"Adik, kenapa nak balik cepat sangat ? percutian kita di New York masih berbaki dua hari lagi". Aku tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh kakak kerana ketika ini, yang berada di dalam fikiranku adalah mengapa Asy pulang ke Malaysia terlalu cepat. Kenapa Asy menghancurkan 'dinner date' mereka semalam ? Kenapa Asy sanggup melepaskan peluang untuk mendapatkannya semula ? kenapa ??
Aku menarik bagasiku, jasadku berada di lapangan terbang tetapi fikiranku telah jauh melayang dibawa bersama Asy ke Malaysia. Kakak menarik tanganku yang menyebabkan kakiku berhenti bergerak, fikiran mula bersatu bersama jasad, berhenti dari lamunan dan kembali ke dunia realiti. " Adik ! watch out !". Mataku terkedip-kedip melihat dihadapanku. "I'm sorry miss" kata kakakku kepada wanita tua bertongkat yang sedang berjalan perlahan dihadapanku. Wanita tua itu senyum kepada kami. " It's ok girl."
Kakak menarik tanganku dengan agak kuat yang membuat aku berpusing memandangnya. " Adik ni dah kenapa ?! akak tanya tak nak jawab. akak panggil tak nak nyahut. apa masalah adik ni ? dah la semalam suruh akak pack barang tiba-tiba. bila di tanya tak nak jawab !". Aku terdiam seketika kerana dimarahi oleh kakak di tempat awam, ketika fikiran ku masih kusut memikirkan tentang Asy. Selepas lima minit aku merenung wajah kakak, aku terus memeluk kakak.
" Maafkan Mya kak. maafkan Mya. Mya tengah .. tengah fikir fasal.." dan sekali lagi air mataku gugur di bumi New York. Kakak mengusap badanku lembut. "salah akak juga sebab marah adik. Ni cuba adik cerita dekat akak apa yang dah jadi". Aku menarik tangan akak untuk duduk di satu kerusi yang tersandar kukuh di sebuah tiang.
"Semalam kan Asy ajak adik pergi dinner". Kakak mengangguk. "lepas tu dia ajak adik pergi dinner tepi pantai. Masa kami tengah makan, tiba-tiba telefon Asy berbunyi. Lepas je dia habis bercakap dengan orang yang telefon dia, muka dia berubah". Aku memandang ke hadapan. "dia cakap dia kena balik Malaysia hari ni. lepas tu ajak adik balik walhal dinner kami baru start".Kakak menggenggam tanganku. Aku memandang wajah kakak. "adik terlalu fikir negatif ni. tak apa la dik. kalau balik Malaysia buat adik lebih tenang, kakak ikut walaupun frust tak sempat habiskan shopping" lalu memuncungkan bibirnya. Aku tergelak kecil. Kakak nak merajuk konon.
" Sorry la. adik janji nanti kita pergi Indonesia, pastu shopping puas-puas k ?" lalu memeluk tangan kakak. Kakak tergelak. "yela dik. ikut adik la. Eh jom, kita dah kena masuk ni. Aku menggangguk lalu berjalan bersama kakak.
****************
Aku membuka pintu pagar untuk memasukkan kereta ke dalam kawasan rumah. Kenapa rumah ni gelap je ? Abang memang la tak ada di rumah kerana sedang berkerja di Jepun. Tak akan mama dan abah tak balik lagi. Aku membuka bonet kereta lalu mengeluarkan begku dan kakak. Kakak keluar dari kereta dan terus melakukan regangan pinggang. Kesian kakak. Sakit pinggang sebab drive jauh.
Aku memegang tangan kakak. "tak ada orang ke ?". Kakak mengangkat bahunya. Emm mana semua orang ? Aku dan kakak berjalan ke pintu rumah sambil menarik bagasi masing-masing. Kakak membuka pintu perlahan-lahan. Tiba-tiba aku berasa seram sejuk, bulu roma mula naik. aik takkan rumah sendiri ada 'entiti' tu ? Aku menelan air liurku.
Tiba-tiba pintu terbuka dari dalam dengan kuat menyebabkan kakak terkejut lalu terkebelakang yang menyebabkan dia hampir terjatuh ke tanah. Nasib ada sepasang tangan yang agak sasa memegang pinggang kakak menyebabkan dia tergantung dalam pegangan lelaki itu. Aku yang turut terkejut hanya sempat menutup mataku dengan kedua-dua tapak tanganku. Apabila aku membuka mata, aku melihat kakak dan si dia sedang saling merenung wajah masing-masing. Amboi kakak, pandang muka macam berminat je. Aku berdehem untuk mengembalikan mereka berdua ke alam realiti.
Kakak terus bergerak ke belakang lalu betulkan tudung dan bajunya. "eh my lovely girls ! Bila sampai ?", tegur mama yang datang dari arah belakang lelaki itu. Kakak senyum kepada mama dan terus menyalam tangan mama. "baru tadi ma". Aku turut menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mama. "Maaaaaa ! I miss you !" lalu memeluk mama. Mama tersenyum. " Miss you too sayang.". Selepas melepaskan pelukanku, aku melihat si 'dia' asyik melihat kakak manakala kakak memandang lantai. Nampak macam tak lama lagi aku dapat makan nasi minyak !
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Teen FictionPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...