"Masak apa tu sayang ?" Lalu duduk di meja makan. "I tak masak". Saja nak bermanja dengan suami tercinta pagi ni.
Asy- "habis tu you buat apa ?" Sambil memegang perutnya.
Mya- "you pregnant ke ?" Aku berseloroh. Hahaha ! Merepek apa la lelaki mengandung Mya oi.
"Apa dia ?!" Asy terus menghampiriku lalu mengeletek pinggangku. "Pregnant ya. You tu yang patut pregnant." Aku yang sudah tidak tahan terus berlari ke arah ruang tamu.
Mya - "boleh je pregnant"
Asy terus berhenti mengejarku. "Ha kalau macam tu jom la". Aku menggaru kepala. Jom ?
"Jom pergi mana ?". Aku bertanya. "jom la mencuba" lalu mengankat keningnya. Eiy ! Aku paling tak suka cakap benda ni !
"Apa dia cuba cuba ? Meh nak cuba ketam i ?" Sambil membuat gaya ingin mencubit.
Asy angkat kedua-dua tangannya ke udara sebagai tanda kalah. Ha baru tahu !
Tiba-tiba telefon Asy berbunyi. Dia melihat screen telefonnya lalu memandang muka ku. "mama call".
Mya- "mama sape ?". Main cakap mama. Macam aku tahu mama siapa.
Asy menepuk dahinya. "You kalau slow, slow habis. Kalau pandai, pandai habis" dan terus menjawab panggilan 'mama'. Aku terus bercekak pinggang.
Setelah 10 minit memerhati Asy bercakap dengan mama, baru Asy berhenti dari bercakap dengan telefonnya.
"Youuuu ya Allah" asy menjerit sebaik sahaja matikan telefon.
Ha sudah. Kenapa pula ni ? "Ye you kenapa ni ?" Aku mendekati dirinya.
"Youuuuu ya Allah" asy masih bercakap benda yang sama. Suami aku ni kenapa.
"Ye sayang. Kenapa ni ?" Aku menariknya lalu duduk di atas sofa.
"I love you ~" lalu mengenyitkan matanya. Aku pukul lengannya. "Nakal !"
"Mama mana yang call tadi ?" Aku bertanya selepas kami makan tengah hari.
"Err mama err. You I nak tengok tv la" dan terus ke ruang tamu. Aih, kenapa pelik sangat dia ni ? Aku tanya mama mana je. Siap tergagap gagap lagi bila bercakap.
Aku ke depan lalu duduk di atas sofa. "You mama mana call you ?" Aku bertanya lagi. Curious sangat.
"err mama la. Mama kita" sambil tetap memandang televisyen. Aku melihat ke skrin televisyen. Rancangan menghias laman ? Sejak bila Asy minat rancangan ni. Haaa mama mana ni ?!
"Adi asyraf. Baik cakap sekarang mama mana. You ada girl lain ke ?!" Aku terus berdiri dan bercekak pinggang.
Asy mengelap peluhnya di dahi. "Mana ada sayang. I setia kat you la. I love you ~" dengan suara memujuk.
"Sekarang bukan masanya nak i love you semua. Baik cakap dengan I sekarang mama mana ?!". Tahap cemburu ku sudah sampai ke kemuncak. Mama mana ni ?!
"sayang calm down. Duduk dulu sayang meh" asy cuba memegang tanganku tapi aku lebih pantas.
"Ok fine ! Dah ! You jahat !" Aku terus mengambil kunci kereta dan keluar dari rumah. Asy tidak sempat memberhentikan kereta ku.
Ketika di dalam kereta, air mataku turun seperti hujan yang lebat. Aku tidak pernah sangka rumah tangga yang baru di bina telah dikotori dengan kecurangan Asyraf. Aku sudah cinta separuh mati dengannya dan ini yang dia balas. Kau bodoh Mya ! Bodoh sebab terlalu cepat mencintainya. Tapi dia suami aku ! Ya Allah apa salahku sehingga aku diuji begini.
Asy sudah meninggalkan 30 missed call dan aku hanya biarkan sahaja. Aku tidak mahu ada kaitan dengan Asy lagi. Aku paling pantang dan benci bila berkaitan curang.
Dari pagi tadi sampai sekarang aku berada di mall ini. Sekarang sudah pukul 8. Tiba - tiba telefon ku berbunyi. Kali ini aku terasa ingin melihat siapa si pemanggil. Eh mama ! Nasib baik aku tengok. Aku mengelap air mataku.
"Hello assalamualaikum ma. Ye mya sihat. Asy ? Err".'aku nak jawab apa ni'. Dengan suara sengau sebab terlalu lama menangis. Ya Allah jangan la mama perasan suara aku ni.
"Ye ma. Eh tak berangan. Ha kenapa mama call ?". Aku kene ubah topik ni cepat sebelum mama tanya lebih-lebih.
"Apa ma ?! Papa pengsan ?! Ya Allah ha ok sekarang juga Mya balik rumah". Aku terus memandu dengan laju ke rumah mama ku.
'Aih kenapa gelap semacam je ? Semua pergi hospital ke ?'. Aku terus masuk ke dalam rumah kerana terlalu risau dengan keadaan papa.
Di dalam rumah juga gelap. Kenapa tak buka lampu ? Ketika aku ingin membuka lampu, tiba-tiba ada tangan yang menutup mulutku dan memeluk pinggangku. Aku ingin menjerit tetapi tidak mampu.
"Diam. Kalau nak selamat" lalu dia membawa ke ruang tamu. Suara lelaki ! Ya Allah selamatkan aku ! Aku sudah mula menangis.
Tiba-tiba lelaki itu memusingkan ku dan mengucup mulutku. Aku menolaknya tapi tidak mampu. Dia memelukku terlalu kuat. Di dalam hati aku sudah meraung kerana aku telah disentuhi oleh lelaki selain suamiku. Aku mula rasa menyesal meninggalkan suamiku pagi tadi.
Tiba-tiba lampu terbuka. Aku terkejut kerana lelaki yang mengucupku adalah Asy !
Dia menyeka air mata ku. "sorry pasal pagi tadi. Niat I nak bergurau sahaja. Tak sangka jadi macam ni. Sorry ye" lalu memelukku. Ya Allah kau ni terlalu berfikiran negatif tentang suamikau Mya !
Aku membalas pelukkan Asy. "Rindu I ke sayang ?" Asy bertanya.
"Rindu sangat sangat sangat." Aku membalas.
"Sudah la tu dengan drama kome. Dah meh makan malam. Mama yang call dia tadi Mya. Nak tanya fasal Mya tu je" lalu duduk di meja makan.
Ya Allah ! Semua ada rupanya. Muka ku sudah merah menahan malu. Tula tak reti behave lagi !
"Dah tak yah malu sangat. I miss you more. Jangn buat lagi tau" lalu menarikku ke meja makan.
Salah kau Mya ! Salah kau. Kau yang rugi. Hahaha !
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
أدب المراهقينPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...