Bab 5

13.2K 440 3
                                    

Masalah antara aku, Elly dan Syaf sudah selesai. Elly mengajak aku pergi berjumpa dengan Syaf untuk meminta maaf dan akhirnya kami berbaik semula.

Sedar tak sedar, tarikh perkahwinan ku semakin hampir. Hari ini adalah hari jadi kakak beerti perkahwinan aku akan berlangsung 2 bulan dari sekarang mengikut perjanjian dua pihak. Aku masih ragu-ragu dengan perkahwinan ini. Aku masih tidak kenal siapa bakal suami aku sendiri. Si "dia" yang mengatakan dirinya bakal suami aku semakin kerap berhubung dengan aku. Ya,betul kata kakak May, dia seorang lelaki yang sweet.

Majlis hari jadinya sungguh meriah. Belon sana sini. Kek dua tingkat. Mengalahkan budak kecil cara diadakan majlis ini. "Mya tolong mama meh". Dan aku juga yang 'kena' sebab hanya aku anak perempuan mama selain kakak. Tak akan la mama nak usik birthday girl untuk buat semua kerja. "Ye ma. Kenapa ?" Aku datang menghampiri mama. "Tolong layan tetamu. Jangan duduk dalam bilik sahaja". Apa?! Duduk dalam bilik sahaja ? Bukannya aku tak nak keluar. Aku sedang bersiap. Ah nak merajuk ! Aku duduk di buaian luar rumah untuk mengasingkan diri.

"Senyummu juga ketawa ~ buatku tergoda ~". eh siapa pula yang menyanyi dekat rumah aku ini ? Aku pandang ke kiri tetapi tiada siapa. Semasa aku ingin menoleh ke kanan, aku merasakan ada satu tangan yang menyeramkan memegang bahuku. Aku menjerit sekuat hati. "Mama ! Kakak ! Ada.." belum sempat aku habiskan jeritan aku dan berlari masuk ke dalam rumah, ada satu tangan menarik tangan kananku dan satu tangan lagi menutup mulutku. Aku sudah menangis di situ juga. Aku tak mahu diculik !

"Eh hey honey kenapa menangis ni ? Saya tarik kuat sangat ke ? Sorry sorry. Sakit kat mana ni ?" Asy sudah khuatir melihat tangisan orang yang dia sayangi. 'Aku rasa aku tak ada la tarik kuat sangat. Dia menangis ni kenapa? '. Asy menyuruh Mya duduk di kerusi di taman itu lalu mengeluarkan kain di dalam poketnya dah lap air mata Mya. Dia melulut di tanah. Jadi posisi mereka adalah Mya berada di atas kerusi iaitu lebih tinggi dari Asy. "Sayang, im so sorry. Jangan nangis please. Awak sakit ya ? Kat mana ? Nak pergi klinik tak ? Atau nak saya check je kat sini ? Awak saya minta maaf". Asy sudah mula gelabah.

'Apa benda mamat ni ? Aku nangis bukan sakit. Nangis sebab takut'. Asy, asy, buat aku nak tergelak malam-malam ni. Jangan biarkan drama ini berhenti Mya ! "Sakit sini (siku), sini (bahu) dan.. sini (hati)". Aku sudah tergelak di dalam hati melihat reaksi terkejutnya ketika aku tunjuk di hati. "Hati ? Really? No no no. No sayang im sorry. Im so so sorry. Maafkan saya." Kasihan aku melihat wajah sedihnya. Aku hanya mendiamkan diri dan ingin terus dengar luahan hatinya. "Saya minta maaf kalau gurau saya kasar cuma jangan tinggalkan saya. Saya mohon. Awak hidup saya. Saya sayang awak" dan akhirnya gugurlah air mata sang teruna di depan aku ini. Dia kata apa tadi ? Dia sayang aku ? Aku hidup dia ?

aku bangun untuk beredar. 'Ya, saya juga sayang kan awak, doktor' tetapi ayat itu hanya mampu diungkap di dalam hati. Aku harus sedar aku bakal isteri orang yang aku tidak kenali. Aku tidak sanggup lagi melihat air mata orang yang aku sayang. "Awak jangan tinggal saya. Saya.. saya.. saya cinta kan awak !" Tersentak dan terkejut apabila aku mendengar pengakuan dia. Really ?! Ya Allah, gembiranya hati ini apabila mendengar pengakuan tersebut tetapi aku tidak mampu membalasnya. Aku harus menerima hakikat kau bukan jodohku. Tanpa menoleh ke arahnya, aku berkata "balik la. Saya penat". Aku terus berjalan untuk masuk ke dalam rumah.

Aku masuk ke bilik dan mengunci pintu bilik. Panggilan kakak aku, aku tidak hiraukan. Sakitnya hati ini apabila orang yang aku sayangi juga menyayangi aku dan hakikatnya kami tidak boleh bersatu. Aku menangis di dalam bilik. Ketukan pintu oleh abah tidak aku endahkan. "sayang Mya, are you ok honey ? Please open the door. Abah nak masuk ". Aku mengelap air mataku. "Im ok abah. Its ok. Abah pergi la layan kakak. Today is her birthday". Aku ceriakan suara ku semampu mungkin.

"Honey turun meh. Akak tak nak potong kek selagi adiknya tak ada di bawah" mama pula memujuk. "Ok mom, abah. I'll be there in 5 minutes". Aku mengelap air mata ku dengan selimut dia atas katil lalu turun ke bawah. Semua ahli keluarga terkejut. "Mya, kamu nangis ke tadi sayang ?" Papa mula menunjukkan wajah risaunya. "No la papa. Buat apa la Mya nangis". Ketika memusingkan muka aku ke arah makanan, aku terlihat Asy sedang memandang mukaku sayu. Aku terus memusingkan muka dan badan ku ke arah mama dan abah.

"Adik, kau ok tak ni ? Kami tahu kau menangis. Akak nak..". "Akak, potong dulu kek tu. Habiskan majlis ni cepat. Lepas tu kita bincang fasal ni " bisik mama kepada akak tetapi masih dapat aku fahami butir ayat mama. Akak angguk. Majlis itu berjalan seperti biasa dan berakhir pada pukul 10 malam.

Setelah selesai, aku terus menuju ke arah tangga untuk naik ke atas. "Myasara Nasuha, datang sini please". Aku hanya mengikut saja arahan abah. "Ye abah, ada apa ? Eh kakak, abang and mama pun ada. Ada apa ni ? Kita nak pergi bercuti ek ? Wah seronoknya". Aku menepuk tangan untuk menunjukkan aku seronok. Aku bukanlah seorang gadis yang suka terbawa-bawa masalah itu sampai berhari-hari. Setelah melihat anak-anak kawan-kawan akak sebentar tadi, buat hati aku sejuk. Aku hanya menganggap ini cinta monyet. Biasa la kalau monyet bercinta, mana kekal lama. Ye dok ?

"Dont be fake sayang. Abang tahu kamu ada masalah". Aku terus berubah muka. Masalah ? Biarlah abang. Biar adik menghadapi masalah ini demi kebahagiaan mama dan abah. Aku senyum sahaja.

"Mya tertekan dengan wedding yang nak dekat ni ke ?" Mama pula bertanya.

"Adik stress sebab kene paksa kahwin ?" Akak pula menanyakan soalan.

"Atau adik dah ada boyfriend sebenarnya ?" Abah pula menanyakan aku soalan.

"What ?!" Abang, kakak dan mama menjerit serentak.

Aku tergelak bila mendengar kenyataan abah. "Hahahaha mana ada la. Ya Allah ok dengar sini semua. Adik reda dengan semua ni ok. Adik ok je. Takde masalah pun. Ok la abah, kakak, abang and my lovely mama, adik ngantuk nak pi tiduq. Ma,bah pi tiduq sekali na. Good night". Aku mencium pipi mama dan abah sebelum naik ke atas.

Mimpi indah Mya. Harap esok menjadi hari yang baik dan ceria. Light off !

Doktor Itu Saya Punya !Where stories live. Discover now