"Sayang" Aku mencari dari mana suara itu datang. Aku berjalan melihat sekelilingku. Mengapa semuanya putih ? "Sayang". Aku dengar lagi suara itu. Dari manakah suara itu datang ? Aku cuba menolak sesuatu yang berat dan berwarna putih di hadapanku. Apakah ini ? Aku di mana ?
Seingat aku, sebentar tadi aku sedang berjalan ke dapur untuk minum air. Apa yang telah terjadi ? "Tak semua orang lalui apa yang anda sedang lalui. Hargailah dan tabah menghadapi segala ujian". Suara itu samar-samar kedengaran. "Siapa awak ?" Aku bertanya tetapi tiada yang sahut.
Aku terasa sakit di tangan. "Ha sayang ya Allah sedar pun." Aku membuka mataku. Di mana aku ? Sebentar tadi duniaku kelihatan putih. Mengapa sekarang sudah berwarna warni ? Aku ingin memegang tanganku tetapi dihalang oleh Asy. "Sayang boleh sabar tak ? Doktor tengah ambil darah you". Mataku seperti tidak dapat lari dari memandang lelaki di hadapanku. 'Handsomenya. Kan best kalau dapat jadi girlfriend doktor ni",monolog hatiku. Eh kejap ! La ni Asy !
"Sayang kenapa ni ?". Aku tersengih sendiri. "Tak ada papa. I kat mana ?". "You kat hati I", lalu tersenyum manis. Jururawat yang sedang berdiri di sebelahku tersenyum senang. "You fikir sweet la ?", aku menjawab. Asy dengan selambanya, "tak. Tak sesweet senyuman you" lalu mengenyitkan matanya. Ya Allah, apa kena dengan Asy ni ?!
"Adi Asyraff I serius". "Pernah ke I main-main mencintai you ?", lalu mengangkat keningnya. Ya Allah, memang nak kena pukul mamat ni. "Malas layan you. Doc, kenapa I dekat sini?". Asy tergelak melihat reaksiku. Doktor turut tergelak melihat drama murah ini. "Syoknya ber-pickupline dengan husband sendiri ?"
Aku duduk, bersandar di kepala katil. "Tak doc, tak langsung", aku membalas. "Yeke sayang ? Ke you nak I buat pickupline lebih hebat ?". Aku memukul lengan Asy lalu menyuruh dia senyap. Asy membuat muka kerana sakit dipukul olehku.
Doktor tersebut duduk di kerusinya di dalam bilik itu. "Asyraff, duduk sini sekejap", dengan nada serius. Aku turut terkejut mendengar nada suaranya. Adakah aku berpenyakit ? Aku cuba untuk turun katil tetapi dihalang oleh Asy. "Tak apa Adi, you just help her to come and sit here." Aku tersenyum menang.
Doktor melihat wajah kami berdua silih berganti selepas aku duduk di hadapannya. "I have an important news to tell you guys about you, Mya". Aku terdiam. Wajah Asy turut berubah menjadi serius. "Ke.. Kenapa ya doc ?", tergagap aku bertanya.
Doktor tersebut mula bersandar di kerusinya, " saya tak tahu nak cakap macam mana. Awak ada alami banyak simtom-simtom kan ? Macam pening, dan sekarang awak pengsan". Aku mengangguk perlahan.
"Kenapa ni Sue ? Kenapa dengan wife I ?". Aku memandang Asy lalu mencubit pehanya. 'I you' ya. Asy terjerit kecil kerana sakit. "Your wife actually..". Aku menunggu sambungannya.
"Saya rasa awak berdua patut mula mendekati diri kepada Allah". Aku tersandar lemah di kerusi. Adakah ini bermaksud nyawaku sudah tidak lama ? Adakah ini bermaksud aku sudah tidak lama hidup di dunia ini ? Aku memandang wajah Asy. Asy seperti tidak percaya dengan apa yang kawannya memberitahu sebentar tadi.
Asy terus bangun lalu keluar dari bilik itu. Kawannya terkejut melihat reaksi Asy. Sekarang tinggal aku berdua bersama dengan doktor di dalam bilik itu. Ketika itu juga, segala kenangan yang telah aku lalui bersama Asy kembali di ingatan. Aku teringat akan kenangan pahit juga manis yang telah aku lakar bersamanya. Adakah begini penghujungnya. Aku perlu tahu apa yang sedang berlaku sebenarnya !
Aku memandang wajah doktor itu. Cantik dan manis. "Doktor, apa yang sebenarnya berlaku ?"
_______________***__________
Asy yang berada di ruang menunggu duduk di sebuah kerusi sambil mengurut dahinya. 'Apa sudah jadi Asy. Apa sudah engkau lakukan. Kau suami tak guna ! Kau tak reti jaga isteri sendiri. Aku tak mahu kehilangan Mya. Cukup setahun lebih aku sengsara tanpanya. Aku sudah banyak berbohong kepadanya. Banyak sungguh dosa aku kepadanya. ', monolog hatinya. Asy mengangkat kepala apabila mendengar bunyi pintu bilik terbuka. Mya sedang tersenyum ke arahnya. Mya, kau sungguh tabah. Aku rasa ini lah masanya.
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Ficção AdolescentePertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...