"Babe, I've something important to tell you guys." Walaupun tarikh berlangsungnya majlis itu lambat lagi tetapi persiapannya hampir 60% sudah siap dan ya, aku masih ragu-ragu dengan perkahwinan ini. "What is it, dear ?". Elly memberikan sepenuh perhatian kepada aku kerana dia dapat mengetahui bahawa perkara yang aku ingin ceritakan ini adalah perkara penting dari nada suara aku bercakap sebentar tadi. "ha'ah, apa dia Mya ?". Syaf pula menanyakan soalan yang hampir sama maksudnya dengan Elly.
"Sebenarnya kan, aku kan. Emm.. aku.." dan pap ! Meja aku dihentak oleh seseorang. Siapa yang suka suki kacau daun ni ? "Wey sebelum kau cakap, kau tarik nafas dan hilangkan gagap kau. Sementara kau buat all that things, aku nak cakap something. Do you know who are the persons that give us chocolate hari tu ?". Muka Elly menunjukkan bahawa dia sangat teruja untuk memberitahu tentang lelaki misteri itu. Opss ! I mean lelaki-lelaki misteri. "Aku dah lama tahu" jawab Syaf sambil menyedut milo aisnya.
"Really ? Dan kau tak beritahu kami langsung ?". Aku mula membuat nada ingin merajuk. Walaupun aku tak amik heran fasal benda kecil ini tetapi aku sengaja buat nada ingin merajuk kerana aku sudah lama tidak bermanja dengan mereka.
"Ala tak yah nak merajuk la. Biar aku cakap. Elly simpan dulu suara kau. Guna untuk cerita lebih hot k". Syaf mengeyitkan matanya kepada Elly sebagai tanda memujuk. "Yelaaa" Elly menjawab sambil membuat muka.
"Ok cerita dia macam ni. Kau ingat tak dekat 3 orang lelaki yang selalu duduk dekat meja tu ?" Syaf menundingkan jarinya ke arah meja yang berada di hujung cafe, selang dua meja dari meja kami. Oh meja tu. Meja tu bukan meja boys yang hot, terkenal dan kacak kat U ke ? Tak mungkin mereka. Setahu aku, mereka hanya pandang girls yang sexy, cun, make up mengalahkan IPU jerebu paling tinggi, bukan setakat seksi, kami pun seksa memandang mereka berpakaian tak cukup kain. "Ha meja tu. Kenapa ?"
"Sebenarnya, mereka la yang bagi kita. Kau nak tahu tak sebenarnya mereka bertiga tu suka kita dah lama" ha ?! Mulut aku dan Elly sudah ternganga besar mengalahkan kolam renang. "Kau biar betik wey ?". Aku bertanya kepada Syaf kerana aku masih tidak percaya akan berita itu. "Serius la babe.buat apa aku tipu. Az bagi tahu aku sendiri". "Az ? Az mana ni ?". Muka Syaf sudah kemerahan. Dah kenapa minah ni ? Elly tanya tu jawab la. Kami berdua bukannya nak tengok muka kau, kami nak dengar jawapan dari kau ! Aku sekeh kepala minah ni baru tahu.
"Az tu salah seorang dari geng tu. Emm bf aku". Ok berita ni lagi mengejutkan sampai Elly tercekik kek yang dia sedang kunyah di dalam mulut manakala aku sudah berdiri di depan meja yang sedang kami duduk sambil menjerit perkataan "what ?!". Satu cafe memandang ke arah kami. Aku senyum kepada mereka lalu duduk semula. Kau ni la Mya, kalau tak malukan diri sendiri memang tidak lengkap hari-hari kau. Ayoyo !
"Hehe sorry tak bagi tahu. Kami sebenarnya dah lama couple, sebulan yang lalu and dah kenal setahun yang lalu. Aku malu nak cerita kat korang sebab tu aku pendam. Sekarang korang dah tahu so kiranya ok la kan ?". Syaf menayangkan sebaris giginya yang cantik. Antara Fazura dengan si Syaf ni, memang Syaf lagi layak menjadi model produk Colgate. "Kau kata senang la. Kami ni hemm tantah nanti masa kau nak kahwin pun kau tak ajak kami". Elly bangun lalu terus beredar dari meja kami. Syaf hanya memandang Elly pergi sehingga hilang dari pandangan. Aku turut bangun, mengemas barang untuk pergi dari meja tersebut. "We need time to accept this" lalu aku beredar meninggalkan Syaf. Semasa aku beredar, aku dapat melihat muka Syaf yang masam dan sedih atas sikap kawan-kawannya tetapi aku tetap memerlukan masa.
Aku berkecil hati bukan kerana atas berita tadi tetapi kerana sikapnya yang terlalu berahsia dengan kami. Kami telah berkawan selama 4 tahun iaitu dari sekolah menengah lagi. Nasib kami baik dapat tawaran di U yang sama. Nasib yang baik juga bagi aku kerana aku tidak peramah dan tidak pandai untuk membuat kawan baru. Sebenarnya kumpulan kami mempunyai 4 ahli dan kami terkenal dengan kepandaian dan kecantikan kami. Kami sentiasa bahagia dan bergelak ketawa di sekolah sehingga satu insiden yang buruk telah terjadi pada salah seorang kawan kami dan menyebabkan kami menjalani peristiwa pahit dalam hidup dan impak yang paling buruk terkena kepada aku. Aku paling rapat dengan 'dia' berbanding yang lain. Kehilangan si dia amat aku rasai.
Aku membiarkan air mata aku mengalir di pipi aku kerana teringat akan peristiwa itu. Fyra, aku rindu kau. Rindu kau sangat-sangat. Aku harap kau selalu ingat aku di sana. Tiba-tiba aku terasa ada kain yang berlalu lembut di pipiku.
"Dont cry sweetheart. Dont waste your tears for something has gone. Let bygone be bygone". Asy memberikan senyuman yang manis kepada ku. Eh sejak bila mamat ni ada kat sini ? "Bila saya sedih, awak ada. Bila awak ada mesti saya sedih" aku mengomel sendiri.
"Apa dia ? oh nak kata saya ni pembawa virus sedih la ni ? Ok fine!" Dia meletakkan kain tadi di atas riba aku lalu bangun untuk pergi ke keretanya. Alahai cik doktor, comelnya awak merajuk ! Dia berjalan sambil menghentakkan kakinya seperti budak kecil yang protes tidak dapat barang yang dia inginkan. Asy, selalu muncul bila aku memerlukan seorang sahabat dan kau lah penceria hati di kala aku sedih.
"Alolololo awaa, maafkan kita k. Sorry la. Kita tak berniat pun nak cakap macam tu" aku melembutkan suara untuk memujuk dia. Asy berhenti lalu memusingkan badan dia menghadap aku.
Dia berjalan semula ke arah aku lalu duduk di sebelah aku dan menyilangkan tangannya di dadanya. Dengan bibirnya yang sengaja dijuih kan, perangainya sebiji macam budak lelaki yang merajuk.
Dia mengingatkan aku kepada sahabat aku ketika aku bersekolah di tadika. Namanya juga Asyraf. Tetapi Asyraf ni lagi kacak ! Hehe. Dia juga pernah merajuk seperti ini dan reaksinya juga seperti ini. Hemm di manakah kau wahai sahabat lama ku?
"Haaa berangan, berangan. Yela siapa la kita kan. Kita merajuk dia pergi berangan". Tergelak aku melihat telatahnya yang mengalahkan budak kecik. Dengan menggunakan panggilan "kita", awak teramatlah comel wahai doktor !
"Yela. Jom saya belanja awak aiskrim nak ? Kita dua pergi bawah pokok sana". "Kita dua je ?" Mukanya ceria seperti baru menang hadiah sebuah rumah. "Yela kita dua. Ada orang lain ke kat sini ?". Aku tidak dapat tangkap apa yang dia maksudkan dengan "kita dua". "Takde. Haha ok jom". Lahai cik doktor, tak buat saya cair sehari tidak sah. Petang tersebut aku menghabiskan masa ku dengan dia di taman tersebut.
Apabila aku pulang ke rumah, baru aku terfikir bagaimana dia mengetahui di mana aku belajar ? Bagaimana dia tahu yang aku menangis untuk seseorang yang sudah tiada ? Dan bagaimana dia mengetahui aku berada di taman itu ? Musykil bin ajaib ! Esok lah aku menanyakan soal ini kepada dia. Malam ini aku ingin melelapkan mata dan melupakan segala perkara yang menyedihkan yang berlaku pada hari ini. Good night world !
****** ****** ******* **** *****
Assalamualaikum semua ! Harap anda suka akan jalan cerita kali ini. Hidup kita bagaikan roda, kan ? Semua orang akan lalui detik sedih dan bahagia. Harap anda tabah menjalani hidup yang mencabar ini.Please vote k ! Hope you enjoy the this chapter. Xoxo !
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Teen FictionPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...