"Sayang, mana ...?"
Pagi yang indah dan sama seperti biasa. Asy akan memanggilku setiap pagi.
Mya- "mana apa yang ? I nak sidai baju ni". Aku memakai tudung lalu berjalan ke arah pintu rumah.
Asy dari dalam bilik terus berlari ke arah aku. Ha kenapa pula ni ?
Asy -"jangan keluar !" Lalu mendepakan tangannya di hadapanku.
Mya- "jangan keluar ?". Aik takkan nak sidai baju pun tak boleh ?
Asy- "jangan keluar dari hati i" lalu mengenyitkan matanya.
Like seriously ? Dia sanggup berlari dari dalam bilik hanya untuk tu ?
Mya- "you, i know that ok. Ha tadi panggil I, nak ask mana apa ?"
Asy tersenyum memandangku. Aku kenal benar dengan senyuman itu. Mesti ada yang dia ingin lakukan. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku berundur setapak. Dan seperti aku sudah agak, dia berjalan ke arahku setapak.
Asy- "I ask mana kiss I ?"
Sudah ! Pipiku sudah mula blushing. Jangan Asy, not in this morning.
Dia berjalan mendekatiku dan aku pula tetap jalan mengundur. "Mana sayang ? I don't get it yet"
Ok fine ! Aku kalah. Aku mencium pipinya dan terus berjalan keluar tetapi Asy lebih pantas. Dia menarik tanganku lalu memandang tepat mukaku. "siap sayang. Kita gerak lagi 15 minit" lalu senyum kepadaku.
Aku memandang sahaja dia berjalan ke arah bilik. Gerak ? Pergi mana ? Ok baju sidai lain masa, kalau 15 minit memang tak sempat nak bersiap kalau aku sidai baju dahulu.
Apabila aku masuk ke dalam bilik persediaan, di mana semua bajuku dan baju Asy disimpan, aku melihat ada satu kotak berwarna merah di atas sofa di dalam bilik itu. Aku mengambil kotak itu. 'Untuk sayang. Wear it'
Aku tersenyum.Setelah memakai baju yang dibeli oleh Asy, aku berdiri di depan cermin. Aku tak pernah pakai baju macam ni. Dress yang simple, berwarna putih, bercorak daun di bahagian pinggang dan di hujung dress, cardigan pendek paras pinggan bercorak bunga kecil berwarna hijau muda. Simple and nice ! Nampak aman dan fresh.
Kemudian aku masuk ke dalam kereta. Asy tidak berhenti melihatku. "Kenapa you ? Tak cantik ke ?". Aku pandang mukanya.
Asy- "no sayang. You look... look different. Look so beautiful" lalu mengambil tanganku dan mengucupnya. "Thanks for being my wife"
Ok aku terharu ! Ucapannya ikhlas, aku dapat membacanya. "Ok dah jom jalan".
Asy- "blushing like usual" dan terus memandu. What ever asy !
Aku tertidur ketika perjalanan. Apabila aku buka mata, aku berada di dalam satu hutan yang cantik. Udaranya sangat segar dan.. mana Asy ?
Mya- "asy ! You kat mana ?" Dan kemudian aku merasa ada satu tangan memegang tanganku. Nasib Asy !
Mya- "you, kita kat mana ?"
Asy tersenyum. "Close your eyes". Aku menggeleng. Kang ada la yang dia buat tu.
Asy- "sayang, just close."lalu mendekatkan wajahnya. Ok aku mengalah !
Asy menarikku ke satu tempat tetapi aku tidak ketahui di mana kerana mataku tertutup. "Ok boleh buka"
Yes finally. Aku membuka mata dan.. wau ! Cantiknya kawasan ni. Sungai dia bersih dan ada satu pondok yang dibina ditepinya. Di tengah pondok itu, aku melihat ada satu tikar dan pelbagai jenis makanan di atasnya. Aku memandangnya dan dia mengangguk.
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Teen FictionPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...