"Doktor Asy ?", tegur jururawat itu. Asy yang mengelamun terus memandang wajah rakan sekerjanya itu. "Ya ?", tanyanya. Jururawat itu senyum, "doktor Asy ingat siapa ni ? saya panggil untuk kali ketiga baru sedar. Saya nak cakap tentang encik Rahman tadi, doktor suruh bagi ubat Prospan Cough Syrup tapi dia nak ubat Mucoprom Syrup sebab dia kata ubat tu lagi berkesan dekat dia. Can we change it ?", tanyanya. Asy menaip sesuatu di komputernya. Asy meneliti semula penerangannya tentang penyakit pesakit sebentar tadi.
"ok but tell him that I've reasons why I give him that medicine. Yes, that syrup is much better than Prospan but he work all day. Ingatkan dia ubat tu buat dia mengantuk" lalu menutup penku. Jururawat itu mengangguk lalu menutup pintu. Asy mengemas barang-barangnya di atas meja. Langkahnya untuk pergi ke kantin hospital terhenti apabila telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Asy mengeluarkan telefonnya lalu menekan aplikasi whatsapp. Asy tersenyum setelah membaca text yang dihantar. Asy teruskan berjalan ke kantin.
"Balik cepat ayah. Aira rindu ayah"-sayang
________________________________________
"doktor Asy ?" tegur kak Kiah, jururawat yang bertugas pada malam itu. Asy bangun dengan lemah. "Ada apa kak Kiah ?", jawabnya lemah. Asy dengan kak Kiah sudah rapat. Kak Kiah bertanya dengan muka risau, "Asy kenapa ni ?". Doktor yang berdiri sebelah kak Kiah tunduk memandang lantai. "Isteri doktor Asy dah tiada" katanya dengan lemah. Kak Kiah terus memegang dadanya. 'Siapa pula buat cerita ni ?' monolognya di dalam hati.
"kenapa doktor Nizam kata macam tu ? Tak baik tau " katanya dengan nada geram tetapi masih menggunakan suara lembut atas dasar hormat kepada doktor itu. Asy mengesat air matanya lalu memandang wajah kak Kiah. Riak wajah doktor Nizam berubah. Nizam memandang Asy lalu mengangkat keningnya sebagai tanda 'kenapa ?'. Asy mengangkat bahunya. Gaya mereka berdua seperti mereka bersama ketika Mya melahirkan anak. Padahal Asy yang patut bertanya kepada Nizam tentang apa yang dimaksudkan oleh kak Kiah. Kak Kiah memandang mereka berdua bergilir. "Asy ada teman Mya ke masa dia melahirkan ?", tanyanya.
'eh kan aku yang kerja dalam bilik tu tadi. Kenapa aku tanya dia. Asy memang tak ada' katanya sendiri. Asy menggelengkan kepala. Setelah faham tentang apa yang sedang berlaku ketika itu, kak Kiah meluku kepala mereka berdua dengan perlahan. Walaupun perlahan, tetap membuat Nizam dan Asy mengaduh. Mereka berdua menggosok kepala mereka. "Apa ni kak Kiah. Sakitla", kata Nizam.
"Tu sebab Nizam dah buat keadaan jadi huru hara dan Asy pula sebab jenis tak sabar dan tak selidik", katanya sambil menyilangkan tangan. Asy dan Nizam memandang wajah masing-masing lalu memandang wajah kak Kiah semula. "Maksud ?" tanya Asy.
"Nizam, wife yang meninggal tu, suami dia tu " lalu menunjuk ke arah seorang lelaki sedang menangis di hujung ruang itu. "Isteri kamu Asy ada dekat dalam. Tengah tunggu kamu. kamu dapat anak perempuan. kak Kiah keluar ni sebab nak panggil kamu azankan anak tu" lalu berlalu masuk ke dalam bilik tadi selepas puas menjeling mereka berdua. "Eh, silap bagi info pula dekat doktor Asy. Eh biarlah. Nanti dia tahu juga", kata kak Kiah lalu sambung berjalan. Nizam tersengih seperti kerang busuk lalu menggosok belakang kepalanya. Asy memandang Nizam dengan wajah tidak puas hati. Nizam mengangkat kedua-dua tangannya ke udara, "Sorry bro. Aku tak tahuuuuuuuu" katanya dalam nada ketakutan.
Asy memukul lengan doktor Nizam berkali-kali. "Kejam ar kau ! Rugi je air mata lelaki-macho-tampan-kacak aku ni !!!", katanya sambil tangan tetap memukul lengan Nizam. Walaupun dalam keadaan malu, puji diri sendiri harus tetap dilakukan. Nizam sudah mengaduh dan merayu agar berhenti memukulnya. Akhirnya Nizam berlari meninggalkan Asy, "Sorrrryyyyyyyy!". Asy menggelengkan kepalanya, "Tak akan ! tunggu kau nanti !".
Asy berdiri di hadapan pintu lalu mengesat air matanya sehingga habis. Malu la kalau Mya nampak aku macam ni. Buat bahan perli dia je nanti. Selepas 3 minit touch up, Asy berjalan memasuki ruang bilik dengan langkah bergaya dan berpura seperti tiada apa berlaku.
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Novela JuvenilPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...