"Selamat pagi abah, mama" aku menggeliat keluar dari bilik. Sedapnya tidur ! Tak sangka bilik bawah ni pun best.
"Selamat pagi.. Mya ?" Abah memandang muka ku dan bilik silih berganti. "Kamu tidur situ malam tadi ?" Papa membuat muka inginkan jawapan yang pasti. Aku menggangguk. Biasa la, mamai. Mana mampu berfikir dengan waras.
Abah menarik ku pergi ke arah tangga lalu berbisik "nasib mama tak nampak. Kalau tidak, bergegar rumah ni pagi ni. Dah pergi naik atas, mandi, kejut suami kamu pastu turun sarapan bersama. Haih anak bongsu abah ni. Perangai tak pernah berubah. ". Aku senyum kepada abah lalu naik ke atas. Thanks abah ! Sayang abah !
Aku masuk ke bilikku tanpa mengetuk pintu. "La tidur lagi suami aku ni." Lalu aku dapat satu idea jahat. Nasib kau la Asy. Aku ambil air paip lalu simbah ke mukanya. Splash !
"Ya Allah ! Mya ! Apa ni ? Habis basah baju I !!". Naga dah mengamuk ! Aku ketawa sakan. Padan dengan muka hang !
Tiba-tiba Asy bangun lalu menolak Mya jatuh ke atas katil. Ha sudah ! Mati aku macam ni. "Sorry la. Ye I salah." Terketar aku bercakap. Asy mula merapatkan wajahnya ke wajah Mya. Ya Allah, apa dia nak buat ni ?!
Aku tutup mata sebab takut dengan perkara yang akan berlaku sekejap lagi. Tiba-tiba aku rasa katil ni bergegar. Aku membuka mata. Rupanya Asy sedang ketawa sambil memegang perut.
"You kenapa ketawa ?". "You ingat I nak buat apa ? Cium you ? Please la dengan gigi tak gosok, I tak sudi ! I tolak you sebab you gemuk sangat halang i nak ambil tuala. Tengok-tengok tuala tepi you, tula I naik katil nak ambil tuala." Kurang asam punya suami ! Ok fine ! Aku merajuk !
"Ok ya saya gemuk. Saya busuk. Dah saya nak mandi". Aku terus masuk ke bilik air. Setelah habis mandi, aku terus turun ke bawah tanpa menghiraukan panggilan Asy.
"Aik. Asy mana ?". "Mati" jawab aku dengan selamba. Mama terus bangun "apa dia ?! Dekat mana ?! Abang jom naik atas sekarang !". "Mama ni kenapa ?". "Kamu tanya kenapa ? Dia tu suami kamu. Dia mati tahu !". Aku terkejut. Mati ? sejak bila laki aku mati ?
"Mati ? Bila pula dia mati ?" Aku tanya dengan riak yang pelik. "La kamu yang cakap tadi". Mama sudah berhenti bergerak ke arah tangga. "Hahahah ma adik cakap dia mandi. Tahu mandi ? M.A.N.D.I mandi. Hahaha" aku sudah gelak sampai terduduk di tepi meja.
"Apa gelak kuat sangat ni ? Bahagianya keluarga ni pagi ni" Asy berjalan menghampiri ku. Aku bangun lalu membetulkan baju ku. Asy datang ke belakangku lalu memeluk pinggangku dari belakang. Aku terkejut sampai hampir sahaja aku terlepas pinggan di tanganku.
Apa masalah mamat ni !. Dia mendekatkan wajahnya ke muka ku lalu berbisik di telinga ku. "Kalau you merajuk lagi dalam masa 30 minit, i kahwin lagi ". Aku sudah terkejut beruk ! Apa dia ?! Kahwin lagi ?! Kita ni pun baru nikah semalam ! Gatal !
"amboi sweetnya pengantin baru ni. Cepatla kakak dapat anak sedara ye abah". Kakak aku datang dari dapur lalu duduk di meja makan. Aku hanya senyum.
Setelah selesai bersarapan, Asy meminta semua orang berkumpul di ruang tamu. Gaya macam nak perhimpunan masa sekolah menengah dulu ! Aku tersenyum sendiri.
"Kenapa kau senyum sensorang dik ? Gila ? Kang lari Asy tu cari bini baru.". Akak ni kacau jela !
"tak pe kak. Gila tu yang comel" jawab Asy sambil memandang aku lalu mengenyitkan matanya. Kita tengok nanti 'gila' aku tu comel ke tak !"Kenapa panggil kami semua Asy ?" Abah mula bersuara. "Oh sebenarnya Asy nak bagi tahu Asy akan bawa Mya ke rumah kami petang ini.". Asy jawab dengan tenang. Aku yang terkejut macam beruk. Pindah ?! Tak mahu !
"Baik mama izinkan". "Abah pun sama". Ha ? Mama, abah izinkan ? Habislah riwayat Mya !
Setelah sampai di rumah baru aku, aku terpegun melihat keindahan hiasan di taman rumah ini. Sungguh cantik ! Setiap petang aku kena siram pokok. Lepas tu eh cantiknya ampaian. Unik ! Ampain beroda yang telah dibahagikan ruang menyidai pakaian menggunakan penyangkut baju, menyidai seperti biasa dan tempat menyidai sarung kaki. Dengan warna putih bercorak bunga kecil, aku yakin dia menempah ampaian ini.
"Hey berangan ke ? Ni mesti terbayangkan anak kita main kat padang ni kan ?". Aku memandang Asy lalu aku gelak yang dibuat-buat. "Ha ha ha". Aku jalan meninggalkan Asy.
"Budak ni boleh gelak fake dengan aku. Tak pe. Kau tunggu sini". Asy masuk ke rumah lalu mengambil 'isteri' keduanya di dalam rumah untuk ditunjukkan kepada Mya.
"Mya ni I nak tunjuk isteri kedua I kat you". Asy datang ke belakang Mya.
"What ?!" Mya memusingkan badannya sepantas mungkin untuk melihat siapa yang berani mengambil suaminya. Baginya 'hak aku tetap hak aku'.
Arghhhhh ! "You apa ni ?! Jauhkan dia dari I !". "hahaha la pegang la dia". No no no ! Aku tak suka kucing ! Walaupun bulunya lebat, bersih dan comel, aku tetap takut dengan kucing ! Asy tetap memberikan Kiko kepada Mya. Mya berlari satu taman sambil dikejar oleh Asy. Macam budak-budak !
Akhirnya Mya jatuh terduduk di atas tanah lalu menangis kerana terlalu takut dengan kucing. Asy berhenti dari mengejarnya. 'La sampai menangis. Maafkan papa kiko, kiko tidak disukai oleh mama'. Asy melepaskan kiko lalu membasuhkan tangan di paip sebelah pagarnya.
Asy menghampiri Mya lalu memegang tangannya sambil melutut di depannya. "Sayang kenapa ni ? Takut kucing ? Takpe abang dah bunuh kucing tu demi sayang. Dah tak usah nangis dah". Dia menyeka air mataku menggunakam jarinya. Aku terbuai sekejap dengan belaian lembutnya. Kejap, dia kata dia bunuh ? "You bunuh dia ?" Aku tanya dengan muka blur.
"Haha mana ada. Dia tu I dah bela dari kecil lagi. Sayang la kat dia. Tak sampai hati nak bunuh ". Aku mengangguk. Emm lepas ni tugas aku ditambah dengan memberikannya makan.
"Jom la masuk. Tengok dalam rumah pula" dia bangun lalu menghulurkan tangan untuk membantu ku bangun. Lalu kami berdua masuk ke rumah sambil memegang tangan. Sweet tak ? Hehe.
Setelah selesai masukkan barang dan melihat rumah tersebut, aku dan Asy berehat di ruang tamu.
"you tak nak pergi honeymoon ?". Aku pandang muka Asy. Honeymoon ? Tak pernah terfikir. Baik aku ubah topik. "You ni. Sekejap panggil I sayang, sekejap panggil I 'you' ". Aku muncungkan bibirku.
Dia mendekatkan wajahnya ke wajahku lalu chup !. "Apa benda awak ni ?!" Aku mengesat bibirku menggunakan tangan. eiy dia ni la ! "Dah buat muncung macam tu. Ingat nak kiss" dia cakap dengan selamba sambil memandang tv.
"Oh nak kiss ye. Pagi tadi kata nak kahwin lagi. Lepas tu kata gila tu comel kan. Baik meh saya bagi tahu apa maksud 'gila tu comel' " aku berjalan ke arah pintu bilik lalu menjerit "you tidur luar malam ni !!! ". Aku terus mengunci pintu bilik.
Asy cuba memujuk Mya sambil mengetuk pintu bilik tetapi Mya lagi pandai, dia menutup kedua-dua belah telinga nya menggunakan bantal. Goodnight world ! Sweet dream my hubby !
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Fiksi RemajaPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...